Showing posts with label Topik Bahasa Arab. Show all posts
Showing posts with label Topik Bahasa Arab. Show all posts

Sunday, 23 May 2021

Tadabbur Dari Perkataan Dubur?


Baru-baru ini kecoh ada yang kecam, sinis dan membahan si Aiman Banna kerana menganggap etimologi perkataan tadabbur (تدبر) dari perkataan dubur (دبر).
Saya bukan ingin membela si Aiman Banna. Kalau nak kutuk dia, dipersilakan. Saya pun bukan peminat dia.
 
Tetapi, saya sekadar ingin tepis herdikan orang yang bodoh dalam bahasa Arab. Ya! Memang bodoh pun. Tak perlu tapis lagi dalam menyifatkan jenis orang sebegini.

Memang pun perkataan Tadabbur dari perkataan Dal-Ba-Ro (دبر). Sesiapa yang belajar bahasa Arab dan ingin mencari perkataan Tadabbur (تدبر), memang wajib cari perkataan Dal-Ba-Ro ini sebab inilah akar bagi derivatif kalimah tersebut.
 
Ini adalah benda wajib yang dilakukan bagi mana-mana orang celik bahasa Arab sama ada penuntut ilmu sehinggalah ulama. Sebab itu saya berani cakap yang sinis dan kecam etimologi ini adalah bodoh tulen.

Gambar imbasan yang saya kongsi ini adalah daripada Lisān al-ʿArob karya Ibn Manẓūr. Tak kenal nama kitab ini? Jangan sembang bab etimologi perkataan bahasa Arab!

Apa maksud "Dubur" dalam bahasa Arab sebenarnya? Makna asalnya bermaksud lawan arah hadapan, iaitu belakang, hujung atau akhir bahagian sesuatu. Ini makna asal yang dijelaskan oleh Ibn Manẓūr.
Sebab itu Rasulullah SAW bersabda :
 
مَنْ قَرَأَ آيَةَ الْكُرْسِيِّ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلاةٍ مَكْتُوبَةٍ لَمْ يَمْنَعْهُ مِنْ دُخُولِ الْجَنَّةِ إِلا أَنْ يَمُوتَ "

"Sesiapa yang membaca ayat al-Kursiyy pada setiap penghujung solat yang wajib, nescaya tidak ada yang menegahnya dari memasuki syurga kecuali dia mati". (Riwayat an-Nasāʾiyy dalam as-Sunan al-Kubrō, no. 9532).

"Dubur" solat di sini adalah hujung solat. Iaitu, setelah selesai solat. Bukan "dubur" yang bermakna punggung. Jadi, tidak perlu rasa pelik pun kalau orang Arab menyebut bahagian arah belakang atau hujung sebagai "dubur".

Adapun, makna "dubur" kepada punggung, pantat atau burit, ia adalah pengembangan makna daripada makna asalnya, iaitu belakang.
 
Pengembangan makna lain dari makna asalnya memang ada dalam mana-mana bahasa pun. Jangna kata bahasa Arab sahaja.

Lalu, perkataan Dal-Ba-Ro ini dipecahkan kepada beberapa kalimah seperti tadabbur.
 
Malah, perkataan "Tadbir" (تدبير) itu sendiri dari perkataan "dubur".

Kesimpulannya, kalau benci Aiman Banna pun, kalau jahil bahasa Arab, lebih baik jangan berseteru bahagian tersebut. Terserlah kebodohan tanpa sedar.

Wednesday, 28 April 2021

Mengapa Tiada Terjemahan Al-Quran Yang Terbaik?

Saya kadangkala ditanya terjemahan al-Quran yang mana yang paling baik. Saya katakan bahawa tidak akan ada terjemahan yang paling terbaik sampai kiamat. Saya sendiri pun sukar untuk mencadangkan terjemahan al-Quran yang sesuai. Banyak sebabnya.

Kerja penterjemahan al-Quran hakikatnya bukan alih bahasa atau tukar bahasa sahaja, tetapi ia adalah gabungan antara pemahaman kepada penafsiran al-Quran dan kemahiran kita dalam bahasa yang ingin kita terjemahkan. 

Bayangkan kadangkala satu lafaz bahasa Arab itu boleh ada dua tiga makna yang berbeza dari ahli tafsir, malah qiraat yang berlainan juga akan menatijahkan makna berbeza. Pemahaman majaz dan hakikat dalam ayat juga boleh mempengaruhi makna.

Sekarang, tugas penterjemah adalah perlu memilih mana satu. Tidak mungkin sama sekali penterjemah ingin memuatkan kesemuanya sekaligus dalam penterjemahan satu ayat atau satu perkataan. Inilah dilemma, trilemma, tetralemma dan pelbagai lagi lemma yang lain yang dihadapi oleh penterjemah.

Untuk memilih, bukannya senang. Kadangkala perlu mengambil kira faktor kesesuaian konteks ayat, sudut tatabahasa, konteks ayat sebelumnya, keharmonian dengan suatu ayat di surah lain, bagaimana pandangan ahli tafsir tentangnya, kesesuaian qiraatnya dan pelbagai lain lagi.

Dengan kata lain, pendapat dan pemilihan peribadi penterjemah akan ada dalam proses penterjemahan itu. Nampak mengapa penterjemahan al-Quran akan berbeza bagi setiap individu atau pihak pengeluar dan mustahil untuk akan menjadi yang terbaik?

Kalau penterjemah baik hati atau ingin memaparkan maklumat tambahan, mungkin sekali akan dimasukkan sekali penafsiran yang lain pada nota kaki. Yang pasti, ia belum cukup untuk memasukkan lebih banyak daripada apa yang sepatutnya.

Kemudian, pernah ada orang tanya, tidak bolehkah jika kita hasilkan terjemahan al-Quran yang mempunyai sama mutu seni bahasa dan estetika dengan bahasa Arab? Saya katakan tidak mungkin, malah mustahil. 

Ini kerana tatabahasa Arab jauh lebih kompleks berbanding bahasa Melayu. Kadangkala, penggayaan tatabahasa Arab itu sendiri akan memberi makna tersendiri yang hanya difahami oleh orang Arab. 

Contohnya penggunaan ḥaḏzaf (حَذَف) dalam al-Quran. Kadangkala, satu beberapa kalimah digugurkan dalam satu ayat sama ada prediket, subjek, objek atau seluruh ayat yang lengkap. Bagi orang Arab, kadangkala ia sesuai menurut laras bahasa mereka, malah ia boleh menyerlahkan kesenian yang tulen melalui pengguguran kalimah atau ayat. Akan tetapi untuk bahasa Melayu, ia tidak secocok menurut laras bahasanya, malah boleh rosak estetikanya jika ditiru sama.

Contoh lain adalah struktur kata kerja bahasa Arab boleh sahaja "kata kerja + objek + pelaku" atau "kata kerja  + pelaku + objek" atau "objek + kata kerja + pelaku". 
 
