Sememangnya sebahagian ahli keluarga ini menceritakan sendiri pengalaman mereka yang unik, tetapi komuniti ini langsung tidak membesar-besarkan atau menjadikan ia sesuatu yang sangat signifikan untuk diperkenalkan dan disebarkan. Seolah-olah ia dibiarkan sahaja dalam penulisan mereka tanpa perlu digembar-gemburkan.
Akhirnya, para komuniti peminat keluarga al-Ġhumāriyy lebih bersikap "don't give a damn" tentang karamah atau kejadian yang mencarik adat ini. Bahkan, komuniti ini lebih menganggap karya-karya peninggalan mereka dan sumbang bakti keilmuan mereka adalah karamah yang dibanggakan, disebut-sebutkan dan dikongsi bersama.
Komuniti ini lebih suka bercerita tentang manhaj mereka, mengkaji pola pemikiran mereka, meneliti pendalilan mereka dan menjengah keilmuan mereka melalui khazanah yang mereka tinggalkan, bukan cerita-cerita yang mencarik adat. Inilah keistimewaan yang saya secara peribadi berbangga dengan komuniti para peminat keluarga al-Ġhumāriyy.
Peninggalan dan manhaj keluarga al-Ġhumāriyy adalah warisan dan tradisi keilmuan, seni berfikir dan semangat intelektualisme. Sesiapa yang menjulang tinggi keluarga ini sememangnya wajib dan bertanggungjawab untuk menyebarkan dan menghidupkan perjuangan pembaharuan dan kerancakan keilmuan yang berteraskan pengikutan dalil dan sunnah dengan menjadikan karya mereka sebagai inspirasi.
Kita sebagai komuniti peminat keluarga ini adalah penyambung kepada legasi keilmuan dan pemikiran, bukan ketaksuban dan fanatik yang hanya tahu memuja orang lain sahaja.
Saya bukanlah mahu merendahkan atau memperkecilkan tokoh yang disebutkan ini. Akan tetapi, saya tidak suka melihat sikap sebahagian orang yang memuja tokoh ahli bait atau mana-mana ulama seperti ini.
Tidak ada masalah berkongsi karamah yang ada pada seseorang tokoh ulama kerana banyak sahaja kitab biografi yang memuatkan cerita ini dalam selitan, tetapi kemuliaan mereka bukan semata-mata kerana itu dan bukan sebegini cara memuliakan mereka.
Jika anda lihat sendiri bagaimana komuniti peminat ahli bait dari keluarga al-Ġhumāriyy ini memuliakan keluarga ini, pasti akan melihat perbezaan yang nyata jika dibandingkan orang fanatik seperti ini dan anda akan faham mengapa saya tidak suka cara sebegini dalam memuliakan para ulama.
Segala puji bagi Allah. Saya telah menghasilkan beberapa penulisan untuk memperkenalkan ahli bait dari keluarga ini. Mudah-mudahan ia bermanfaat dan mencetuskan minat untuk mengenali keluarga ini.
Boleh baca di sini antaranya :
(a) Keluarga al-Ġhumāriyy : Keturunan Rasulullah SAW Yang Menentang Ketaksuban, Taklid Buta Dan Sufi Yang Batil
https://marzukamartillo.blogspot.com/2021/03/keluarga-al-ghumariyy-keturunan.html
(b) Mengapa Saya Minat Mengkaji Manhaj Dan Pemikiran Keluarga Al-Ġhumāriyy?
https://marzukamartillo.blogspot.com/2021/03/mengapa-saya-minat-mengkaji-manhaj-dan.html
(c) Al-Ḥāfiẓ ʿAbdullah Al-Ġhumāriyy Menarik Balik Karyanya Al-Kanz Aṯs-Ṯsamīn Kerana Terdapat Hadis Dhaif Di Dalamnya
https://marzukamartillo.blogspot.com/2021/03/al-hafiz-abdullah-al-ghumariyy-menarik.html
(d) Al-Ḥāfiẓ ʿAbdullah bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġhumāriyy Pernah Menarik Balik Pandangannya
https://marzukamartillo.blogspot.com/2021/03/al-hafiz-abdullah-bin-muhammad-bin-as.html
(e) Al-Ḥāfiẓ ʿAbdullah bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy Pernah Dituduh Cenderung Pada Wahabi!
https://marzukamartillo.blogspot.com/2021/04/al-hafiz-abdullah-bin-muhammad-bin-as.html
(f) Az-Zāwiyah Wa Mā Fīhā Min al-Bidaʿ Wa al-Aʿmāl al-Munkaroh : Karya Tokoh Berketurunan Rasulullah SAW Dalam Membasmi Sufi Yang Batil
https://marzukamartillo.blogspot.com/2021/04/az-zawiyah-wa-ma-fiha-min-al-bida-wa-al.html
(f) Al-Ḥāfiẓ ʿAbdullah bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy Pernah Dituduh Cenderung Pada Wahabi!
https://marzukamartillo.blogspot.com/2021/04/al-hafiz-abdullah-bin-muhammad-bin-as.html
(h) Tokoh Ulama Yang Berketurunan Rasulullah صلى الله عليه وسلم Yang Dituduh / Dilabel Wahabi
(i) Kekal Bersama Meskipun Saling Berseteru
(j) Kesaksian Keluarga Al-Ġhumāriyy Terhadap Kejelekan Perangai Ketaksuban Yang Melampau
(k) Keluarga Al-Ġhumāriyy Dan Punca Mereka Tidak Mendapat Sambutan Di Tanah Air Kita
(l) Al-Ḥāfiẓ Aḥmad Al-Ġhumāriyy Dan Ikutan Mazhab
(m) Pembaharuan Yang Radikal Oleh Al-Ḥāfiẓ Aḥmad Bin Muḥammad Bin Aṣ-Ṣiddīq Al-Ġhumāriyy Dan Adiknya, Syeikh Muḥammad Az-Zamzamiyy
(n) Tarekat Yang Selamat Untuk Diikuti Menurut Saya
(o) Konsisten Keluarga Al-Ġhumāriyy Dan Para Pengikutnya Dalam Manhaj Beragama Dan Kecelaruan Manhaj Sebahagian Tarekat
(p) Sedikit Cuplikan Pada Buku Al-Ijtihadāt Wa Al-Īḍōfāt Al-ʿIlmiyyah Li As-Sayyid ʿAbdillah Ibn Aṣ-Ṣiddīq Al-Ġhumāriyy Karya Dr Fadwā Bankīrōn
(q) Sedikit Sedutan Pemikiran Al-Faqīh ʿAbdul Ḥayy Bin Muḥammad Bin Aṣ-Ṣiddīq Al-Ġhumāriyy Pada Buku Al-Ajwibah Al-Fiqhiyyah
No comments:
Post a Comment