Nota : Keluarga al-Ġhumāriyy merujuk kepada anak-anak Syeikh Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq, iaitu Aḥmad, ʿAbdullah, ʿAbdul Ḥayy, Muḥammad az-Zamzamiyy, ʿAbdul ʿAzīz, al-Ḥasan dan Ibrōhīm. Kesemuanya mencapai taraf al-Ḥāfiẓ, ahli hadis dan sufi. Yang paling menonjol adalah Aḥmad, ʿAbdullah, ʿAbdul Ḥayy, Muḥammad az-Zamzamiyy dan ʿAbdul ʿAzīz.
يجب على المتصدى لتفسير القرآن الكريم أن يتجرد من الآراء المذهبية ويوطن نفسه على تقبل ما تفيده الآية وتدل عليه ويرجع عما كان يراه أو يعتقده بخلافها لأن القرآن حجة الله على خلقه وعهده إلى عباده. إليه يتحاكمون وعن حكمه يصدرون. ولا يجوز له أن يتمحل في تأويل الآية ويتطلب الوجوه البعيدة أو يحملها على المعاني التي لا تتفق مع سياقها أو سبب نزولها لتفيد رأي فلان أو عقيدة فلان. فإن هذا تحريف لكلام الله تعالى وتغيير لمعانيه. وهو منشأ بدع التفاسير وسبب هام لكثرة وقوعها تفسير المعتزلة كما مرت الإشارة إليه. ويرتكب هذا من أهل الحديث الحافظ الطحاوي الحنفي. فإنه يتعسف في تأويل الأحاديث ويسرف في التعسف لتوافق مذهب أبي حنيفة وقد يرتكب البيهقي مثل هذا بالنسبة لمذهب الشافعية لكن على قلة. ورأيت الباجي في شرح الموطأ حين يتكلم على حديث: "كل ذي ناب من السباع ومخلب من الطير حرام"، قال: "يحتمل أن يريد بقوله حرام أنه مكروه". قلت: هذا تعسف في شرح الحديث لتوافق مذهب المالكية في كراهة السباع. ولم أقف له على غير هذا الموضع.
Wajib bagi orang menaruh perhatian terhadap tafsir al-Quran al-Karīm untuk membebaskan diri daripada pandangan-pandangan bermazhab dan mengutuhkan dirinya untuk menerima apa yang ayat itu memberi faedah makna dan yang menunjukkan padanya serta berpaling daripada pandangan atau kepercayaan yang menyalahinya kerana al-Quran adalah hujah Allah terhadap makhluk-Nya dan amanah-Nya kepada hamba-Nya. Padanya mereka mengambil hakim, tetapi mereka berpaling daripada ketetapannya. Tidak boleh untuk mencari helah dalam mentakwilkan ayat itu dan mencari-cari bentuk-bentuk yang jauh daripada iʿrob atau menanggungnya dengan makna yang tidak selari dengan konteksnya atau sebab penurunannya untuk memanfaatkan pandangan fulan atau akidah fulan. Ini kerana ia adalah penyelewengan terhadap kalam Allah Taʿālā dan pengubahan maknanya. Ia adalah tempat punca bidaah dalam penafsiran dan sebab utama bagi banyak terjadinya tafsir Muktazilah sepertimana yang telah lalu isyarat tentangnya.