Akan tetapi, struktur bahasa Melayu untuk kata kerja hanya boleh "pelaku + kata kerja + objek" atau "objek + kata kerja pasif + pelaku". Nampak jelas perbezaannya. Bagaimana mungkin struktur yang ada bahasa Arab, tetapi tidak ada pada bahasa Melayu boleh disepadankan? Sebab itulah perlunya ada pelarasan dalam terjemahan.

Itu belum lagi seni taqdīm (mendahulukan) dan taʾkẖīr (mengakhirkan) perkataan. Kadangkala prediket didahulukan dari subjek dan kadangkala objek didahulukan daripada subjek. Semua ini ada sebab keseniannya yang mungkin bahasa Melayu tidak boleh menirunya. 

Dan banyak lagi yang lain.

Itu belum lagi kosa kata yang juga memberi kesan makna yang berbeza dari bahasa Melayu. Kita perlu tahu bahawa jenis-jenis makna ini ada pelbagai. Ada detonasi, konotasi, afektif, kolokasi, stilistik, tematik dan lain-lain. 

Sekarang, untuk menterjemahkan perkataan bahasa Arab itu, bukan sekadar lihat apa perkataan bahasa Melayu, tetapi perlu juga lihat apa jenis maknanya. Ini perlu dianalisis terlebih dahulu. 
 
Kadangkala, ia adalah detonasi, tetapi apabila masuk dalam ayat tertentu, ia jadi konotasi atau kolokasi. Kadangkala, boleh jadi dua atau tiga sekali jenis makna dalam satu masa. Dan seterusnya. Kemudian, baru cari padanan dengan bahasa Melayu, lalu disesuaikan dengan laras bahasa Melayu. Proses terjemahan bukan pindah perkataan sahaja.

Bayangkan ingin sepadankan kompleks tatabahasa Arab kepada bahasa Melayu yang jauh lebih ringkas dan mudah. Malah, kadangkala uruf perkataan Arab pun kadangkala jauh berbeza atau langsung tidak ada pada bahasa Melayu. Untuk menjayakan kepadanan antara estetika bahasa Arab dengan bahasa Melayu, ia lebih mendekati mustahil atau ia adalah gerak kerja yang payah sekali.

Itu belum lagi teknik terjemahan yang digunakan oleh penterjemah. Perlu diingatkan bahawa dalam penterjemahan, bukan sahaja ada terjemahan literal. Ada teknik modulasi, adaptasi, semantik, komunikatif, transposisi dan lain-lain. Walaupun penterjemah tidak tahu teori tentang kaedah dan teknik penterjemahan ini, tetapi aplikasi mereka sama ada sebahagian atau kebanyakan tetap ada sepanjang kerja penterjemahan. 

Sebab itu, penterjemahan tidak lari dari perspektif individu juga dan sebab itu kita menemukan stail penterjemahan yang pelbagai. Kadangkala, ada terjemahan yang memang menekankan aspek literal dan ada yang penterjemahan jenis dinamik dan bebas yang mengambil kira mafhum daripada ayat tersebut. Ada terjemahan yang menggunakan ekspresi klasik dan ada juga yang menyesuaikan dengan laras bahasa yang moden.

Oleh itu, kita perlu sahaja akui kelebihan dan kekurangan yang ada dalam terjemahan al-Quran. Kadangkala, ada bahagian yang mereka lebih daripada yang lain dan kadangkala ada yang tidak cukup memuaskan jika dibandingkan yang lain. Itu memang lumrah yang tidak boleh dielakkan.

Mahu atau tidak mahu, untuk mendapatkan pemahaman tentang ayat al-Quran yang lebih padu, sememangnya perlu adanya penguasaan bahasa Arab dan merujuk bagaimana pandangan ahli tafsir itu sendiri.

Apapun, dalam menggali pemahaman ayat dalam al-Quran, saya secara peribadi selalunya merujuk kepada :

a) Tafsir yang mengumpulkan pelbagai pandangan, khususnya salaf.

-Tafsīr Ibn Abī Ḥātim ar-Rōziyy. Tafsir ini tidak mengumpulkan pandangan peribadi pengarang, tetapi fokus kepada periwayatan pendapat salaf tentangnya.

-Tafsir aṭ-Ṭobariyy. Kalau ini pula digabungkan antara penafsiran peribadi pengarang dengan periwayatan pendapat salaf tentangnya.

Boleh dikatakan kedua-dua ini merupakan rujukan utama untuk kitab tafsir yang terkemudian dalam mengetahui pandangan salaf tentangnya. Kebanyakan penukilan akan berpaksi pada dua kitab ini.

-An-Nukat Wa al-ʿUyūn atau dikenali sebagai Tafsir al-Māwardiyy. Tafsir ini pun sama tidak mengumpulkan pandangan peribadi, tetapi lebih fokus kepada penukilan pendapat salaf.

b) Tafsir yang fokus kepada bahasa

-Tafsir az-Zamakẖšhariyy. Mereka yang belajar bahasa Arab sudah tentu bagaimana hebatnya kitab ini yang mengumpulkan faedah-faedah nahu dan balaghah yang terkandung dalam ini. Cuma, kadangkala perlu berjaga-jaga sedikit kerana ada tafsir beliau mempunyai pengaruh Muktazilah.

-Al-Baḥr al-Muḥīṭ Fī Tafsīr al-Qurʾān al-ʿAẓīm karya Abū Ḥayyān al-Andalusiyy. Kadang tafsir az-Zamakẖšhariyy rasa singkat sangat, jadi kadangkala saya rujuk ini untuk dapatkan maklumat tambahan.

-Fī Ẓilāl al-Qurʾān karya Sayyid Quṭb. Ini rujukan tambahan jikalau saya belum puas hati setelah merujuk kedua-duanya.

c) Tafsir yang fokus kepada mafhum ayat.

Kalau saya ingin melihat kesimpulan dalam suatu ayat atau pengungkapan semula ayat al-Quran dalam bentuk sinonim dan memfokuskan pemahaman kosa kata dalam sesuatu ayat, maka ini antara rujukan saya :

-At-Tafsīr al-Wajīz ʿAlā Hāmiš al-Qurʾān al-ʿAzīm karya Dr. Wahbah az-Zuḥayliyy

-At-Tafsīr al-Muyassar.

-Tafsīr al-Jalālayn.

d) Tafsir yang membahaskan i'rab secara khusus :

-Iʿrōb al-Qurʾān Wa Bayānuh karya Muḥyiddīn ad-Darwišh. Karya ini mengumpulkan makna kalimah dalam al-Quran, membentangkan i'rabnya, menjelaskan perselisihannya jika ada dan faedah balaghah padanya.

-Al-Jawdwal Fī Iʿrōb al-Qurʾān

-Al-Iʿrōb al-Mufaṣṣol Li Kitābillah al-Murottal karya Bahjat ʿAbdul Wāḥid Ṣōliḥ.

e) Tafsir jenis yang lain.

-Tafsir al-Qurṭubiyy. Bagi saya, inilah tafsir yang agak menyeluruh dan lengkap. Mengumpulkan pelbagai pendapat pandangan salaf, pelbagai qiraat yang ada dalam al-Quran, mengumpulkan pandangan pelbagai fuqaha dalam ayat-ayat hukum dan membentangkan pelbagai faedah yang berkaitan dengan ayat tersebut. 

Boleh dikatakan bahawa Tafsir al-Qurṭubiyy adalah Fatḥ al-Bārī untuk tafsir al-Quran. Maksudnya, jika al-Ḥāfiẓ Ibn Ḥajar al-ʿAsqolāniyy menghasilkan syarah yang lengkap untuk Ṣoḥīḥ al-Bukẖōriyy, maka al-Imām al-Qurṭubiyy menghasilkan tafsir al-Quran yang lengkap. Saya sememangnya mencadangkan sesiapa yang ingin memiliki tafsir al-Quran yang terbaik, inilah yang sepatutnya dimiliki.

-Tafsir Ibn Kaṯsīr. Tafsir ini memfokuskan tafsir al-Quran dengan hadis serta dicampur sedikit sebanyak dengan penafsiran pengarang.

-Taʾwīlāt Ahl as-Sunnah atau dikenali sebagai Tafsīr al-Māturīdiyy. Saya suka tafsir ini kerana pengarang selalu membentangkan beberapa kemungkinan ayat-ayat tersebut boleh ditafsirkan. Maksudnya, kita boleh lihat beberapa aspek atau sudut penafsiran yang boleh diambil kira.
 
-Tafsīr al-Basīṭ karya al-Wāḥidiyy
 
-Tafsīr Abī as-Suʿūd

-Tafsir Ibn ʿAṭiyyah.

Ini semua adalah tafsir utama yang saya rujuk. Ada banyak lagi yang lain. Itu jika ingin saya perbanyakkan maklumat atau belum rasa puas setelah merujuk kesemua karya tersebut.

Friday, 15 January 2021

Fungsi كَانَ dalam binaan ayat

Kata ustaz Ashafizrol Abdul Hamid :

Kita akan guna كَانَ untuk menukar perujukan masa sesebuah ayat yang menunjukkan masa sekarang kepada masa lepas. Misalnya :

الرَّجُلُ مُجْتَهِدٌ

Lelaki itu rajin.

يَذْهَبُ الرَّجُلُ إِلَى المَدْرَسَةِ كُلَّ يَوْمٍ

Lelaki itu pergi ke sekolah setiap hari.

Kedua-dua ayat di atas menunjukkan bahasa sehingga ayat itu diucapkan lelaki itu masih rajin dan masih pergi ke sekolah setiap hari. 

Sekarang kita ingin alihkan perujukan masa sekarang kedua-dua ayat tersebut kepada masa lepas. Di sinilah kita perlukan كَانَ. Kita kata, 

كَانَ الرَّجُلُ مُجْتَهِدًا

Dahulu lelaki itu rajin.

كَانَ الرَّجُلُ يَذْهَبُ إِلى المَدْرَسَةِ كُلَّ يَوْمٍ

Dahulu lelaki itu pergi ke sekolah setiap hari.

===========================================

Ketetapan ini terpakai dalam semua keadaan kecuali :

1. Ayat-ayat al-Quran yang menceritakan tentang sifat atau nama-nama Allah s.w.t seperti,

وَكَانَ اللهُ غَفُورًا رَحِيمًا

Kalimah كان di sini tidak bermaksud masa lepas. Sebaliknya bermaksud لَمْ يَزَلْ (sentiasa, berterusan dsb). Penggunaan ini adalah penggunaan khusus yang tidak boleh diambil sebagai asas penggunaan bahasa Arab laras biasa. 

Di dalam Sahih al-Bukhari menceritakan bahawa seorang A’rabi (Penutur bahasa Arab yang tulin dan bahasanya tidak pernah terganggu oleh apa-apa unsur luar) pernah bertanya kepada Ibn ‘Abbas berhubung ayat وَكَانَ اللهُ غَفُورًا رَحِيمًا dan seumpamanya. Kata beliau,

“Aku dapati di dalam al-Quran beberapa ayat yang berbeza dengan penggunaan bahasaku”. Lalu beliau menyebut ayat di atas. Kemudian beliau berkata, “Seolah-olah suatu ketika Allah s.w.t maha pengampun dan selepas itu tidak lagi begitu”.

Jawab Ibn Abbas seperti yang diceritakan oleh Said bin Jubair, “Allah s.w.t namakan diri-Nya dengan lafaz-lafar tersebut. Itu adalah kalam-Nya. Allah s.w.t masih dan akan sentiasa begitu (لَمْ يَزَلْ). Sesungguhnya tidak ada yang Allah s.w.t inginkan melainkan apa yang diinginkannya itu tepat pada sasarannya. Janganlah biarkan al-Quran itu bercanggah dengan kamu kerana semuanya (termasuk ayat itu) datangnya dari Allah s.w.t".

2. Ayat al-Quran yang memberitahu hakikat semula jadi sesuatu. Hal ini hanya pencipta kewujudan ini sahaja yang menentukannya. Misalnya,

وَكَانَ الإِنسَانُ عَجُولًا

إِنَّ الشَّيْطَانَ كَانَ لِلإِنْسَانِ عَدُوًّا مُّبِينًا

3. Terdapat konteks yang kuat menunjukkan ia bukan bermaksud “dahulu / sebelum ini” dan ia hanya berlaku dalam penggunaan laras bahasa tinggi seperti al-Quran atau syair-syair yang penyairnya adalah Arab tulin pada zaman ketulinan bahasa Arab. Bukan kita. Pendirian kita terhadapat penggunaan-penggunaan itu hanyalah sekadar “ambil maklum”, bukan untuk ditiru atau dijadikan sebagai penggunaan utama bahasa. Contohnya :

وَيَخَافُونَ يَوْمًا كَانَ شَرُّهُ مُسْتَطِيرًا

كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ

Mengakhiri perkongsian ini saya ingin tegaskan bahawa uslub-uslub bahasa yang tidak selari dengan ketetapan asal yang dibuat berasaskan “kebanyakan” mestilah diletakkan di tempatnya yang betul, iaitu dipelajari untuk memahami, bukan untuk digunakan sewenang-wenangnya. nak guna, guna yang kebanyakanm iaitu كَانَ menunjukkan masa lepas.

Abbas Hasan di dalan bukunya al-Nahw al-Wafi ada berkata (ketika beliau membahaskan tentang ضمير الشأن),

ومما يجب التنبه له أن الأساليب السالفة -ونظائرها- لا تكون صحيحة معدودة من الأساليب المشتملة على ضمير الشأن إلا إذا كانت صادرة من خبير بأصول اللغة، مدرك للفروق بين التراكيب، ولأثرها في المعاني المختلفة، وأنه صاغ هذا الأسلوب المشتمل على ضمير الشأن صياغة مقصودة لتحقيق الغرض المعنوي الذي يؤديه.