Yang melakukan kesalahan ini dari kalangan ahli hadis ialah al-Ḥāfiẓ aṭ-Ṭoḥāwiyy al-Ḥanafiyy. Ini kerana dia berwenang-wenang dalam penakwilan hadis dan berlebih-lebihan dalam ketidaksaksamaan demi menjadikan selari dengan mazhab Abū Ḥanīfah. Kadangkala al-Bayhaqiyy melakukan kesalahan seperti ini dengan menisbahkan diri dengan mazhab ašh-Šhāfiiyy, tetapi secara sedikit. Aku pernah melihat al-Bājiyy dalam syarah al-Muwaṭṭoʾ ketikamana berbicara tentang hadis: "Setiap yang bertaring yang terdiri daripada binatang buas dan yang berkuku yang terdiri daripada burung adalah haram", dia berkata: "Berkemungkinan baginda memaksudkan katanya ia adalah haram merujuk kepada makruh". Aku katakan ini adalah ketidaksaksamaan dalam syarahan hadis demi menyelarikannya dengan mazhab Mālik dalam kemakruhan daging binatang buas. Aku belum lagi mengetahui tempat selain ini untuknya. [Bidaʿ at-Tafāsīr, m/s 11-12].
Dalam kitab tersebut, setelah membentangkan kenyataan ini, beliau memuatkan pelbagai kritikan terhadap kesalahan-kesalahan dalam tafsir yang dilakukan oleh sebahagian ahli tafsir yang disusun mengikut susunan surah dan memfokuskan bahagian ayat yang wujudnya peanfisran yang bidaah tanpa mengira aliran atau sesiapa sahaja seperti Muktazilah seperti az-Zamakẖšhariyy, Abū ʿAliyy al-Jubāʾiyy dan Abū Muslim al-Aṣfahāniyy, syiah seperti ašh-Šharīf al-Murtaḍō, sufi sehinggalah ahli sunnah seperti al-Bayḍōwiy dan an-Nasafiyy.
Malah ada tempat secara jelas yang beliau menyebutkan pentafsiran yang salah itu dilakukan oleh kebanyakan ahli tafsir. Antara nama yang jelas yang beliau singgung adalah al-Ḥāfiẓ Ibn Ḥajar al-ʿAsqolāniyy yang menilai hasan untuk hadis Ġhorōnīq, Ibn ʿArobiyy yang mempercayai keimanan Firaun di saat sakaratul maut dengan penjelasan secara panjang lebar, al-Farrōʾ, Abū as-Suʿūd dan al-Ḥāfiẓ as-Suyūṭiyy.
Kenyataan al-Ḥāfiẓ ʿAbdullah ini juga dipetik oleh adiknya, al-Ḥāfiẓ ʿAbdul Ḥayy bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġhumāriyy dalam al-Ajwibah al-Fiqhiyyah ketika menempelak sikap ketaksuban terhadap mazhab.
Kalaulah kata-kata ini dibentangkan ini kepada golongan yang berakronim ASWAJA secara khusus, pasti mereka akan mengatakan bahawa ini adalah kalam daripada salafi untuk yang paling sopan atau wahabi untuk yang paling teruk.

Namun, kalam ini datang daripada mereka yang bukan dikenali daripada salafi atau wahabi. Ia adalah daripada tokoh yang menjadi rujukan ASWAJA, iaitu keluarga al-Ġhumāriyy yang berketurunan Rasulullah SAW yang sufi. Malah, mereka ini juga menzahirkan penentangan terhadap golongan wahabi.
Bayangkan kalau prinsip yang sama ini dipegang oleh selain mereka. Pasti akan digelar ASWAJA berbaju wahabi atau kaum tua yang berfikrah kaum muda untuk konteks tempatan pada era abad ke-20 .
Manhaj sebegini tidak perlu dihairankan kerana ini adalah didikan daripada bapanya, Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq yang begitu lantang dalam menentang ketaksuban terhadap mazhab dan berpegang teguh dengan al-Quran dan as-Sunnah walaupun menyalahi tokoh kebesaran.

Kisah perjuangannya dan pendebatannya bersama para pentaklid dicatat oleh anaknya, al-Ḥāfiẓ Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġhumāriyy dalam kitab at-Taṣowwur Wa at-Taṣdīq Bi Akẖbār Ašh-Šhaykẖ Sīdī Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq. Perjuangan ini juga diwarisi oleh anak-anaknya dan hidup dalam karya-karya mereka.