ولولا هذا لصارت اللغة عبثًا في تراكيبها، ينتهي إلى فساد في معانيها. ولا شك أن حسن استخدام هذا الضمير، وتمييزه من غيره لا يخلو من عسر كبير. النحو الوافي 1/255


Komentar saya dan ini diperakui oleh ustaz Ashafizrol Abdul Hamid sendiri :

Lafaz "كَانَ" kalau dipakai dalam al-Quran dengan makna "dahulu" pada point no. 1, no. 2 dan no 3, bagi saya tidak ada masalah juga.

Ini kerana "كَانَ" di sini nak menegaskan bahawa sifat-sifat tersebut sudah pun lama dikenali. Bukannya baru hari ini ada sifat tersebut bila dikhabarkan.

Contohnya, bila disebut "وَكَانَ اللهُ غَفُورًا رَحِيمًا", saya saya akan terjemahkannya dengan "Dari dahulu (azali) lagi Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".

Jika disebut "وَكَانَ الإِنسَانُ عَجُولًا", saya akan terjemahkannya sebagai "sudah sememangnya".. Iaitu "Manusia itu sudah sememangnya tergesa-gesa". Kalau "كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ", saya menterjemahkannya "Kalian sudah sememangnya sebaik-baik umat". Mungkin sahaja terjemahan ini terpakai untuk no. 1 juga.

Ini kerana bila disebutkan "dari dahulu lagi..." atau "sudah sememangnya...", maksudnya sudah lama dikenali memiliki sifat-sifat sebegitu. Dengan kata lain, sifat itu sudah lama ada dan sudah lama dikenali yg sampai sekarang pun masih dikenali.

Sekali lagi, dinyatakan bahawa "كَانَ" di sini nak menegaskan bahawa sifat-sifat tersebut sudah pun lama dikenali. Bukannya baru hari ini ada sifat tersebut bila dikhabarkan.

Monday, 7 December 2020

Mengapa Bahasa Arab Penting Untuk Seseorang Menjadi ʿĀlim?

Apabila ulama meletakkan syarat seseorang itu adalah ʿālim atau untuk menjadi ʿālim, perkara pertama yang mereka tekankan adalah penguasaan bahasa Arab. Bukan sesuka mereka meletakkan syarat ini.

Mungkin juga sebahagian orang masih kabur bagaimana peri pentingnya penguasaan bahasa Arab. Izinkan saya ambil kesempatan ini untuk mengongsikannya.

Gambar yang saya ambil ini adalah piscisan dariapda perbahasan dalam ilmu usul fiqh dalam bab al-Amr, iaitu perintah. Bagi yang tidak tahu bahasa Arab, pasti dia akan tersangkut untuk memahami perbahasan seperti ini. Dalam usul fiqh juga ada membahaskan praktik kemahiran bahasa Arab seperti an-Nahy (larangan), lafaz am dan khas. Ini boleh dikatakan merangkumi 1/4 dalam tema pembelajaran ilmu usul fiqh.

Itu belum lagi jika kita membaca tesis atau jurnal atau kertas kajian atau kitab yang mengkhususkan kajian secara terperinci dalam sesuatu bab. Pasti akan melihat bagaimana pentingnya penguasaan bahasa Arab supaya pembaca boleh mengikuti aliran kupasan dan perbincangan.

Jika sesiapa yang tidak mahir dalam usul fiqh, dia tidak terbekal dengan ilmu alat bagi penafsiran teks-teks agama dan metodologi sistematik dalam pemikiran fiqh. Sesiapa yang ada kemahiran ilmu ini, maka peluang untuk sampai ke tahap mujtahid terbentang. Sesiapa yang tidak ada kemahiran ilmu ini, maka jurang antara sang ʿālim dan awam masih nampak pemisah jelasnya.

Cukuplah contoh daripada gambar ini menunjukkan bagaimana jelas pemisahnya. Bagi yang tidak memahami bahasa Arab, jika dibentangkan ayat-ayat al-Quran, kemudian ditanya yang mana satu daripadanya lafaz perintah, pasti jelas antara dua darjat.

Sekarang, untuk yang bergelar ustaz, tetapi tidak ada kemahiran bahasa Arab. Bagaimana agaknya jika mereka semua ini sedar hakikat bahawa mereka sama-sama seperti sang awam yang apabila dibentangkan ayat al-Quran, masing-masing tidak mampu mengambil istifādah daripada bahasa Arab tersebut?

Sebab itu saya sangat setuju bahawa panggilan ustaz atau ustazah ini layak untuk mereka yang ada kemahiran bahasa Arab. Sebab itu juga saya sangat setuju apabila ustaz Nasaie Hanaffie berkata bahawa selagimana tidak ada penguasaan Arab, selagi itu dia sama seperti orang awam.

Bukanlah saya ingin kata bahawa tahap pendakwah kita sama dengan orang yang tidak pernah belajar langsung. Mereka mungkin masih di tahap awam, tetapi mereka berada di tahap awam yang tinggi. Jika yang menguasai bahasa Arab pun ada beza darjat antara sang mujtahid dan yang bukan mujtahid, sudah tentu lagi orang awam juga ada tahap yang berbeza.

Apapun, sekarang ini, kemahiran ilmu alat penting ini tidak ada disebabkan kejahilan bahasa Arab. Lihat apa yang disebutkan Taqiyuddīn as-Subkiyy :

فإن الإصوليين دققوا في فهم أشياء من كلام العرب لم يصل إليها النحاة ولا اللغويون

"Sesungguhnya ahli usul meneliti pada kefahaman sesuatu yang terdiri daripada kalam Arab yang tidak para ahli nahu dan bahasa sampai kepadanya". (Al-Ibhāj Fī Šharḥ al-Minhāj, jilid 1, m/s 7).

Sekarang, apabila usul fiqh sangat mementingkan bahasa Arab, maka pelajarilah bahasa Arab terlebih dahulu jika benar ingin menjadi sang ʿālim lagi faqih. Ingat! Ilmu usul fiqh adalah ilmu yang paling krusial dan vital untuk seseorang menjadi ʿālim lagi faqih, malah untuk menjadi mujtahid.

Kadangkala, sangat menghairankan ada orang mahu mendalami kitab yang kalau kita dengar judulnya dan nama penulisnya, cukup membuatkan seluruh kulit kita menggeletar dan mulut kita terngaga dan terkelu lidah.

Namun, apabila ditanya tentang bahasa Arab, mesti kita jumpa jawapan yang berbentuk dalih atau nampak seperti tidak ada minat yang kuat atau meletakkannya sebagai keutamaan. "Bahasa Arab susah! Serabut kepala aku dengan macam-macam!".

Apa pun alasan untuk tidak mahu mempelajari bahasa Arab sebagai keutamaan yang tertinggi, cubalah jamin kepada semua orang bahawa kamu boleh memahami perbahasan an-Nahy, al-Amr, al-Ām dan al-Kẖōṣ tanpa memahami bahasa Arab dan jamin bahawa kamu boleh aplikasikan kefahaman itu tanpa bekalan bahasa Arab apabila membaca teks-teks agama, iaitu al-Quran dan hadis.

Percayalah bahawa tanpa bahasa Arab, banyak tempat akan menemukan kesangkutan apabila mereka tidak mahu mempelajari bahasa Arab. Selagimana enggan untuk mendalami bahasa Arab, ikut tertib walau bagaimana sekalipun, ia tidak akan mendapat nilai istifādah yang sama sepertimana orang yang terisi dadanya dengan bahasa Arab.

Berakut-rakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Biar kepala kita pecah sebab belajar bahasa Arab. Mereka yang mahu langkau bahasa Arab, pasti akan disadai kebingungan yang lebih teruk apabila melangkah ilmu yang berhajatkan penguasaan bahasa Arab.

Apabila belajar bahasa Arab, baru ilmu yang baru akan ditarik dan digapai dengan pantas. Mudah-mudahan sedemikian.

Bagi mereka yang masih belum ada kemahiran bahasa Arab, saya mendoakan agar tercapai hajat untuk menggapai kefaqihan yang dijanjikan kebaikan dari Allah. Bagi yang telah menguasai bahasa Arab, mudah-mudahan kita berada di atas jalan kebenaran, istiqamah di dalamnya dan sentiasa dibimbing serta dirahmati di dunia dan di akhirat.

Wednesday, 2 December 2020

Maki Hamun Untuk Orang Dungu Dalam Bahasa Arab

Geram tengok orang dungu cakap atau buat benda yang bodoh?

Rasa mahu maki hamun mereka dalam bahasa Arab?

Mempersembahkan, Ibn al-Jawziyy dalam Akẖbār al-Ḥamqō Wa al-Muġhoffilīn menyeneraikan beberapa perkataan bahasa Arab yang semakna dengan "dungu".

Bangang, bongok, bebal, bengap, biol, benak, bodoh, badigol, samdol, goblok, tolol, baghal dan seumpamanya semuanya ada di perkataan ini.  

Tinggal salin dan tampal sahaja.

الْأَحْمَقُ، الرَّقِيعُ، الْمَائِقُ، الْأَزْبَقُ، الْهَجْهَاجَةُ، الْهِلْبَاجَةُ، الخَطِلُ، الخَرِفُ، الْمِلْغُ، الْمَأُجُ، الْمَسْلُوسُ، الْمَأْفُونُ، الْمَأْفُوكُ، الْأَعْفَكُ، الْفَقَاقَةُ، الْهُجَأَةُ، الْأَلْقُ، الْخَوْعَمُ، الْأَلْفَتُ، الرَّطِيءُ، الْبَاحِرُ، الْهَجْرَعُ، الْمِجْعُ، الأَنْوَكْ، الْهَبَنَّكُ، الْأَهْوَجُ، الْهَبَنَّقُ، الْأَخْرَقُ، الدَّاعِكُ، الهداك، الهَبَنْقَعُ، المُدَلَّهُ، الذُّهُولُ، الْجُعْبُسُ، الْأَوْرَهُ، الْهُوفُ، الْمُعْضِلُ، الْفَدْمُ، الْهُتُورُ، عَيَايَاءُ، طَبَاقَاءُ 

Nota : Saya tidak tahu baris untuk "الهداك". Sudah cari pelbagai kamus, tetapi tidak menemukan barisnya.

Beberapa kata yanng khas untuk wanita :

الْوَرْهَاءُ، الْخَرْقَاءُ، الدَّفْنِسُ، الْخِذْعُلُ، الْهَوْجَاءُ، الْقَرْئَعُ، الدَّاعِكَةُ، الرَّطِيئَةُ.


Sunday, 29 November 2020

Jangan Bahas Dalil Jika Tidak Tahu Bahasa Arab


Kalau mahu bahas isu teologi, falsafah, sejarah atau bab kerohanian, terpulang pada masing-masing mahu guna kaedah mereka selagimana sistematik, terdisiplin dan berkejituan.
Namun, kalau masuk perbahasan dalil; istidlālnya dan istinbāṭhnya, lebih baik ada persiapan ilmu alat yang diperlukan. Yang paling diperlukan adalah bahasa Arab. Bukanlah semestinya sampai mahir sehingga boleh petah berdebat atau pandai gubah syair, tetapi memadai untuk faham perbahasan.

Untuk memahami istidlāl, kemahiran usul fiqh memang diperlukan. Menariknya, Taqiyuddīn as-Subkiyy dalam al-Ibhāj menyatakan bahawa para ahli usul telah meneliti sebahagian aspek di dalam bahasa arab melebihi para ulama nahu dan bahasa. Dengan ini, jelas bahawa untuk menguasai usul fiqh, perlu ada penguasaan bahasa Arab.

Kadangkala, memang menggeletarkan kaki apabila melihat orang berbincang tentang perbahasan dalil, tetapi langsung tiada penguasaan bahasa. Tidak kiralah dari mana-mana aliran pun. Lebih-lebih lagi apabila ia dalam kehangatan polemik, masing-masing mahu pamerkan kejaguhan bahawa mereka lagi punyai kehujahan dan sandaran dalil yang kuat. Kita tertanya-tanya, tidak ada perasaan takutkah mereka itu ketika mereka mengungkapkan sesuatu yang di luar kemampuan mereka?

Kalaupun dia mampu menerangkan sama sepertimana yang telah tertulis dalam karangan ahli ilmu, dia tidak ubah seperti burung kakak tua. Dia tidak tahu bagaimana aplikasi penggunaannya, bagaimana perjalanan konsistensinya, apa isu-isu dalam kaedah bahasa dan lain-lain. Dengan kata lain, ia sekadar "salin dan tampal", tetapi tiada kefahaman secara penghayatan.

Kalau tidak tahu, lebih baik hindari segala perbahasan tersebut. Sekuat mana pun ego kita untuk tegar dengan pendapat yang kita ikut, bukan hak kita untuk berbicara di luar kemampuan. Biarlah yang berkelayakan mendepani lawan mereka dan menjalankan tugasnya. Tidak perlu terjun ke medan tempur tanpa persiapan. Hidup menjadi askar pun perlu ada persiapan, strategi dan kebijaksanaan. Takkan mahu jadi jaguh dalam perbahasan hanya sekadar membabi buta?

Ya. Kita berhadapan dengan musuh yang kita benci, tetapi kalau tiada persiapan, ia tidak ubah seperti sang khinzir hanya tahu menyondol. Jadi, bersabarlah dalam diam dan tinggalkan sahaja mereka. Berundur bukan kerana anda kalah, tetapi kerana anda hormat nilai kedudukan ilmu.