Tidak perlu pun untuk seseorang menjadi salafi atau memakai label salafi apabila berprinsip sebegini. Keluarga al-Ġhumāriyy sudah cukup menjadi bukti untuk ini. Meskipun mereka ini adalah sufi, mereka juga tetap membidas kebatilan-kebatilan yang ada pada sufi dan sebahagiannya terabadi dalam sebahagian karya mereka. Mewarisi keturunan baginda bukan semestinya perlu memenangkan dan berpihak pada aliran tertentu, tetapi perlu berpihak pada sunnah yang bertepatan dengan ajaran Rasulullah SAW dan kebenaran.
Malah, kerana kuatnya penentangan terhadap taklid, ada di antara mereka memiliki pandangan yang tersendiri yang tidak pernah didahului oleh mana-mana ulama pun.

Contohnya adalah al-Ḥāfiẓ ʿAbdullah bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġhumāriyy dalam Ḏzawq al-Ḥalāwah Bi Bayān Imtināʿ Naskẖ at-Tilāwah mengaku secara terang-terangan bahawa beliau menyalahi seluruh ulama usul fiqh dan mereka yang berpengkhususan dalam Ulum al-Quran dalam isu nasakh pembacaan al-Quran. Contoh yang lain adalah Al-Ḥāfiẓ Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġhumāriyy menyalahi sekalian para ulama salaf dan khalaf dalam pemahaman ayat-ayat al-Quran tentang kebersamaan Allah sepertimana yang direkodkan oleh Abū al-Faḍl Badr al-ʿImrōniyy dalam al-Jawāb al-Mufīd Li as-Sāʾil al-Mustafīd. Untuk adik beradik yang lain, saya tidak pasti.
Sama ada benar atau salah pandangan ini, itu soal yang kedua dan terserah kepada para pembaca. Yang penting, kita faham bahawa prinsip kita adalah beramal dengan sunnah dan tidak bertaklid secara taksub. Inilah prinsip yang ditonjolkan oleh keturunan Rasulullah SAW dari keluarga al-Ġhumāriyy. Inilah prinsip bagi setiap Muslim yang memiliki upaya ilmu. Bukan hanya terhad pada salafi atau apa jua aliran tertentu.
Malangnya, prinsip keluarga al-Ġhumāriyy ini seolah-olah dipandang sepi oleh komuniti ASWAJA dan seolah-olah tidak wujud di mata mereka. Entah kerana tidak pernah membaca karya mereka atau hanya mengenali secara selapis atau sememangnya tahu, tetapi tidak mengendahkannya kerana berkebetulan keluarga ini adalah berketurunan Rasulullah SAW yang sufi dan ahli hadis serta menentang al-Albāniyy dan wahabi. Dengan kata lain, mereka hanya meraikan keluarga al-Ġhumāriyy kerana banyak secocok dalam pandangan-pandangan mereka atau kerana penentangannya terhadap al-Albāniyy dan wahabi, tetapi tidak diterapkan prinsip tersebut dalam pengamalan agama mereka.

Kadangkala para sufi ini memetik kalam al-Ġhumāriyy dalam penentangannya terhadap wahabi, tetapi apabila al-Ḥāfiẓ ʿAbdullah bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġhumāriyy dalam Iršhād aṭ-Ṭōlib an-Najīb Ilā Mā Fī al-Mawlid an-Nabawiyy Min al-Akāḏīb menyatakan bahawa hadis tentang penciptaan Allah yang paling awal adalah nur Muḥammad adalah palsu, tiba-tiba mereka sukar untuk menelannya dan sedaya upaya mencari alasan untuk mempertahankannya yang sememangnya bertujuan jelas untuk menyalahi pandangan ahli ilmu keturunan Rasulullah SAW dalam hal ini.
Saya tidak rasa mereka ini juga mampu menghadam kritikan al-Ḥāfiẓ ʿAbdullah al-Ġhumāriyy terhadap Ibn ʿArobiyy. Malah, mungkin karya az-Zāwiyah Wa Mā Fīhā Min al-Bidaʿ al-Aʿmāl al-Munkaroh yang ditulis Syeikh Muḥammad az-Zamzamiyy bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq akan menjadi pedas buat mereka kerana karya ini juga memuatkan kritikan terhadap sufi yang batil secara umum.
Apapun, keturunan baginda bukanlah alasan untuk membenarkan segala pandangannya. Kalau al-Ašhʿariyy boleh menolak pandangan al-Ḥāfiẓ Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġhumāriyy kerana penentangannya terhadap aliran al-Ašhʿariyy berdasarkan hujah, bukan kerana taksub, maka kita pun seyogianya melakukan yang sama.

Kita begitu mementingkan hujah ilmiah, bukan kerana sentimen atau ketaksuban. Maka, wajib bagi kita berpihak kepada hujah yang tertegak secara kukuh lagi mapan meskipun kita akan menyalahi keturunan baginda atau selainnya.
Di Malaysia, yang nyata bagi saya untuk mereka yang agak menyerupai dengan manhaj ini adalah para asatizah daripada saluran Sidang Kalam. Mereka adalah al-Ašhʿariyy, tetapi juga membawa perjuangan apa yang diperjuangkan oleh keluarga al-Ġhumāriyy.
Semoga Allah merahmati mereka semua atas perjuangan mereka untuk menegakkan sunnah dan meyuburkan lagi pembudayaan ilmu yang kritis untuk masyarakat.
-----------------------
Sesiapa yang boleh berbahasa Arab dan ingin mengenali keluarga ini, maka boleh baca artikel di sini untuk pengenalan :
-----------------------
Mungkin akan timbul persoalan tentang bagaimana sikap kita dalam mendepani tokoh yang bergelar al-Ḥabīb yang berketurunan Rasulullah SAW -atau sebahagiannya berkemungkinan ia adalaah dakwaan sahaja-? Mungkin yang keluaran Arab tidak begitu kontroversi walaupun ada. Namun, yang keluaran daripada Indonesia ini mungkin begitu rumit sekali kerana ada pelbagai ragam keanehan.
Jawapannya adalah kita berprinsip sepertimana yang diperjuangkan oleh keturunan Rasulullah SAW juga, iaitu keluarga al-Ġhumāriyy.
Jika benar adanya hadis-hadis palsu, batil dan tidak berasas yang tersebar dari lisan mereka, maka kita akan bangkit menolak sepertimana keluarga al-Ġhumāriyy lakukan. Kalau wujudnya tafsiran Baṭiniyyah yang menyalahi kaedah-kaedah ilmu yang lurus, maka kita akan menepisnya sepertimana keluarga al-Ġhumāriyy lakukan.
Tidak ada pilih bulu. Yang salah tetap salah meskipun daripada mana-mana aliran pun atau siapa jua tokoh tersebut.
-----------------------
Wujudkah perselisihan antara sesama keluarga al-Ġhumāriyy dan saling mengkritik antara mereka?
Menurut Syeikh Maḥmūd Saʿīd Mamdūḥ, al-Ḥāfiẓ ʿAbdul ʿAzīz bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġhumāriyy pernah menyemak kritik karya abangnya, al-Ḥāfiẓ ʿAbdullah al-Ġhumāriyy yang berjudul al-Kanz aṯs-Ṯsamīn Fī Aḥādīṯs an-Nabiyy al-Amīn. [Rujuk : https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=391035351310744&id=100012128473491].
Selebihnya, jawapannya adalah wallahuaʿlam. Saya tidak mengetahui tentangnya. Tanyalah pengkaji pemikiran mereka ini yang lebih mendalam lebih tahu tentangnya.