Nota : Gambar sekadar hiasan dan tidak ada kena mengena dengan penulisan ini. Saya tidak akan menterjemahkannya sebab ia perkaitan dengan isu dalam kaedah bahasa Arab. Jika tidak faham, elok sedar di mana kedudukan yang kita berada sekarang dan apa batasan untuk diri kita yang tidak boleh kita langkau.

Tuesday, 2 June 2020

Mengapa Perlu Belajar Bahasa Arab?

Ada beza ke mendalami ilmu agama tanpa belajar bahasa Arab dengan belajar bahasa Arab? Ya, ada! Ia seumpama dengan gambar ini. Which one is better? Tak boleh nak jangka. Kadangkala, mungkin kefahaman kau lebih mendalam dan teliti atau skop pandangan...

Ada beza ke mendalami ilmu agama tanpa belajar bahasa Arab dengan belajar bahasa Arab? Ya, ada! Ia seumpama dengan gambar ini. Which one is better? Tak boleh nak jangka. Kadangkala, mungkin kefahaman kau lebih mendalam dan teliti atau skop pandangan kau akan menjadi luas dan menyeluruh. Ia juga boleh ditafsir secara kontras. Kalau seseorang itu tidak memahami bahasa Arab, ilmu agamanya sama ada dia tidak boleh melihat dengan teliti sehingga nampak suatu realiti di sebalik perincian atau ia tidak dapat melihat secara menyeluruh tentang hakikat skop pandangannya..

Aku tidak tahu kenapa ada orang nak dalami pembelajaran agama, tetapi “escape” sedaya upaya supaya tidak mahu terbabit dengan bahasa Arab[1]. Seolah-olah bahasa Arab terpisah atau ter"sekular" daripada intipati ilmu agama itu sendiri. Kadang kita dengar ada orang cita-cita nak talaqqi dan mengkhatamkan kitab yang “menggigil kulit” dan “menggerunkan hati” tatkala kita mendengarnya. Fuh, dahsyat nama kitab yang dia nak ngaji. Tapi, anehnya bahasa Arab tak ada dalam senarai atau tak diberi keutamaan langsung.

Selalu sangat kita akan dengar dalih bila kita cadangkan untuk belajar bahasa Arab terlebih dahulu. Bahasa Arab susahlah! Bahasa Arab ni memeningkan kepala! Dan lain-lain bunyi untuk justifikasikan bahawa mereka tak perlu berikan masa yang seberhaknya untuk belajar Arab. Saya tidak rasa bahasa Arab itu akan sesukar sama sepertimana kitab level tinggi yang mereka idam sangat untuk belajar.

Persoalan sangat penting kita perlu tanya adalah bagaimana kita mahu dapat mencapai kefahaman yang ahli ilmu fahami dalam sesuatu perkara, sedangkan kita tidak menggunakan alat yang diperlukan, iaitu bahasa Arab untuk mencapai kefahaman tersebut? Patutkah seseorang akan dapat dakwa bahawa dia faham sepertimana ahli ilmu itu fahami sedangkan ahli ilmu tersebut faham melalui minda yang berbekalkan kefahaman bahasa Arab, sedangkan kita kosong daripadanya dalam mengaku persamaan kefahaman seperti ahli ilmu tersebut?

Cuba bayangkan orang ingin memahami khazanah-khazanah Britain, tetapi tidak dapat mempelajari bahasa Inggeris? Anda rasa macam mana? Patut atau tidak patut?

Itulah yang dibuat oleh mereka yang mahu pandai secara ekspres! Tidak kiralah yang mahu jadi agamawan, cendekiawan atau sekadar peminat atau yang mahu jadi musuh terhadapnya. Bagi yang mahu jadi agamawan, bahasa kasarnya adalah it was a disgrace bagi sesiapa yang ingin mendalami pengajian Islam tetapi enggan mahu mempelajari bahasa Arab! Tidak malu kah macam tu? Guru aku, Zaharuddin Nawi Qasimi pernah cerita pengalamannya zaman Master UIA dalam kelas Hadith Qira`ah Nassiyah. Pelajar disuruh baca teks syarah hadith seorang-seorang, tetapi 99 peratus baca teks lintang pukang baris walaupun sudah tahap Master!!![2]. Ish. Kalau ni tak cukup rasa “disgrace” aku tak tau lah.

Benar kata maulana Nasaie Hanaffie, selagi seseorang itu tidak menekuni Bahasa Arab, maka dia akan kekal awam![3] Ya! Sesungguhnya! Mungkin dia banyak ilmu atau mendalam pengetahuannya sebab rajin membaca atau mengambil bidang khusus tersebut dalam pembelajarannya di sekolah atau universiti atau mana-mana institusi, organasi atau pembelajaran peribadi. Tetapi, setinggi-tinggi tahap yang dia capai, mungkin sahaja dia mencapai tahap “ustaz orang awam” atau “orang awam level tinggi”. Dia tidak akan melebihi lagi sebagai orang yang layak disandangkan sebagai “ahli ilmu yang sejati”. Boleh kah kita nak gelarkan seseorang pakar undang-undang British, tetapi tidak tahu bahasa Inggeris? Macam tulah kes ini.

Di sini bukan nak rendahkan motivasi untuk pelajari ilmu lain, tetapi nasihat supaya jangan ambil mudah dalam bahasa arab. Ya, sememangnya sudah punya banyak terjemahan kitab “canggih-manggih”, tetapi ia tidak akan sama “kemanisan” dan perolehan manfaat jika kita merujuk karya aslinya secara langsung. Samakah orang dapat menghayati pemahaman al-Quran hanya melalui terjemahan dengan orang yang benar-benar ada penguasaan dalam bahasa Arab? Pasti tidak akan sama.

Percayalah, terjemahan pasti akan susutkan nilai “roh” yang ada padanya untuk beberapa peratus. Tanyalah mana-mana yang sudah berpengalaman lama dalam bidang terjemahan. Saya juga berkerjaya sebagai penterjemah saya tahu damage yang kita akan terima bila melakukan terjemahan. Kerja penterjemahan bukan sekdar alih bahasa dari bahasa sumber kepada bahasa sasaran, tetapi ia juga kerja “kurangkan damage” bila kita sampaikan maksud melalui ekspresi dan ungkapan yang berbeza.

Bila disuruh belajar Arab ni, tak ada lah disuruh belajar sampai boleh jadi pendebat yang fasih atau sasterawan. Cukup belajar yang diperlukan untuk jadi bekalan. Tambahan tersebut adalah bonus bagi mereka yang berusaha lebih. Yang penting adalah supaya baca kitab nanti tidaklah tunggang langgang atau tidak mendapat faedah apa-apa disebabkan kejahilan terhadap ilmu alat yang penting.

Kenapa dinasihatkan supaya jangan ambil mudah? Ini selalunya kesempatan yang digunakan oleh mereka yang agnostik dan memusuhi terhadap agama. Mentang-mentang sudah banyak bahan bacaan yang sudah terjemah, lalu mereka pun sudah merasa cukup dengan kesemua itu. Mereka menyuarakan seolah-olah mereka paling faham tentang Islam dan selok-beloknya, tetapi ilmu yang menjadi sumber asal bagi pengembangan buah kefahaman daripada al-Quran dan hadis langsung tidak dipelajari!

Mereka lantang mengkritik dan mempertikai. Cepat sahaja tuduhan dikeluarkan dan disebarluaskan. Tetapi, tidakkah mereka pelajari terlebih dahulu dan berusaha lebih sikit supaya. Mahu mengkritik undang-undang Britsih pun, ilmu yang diperlukan adalah bahasa Inggeris. Mengapa mahu mengkirtik Islam, cukup berpada dengan terjemahan? Wajarkah orang begini kita mahu anggap mereka benar-benar mencari kebenaran? Yang jelas adalah sikap gopoh dan orang yang malas atau kurang usaha untuk giat dalam pencarian kebenaran.

Kalau ingin mengkritik hadis Sahih al-Bukhari sebagai contoh, paling tidak rujuk terlebih dahulu ulasan Ibn Hajar al-‘Asqlaani dalam Sahih al-Bukhari for at least. Even, mahu mengkritik al-Quran pun, terdapat lebih 50 tafsir al-Quran di merata tempat. Usahakanlah sikit untuk rujuk kalau benar-benar mengaku sebagai orang yang entusias terhadap kebenaran. Maktabah Syamilah pun ada lebih 7500 buah buku untuk pelbagai bidang yang boleh diakses setiap orang! Itu tidak termasuk yang ada di laman web Waqfiya atau laman web organisasi atau peribadi yang menawrkan kitab percuma untuk dibaca. Rajinlah sedikit kalau benar-benar kebenaran mutlak itu adalah sesuatu yang ditegaskan dalam prinsip.

Eh? Dah melalut jauh pulak. Tapi, yang nak ditekankan adalah jika kita benar-benar mendahulukan kebenaran, tidak wajar kita bersikap gopoh. Kerahkan usaha lebih dan jangan hanya seperti duduk menanti tuah atau mengharapkan dapatan lebih daripada usaha yang sedikit. Pelajari dahulu ilmu yang menjadi tonggak dan pendiri bagi kandungan agmaa tersebut. Tiada siapa yang boleh nafikan bahawa seseorang tidak boleh pandai ilmu agama tanpa bahasa Arab[4]. Jadi, patutkah sebagai agamawan masih mahu duduk dan selesa di takuk yang sama untuk 30 tahun sepanjang hayatnya?

[1]https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10214717500837750&set=a.3394684752497&type=3&theater

[2]https://www.facebook.com/zaharudinnawi.qasimi.1/posts/921626241338315

[3]https://www.facebook.com/nasaie.hanaffie/posts/10211834948006632

[4] https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1109759449202010&id=460716634106298&hc_location=ufi

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2875197749197466&set=pb.100001218067654.-2207520000.1566229701.&type=3&theater

Bahasa Arab Itu Yang Susah Atau Kaedah Pembelajaran Itu Yang Sukar?

Bahasa Arab itu yang susah atau kaedah pembelajaran itu yang sukar?

Saya pun tak dapat nak beri jawapan yang pasti. Saya dulu ketika mula belajar mengalami fasa “tersesat”. Lima tahun juga lamanya saya dalam fasa itu. Masa tu dah tahu dah istilah majrur, mansub, isim musytaq dan pekebendanya lagi. Tapi, masalahnya bila buka kitab tak ada baris, kepala pening macam mana nak baris dan i'rab. Entah bila nak bubuh tanwin ataupun tidak, bila nak majrur dengan ya atau alif, apa ke jadahnya hat tu mamnu’ min as-sorof, amende fi'il mudhori’ tu mansub dengan fathah muqaddaroh dan macam-macam kekusutan melanda ketika cuba praktikkan kemahiran yang telah dipelajari secara teori. Kesesatan itulah dibawa selama lima tahun.

Sehinggalah saya belajar dengan kaedah yang dirintis oleh Ustaz Rusdi Alias selama 10 hari. Zaappppp!!! 10 hari terus saya dah masuk level baru. Kali ni pusing kat mana pun, takkan tersesat. InsyaAllah. Boleh jumpa mana pangkal hujung. Ye, mungkin sampai sekarang masih ada lorong dan kawasan belum diteroka lagi dan tak diketahui, tapi kalau dibawa ke sana pun, takkan keliru mana masuk keluar. InsyaAllah. Seolah-olah ada “automated GPS” dah di-set dalam otak. Alhamdulillah. Rasa lega tu macam bila dengar ending lagu Linkin Park yang bertajuk Crawling. Cubalah dengar. Lagunya seolah-olah mula-mula dihantu rasa sakit menderita diakhiri dengan kelegaan dan kebebasan dari belenggu. Macam tu lah perasaannya.

Jadi, takkan nak simpulkan kaedah pembelajaran yang memainkan peranan penting? Susah juga. Sebab sebelum belajar dengan ustaz Rusdi, saya dah tahu istilah-istilah nahu, bentuk tasrif dan dah mampu merujuk kamus Arab (bukan kamus yang bermanhaj Oxford biru atau at-Thullab, tapi kamus yang semanhaj dengan al-Marbawi). Jadi, saya tak dapat nak berikan jawapan yang tepat untuk hal ini walaupun ada kecenderungan bahawa sebenarnya bukan bahasa itu yang susah, tetapi kaedah pembelajaran itu yang payah. Nak juga buat eksperimen untuk uji dan buktikan hipotesis ni. Tapi, eksperimen ni agak kejam sebab memperguna sebahagian manusia sengaja untuk dipeningkan untuk membuktikan keabsahan hipotesis.

image

Apapun, belajar memerlukan kesungguhan. Saya pun walau ada kemahiran Nahu dan Sorof, tapi saya masih berhadapan dengan cabaran untuk mampu memahami gaya penulisan dari pelbagai bidang. Pandai baca kitab turats dan kitab ilmiah, belum tentu seseorang itu akan mampu untuk menyesuaikan diri dengan gaya penulisan akhbar dan novel. Pandai baca kitab undang-undang, belum tentu seseorang itu akan mampu menguasai gaya olahan sastera. Begitu juga sebaliknya. Inilah cabaran yang akan dihadapi sepanjang masa walaupun berkecimpung lama dengan nahu sorof. Saya pernah cuba-cuba baca buku tentang perbankan dalam bahasa Arab, tetapi nampaknya saya tak dapat tangkap gaya pengolahan walaupun boleh nak membaris dan mengi'rab. Di sini kita nampak bahawa pandai qawa'id al-Lughah, belum tentu akan pandai nak kuasai pengolahan bahasa dalam bidang tertentu.