Cuma, ada cerita yang menunjukkan wujudnya konflik antara Syeikh Muḥammad az-Zamzamiyy bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq dengan abangnya, Aḥmad al-Ġhumāriyy. Kononnya, Syeikh Muḥammad az-Zamzamiyy telah keluar daripada Zāwiyah atau pondok pada bahasa kita yang dikelola oleh abangnya setelah beberapa lama melaziminya di sana, lalu bertaubat dan berlepas diri daripada sufi yang menurutnya rosak di dalamnya. Sehingga beliau menghasilkan karya yang berjudul az-Zāwiyah Wa Mā Fīhā Min al-Bidaʿ al-Aʿmāl al-Munkaroh untuk menempelak pengamalan pondok yang dikelola abangnya.
-----------------------
Benarkah Syeikh Muḥammad az-Zamzamiyy bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq adalah wahabi? Wallahuaʿlam.
Namun, ada rekod tentang pendebatan Muḥammad az-Zamzamiyy dengan al-Albāniyy dan sememangnya menyelisihi salafi dalam isu sifat Allah.
Malah, secara jelas beliau mengaku bahawa tasawwuf termasuk ilmu syariat yang sama seperti ilmu fiqh dalam karyanya az-Zāwiyah Wa Mā Fīhā Min al-Bidaʿ al-Aʿmāl al-Munkaroh, tetapi beliau menentang para sufi yang jahil. Apakah wujud salafi yang sufi atau wahabi yang sufi?
Cuma, sememangnya ada ura-ura yang menyatakan bahawa beliau sememangnya wahabi. Apapun, itu di luar pengetahuan saya. Dan setakat pembacaan saya pada karyanya yang ada pada saya, tidak jelas untuk hal ini. Pun begitu, barangkali ada cerita yang lebih besar daripada apa yang terbentang dalam karyanya dan itu ada di tangan orang yang telah mengkajinya lebih dalam.
Dan kalau benar, bolehkah keturunan Rasulullah SAW ini berfahaman wahabi? Adakah pendapatnya yang mewakili wahabi boleh dikira muktabar? Menarik untuk dibincangkan.
Cuma, dahulu pernah saya melihat ada orang memaparkan contoh nama ulama salafi yang berketurunan Rasulullah SAW. Namun, saya tidak ingat di mana saya membacanya dan saya sudah kerahkan usaha untuk mencarinya, tetapi tidak menemukannya.
Kalau ada maklumat lagi yang lain yang ingin dikongsikan, dipersilakan.
Bersambung seterusnya di sini : https://marzukamartillo.blogspot.com/2021/03/mengapa-saya-minat-mengkaji-manhaj-dan.html
(a) Al-Ḥāfiẓ ʿAbdullah Al-Ġhumāriyy Menarik Balik Karyanya Al-Kanz Aṯs-Ṯsamīn Kerana Terdapat Hadis Dhaif Di Dalamnya
https://marzukamartillo.blogspot.com/2021/03/al-hafiz-abdullah-al-ghumariyy-menarik.html
(b) Al-Ḥāfiẓ ʿAbdullah bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġhumāriyy Pernah Menarik Balik Pandangannya
https://marzukamartillo.blogspot.com/2021/03/al-hafiz-abdullah-bin-muhammad-bin-as.html
(c) Al-Ḥāfiẓ ʿAbdullah bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy Pernah Dituduh Cenderung Pada Wahabi!
https://marzukamartillo.blogspot.com/2021/04/al-hafiz-abdullah-bin-muhammad-bin-as.html
(d) Az-Zāwiyah Wa Mā Fīhā Min al-Bidaʿ Wa al-Aʿmāl al-Munkaroh : Karya Tokoh Berketurunan Rasulullah SAW Dalam Membasmi Sufi Yang Batil
https://marzukamartillo.blogspot.com/2021/04/az-zawiyah-wa-ma-fiha-min-al-bida-wa-al.html
No comments:
Post a Comment