Apapun, saya ada teringat kata Ustaz Ashafizrol dan saya ingin kongsikan kata-kata beliau kepada sahabat semua agar terbuka minda sikit: “Kalau keldai yang tak ada akal pun diajar 5 6 kali boleh faham, takkan manusia ada akal belajar 5 6 kali tak faham?”.

Dan ini memang terbukti. Rakan sekelas saya yang kebanyakannya golongan pencen dan sudah bercucu yang tiada latar belakang pengajian agama dan tak pernah ada pengetahuan tentang bahasa Arab tetap boleh mampu untuk bersaing dengan STAM dalam kemahiran bahasa setelah lebih 10 tahun belajar tanpa henti. Tafsir al-Wajiz karya Wahbah az-Zuhaili, kalam hikmah ulama’, buku usul fiqh, ulum al-Quran dan mustholah hadis boleh mereka baca dalam bahasa Arab yang tidak berbaris, i'rab dengan betul dan cadangkan makna dengan tepat. Semua ini takkan diperoleh kalau mereka dari dulu tak mahu teruskan mengerah usaha.

Jadi, jangan terus momokkan dalam diri bahawa bahasa ini susah dan berhenti. Teruskan belajar dan belajar. InsyaAllah. Jalan kan terbuka bagi mereka yang tulus untuk menggapai kefahaman.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2542818185768759&set=a.2757481107635798&type=3&theater

Penentangan Aku Terhadap Buku Nama-Nama Anak Muslim Yang Merepek

Dari 2017 rasanya aku menentang buku atau laman web kononnya nama-nama Islam, tetapi sebenarnya penulis atau pengelola web itu langsung tidak buat kajian dan semakan.

Bila aku cakap ianya sampah, aku bukan main-main. Yang gambar ni antara salah satu daripada yang banyak di luar sana. Aku pun tak tahu penulis atau pengelola tu pandai bahasa Arab atau tidak. Entah-entah masing-masing hanya tahu copy paste antara satu sama lain.

image

Ada lah jugak yang terasa bila aku kritik. Macam aku ni tau sembang je. Sebenarnya aku dah buat dah pun. Kau boleh tengok sendiri di sini :

a) Maksud Perkataan Arab

https://marzukamartillo.blogspot.com/search/label/Maksud%20Perkataan%20Arab

b) Koleksi Nama Jepun Yang Menepati Etimologi Bahasa Arab

https://marzukamartillo.blogspot.com/search/label/Maksud%20Perkataan%20Arab

Penulisan yang aku buat ini memang tujuannya nak paparkan alternatif dan dalam masa yang sama “menentang” dan mengherdik secara tidak langsung buku atau laman web sampah tu.

Sekarang bandingkan macam mana aku buat kajian dan cuba dapatkan ketepatannya. Aku korek sama ada perkatan itu berpunca daripada kata kerja, masdar (gerund), active principle, passive participle atau isim jamid. Kalau ada punca dari pelbagai, aku nyatakan satu-satu. Kemudian, aku tengok dulu apa yang kamus Arab-Arab (bukan terjemahan tau!) beri makna. Kemudian, baru aku terjemah ke bahasa Melayu atau Inggeris mengikut yang ada dalam kamus Arab-Arab.

Aku bukanlah nak berbangga diri, tetapi aku nak bagitau supaya penulis di luar sana jangan malas dan ambil sambil lewa. Tak tahu bahasa Arab, lebih baik jangan menulis buku atau buat laman web. Nak menggatal jugak, dapatkanlah semakan daripada ahlinya.

Nama anak weh. Serius ni. Anak tu mungkin tanggung nama tu selama 80 tahun hidupnya dan mungkin akan jadi menteri yang terkenal. Jadi, bagilah nama yang baik. Kalau dapat nama yang tidak elok atau salah makna disebabkan kecuaian penulis yang lengah untuk teliti, apa rasa anak orang lain nanti bila dapat tahu? Sebab itu aku tak teragak-agak nak cakap “sampah” buku atau laman web yang tak berkualiti ni.

Aku pun sebenarnya dalam usaha nak giatkan projek ni. Lagi-lagi koleksi nama jepun tu. Koleksi nama jepun aku buat tu ada dua sebab. Pertama, untuk kawan aku yang weebs. Manalah tahu mereka nak namakan anak dengan nama jepun. Jadi, aku buat persiapan awal untuk mereka. Kedua, aku nak bagitau yang kalau nak bagi nama “canggih”, “high class” atau “moden” pun, pastikan menepati etimologi bahasa Arab.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3179361525447752&set=pb.100001218067654.-2207520000..&type=3&theater

Saturday, 11 April 2020

Teguran Kepada Tenaga Pengajar Bahasa Arab

Ada dua teguran untuk tenaga pengajar bahasa Arab yang kadangkala mereka tidak sedar kekhilafan yang mereka buat :

(a) Jangan anggap seseorang yang boleh membaca kitab Arab yang berbelit bahasa masih lagi dikira sebagai bodoh atau diperlekehkan jika dia tidak boleh mengungkap perkataan harian seperti "Sidai baju di luar", "Tumbuk bawang", "Mop lantai" dan lain-lain. Keperluan dan matlamat pembelajaran bahasa Arab berbeza-beza mengikut individu. Ada orang cukup sekadar boleh baca kitab sudah memadai. Ada orang mahu sampai boleh menulis dan sehinggalah ke komunikasi. Ada orang mahu sampai boleh menterjemah dan menjadi interpretasi. Jadi, tidak perlu rendah-rendahkan tahap yang dicapai bagi setiap matlamat individu.

Ya, sebahagian pelajar pondok kadang berdepan dengan kesukaran untuk berkomunikasi dalam bahasa Arab, tetapi perlukah sampai anggap kemahiran membaca kitab mereka tidak ada nilai apa-apa langsung? Pandai atau tidak pandai bergantung pada tahap, keperluan dan matlamat masing-masing.


(b) Jangan perlekehkan uslub bahasa al-Quran. Ya, kalam dengan pembahasaan al-Quran sememangnya tidak dapat diaplikasikan dalam perbualan harian, lagi-lagi apabila suasana masyarakat bertutur dengan bahasa pasar, tetapi perlukah sampai rendahkan nilai gaya bahasa al-Quran dan memencilkannya? Sepatutnya bagi pecinta al-Quran, mereka akan takjub dan kagum bagi sesiapa yang dapat ekspresi perkataan sepertimana pengungkapan al-Quran, bukan rasa janggal, aneh dan geli.

Sepatutnya, bagi pecinta al-Quran, tahap yang paling bagus adalah pencapaian yang boleh meniru atau mengikut lenggok bahasa al-Quran, bukannya lenggok bahasa Jordan, Mesir, Saudi, Morocco, Yaman dan lain-lain. Sepatutnya bagi pecinta al-Quran, mereka akan sedaya upaya dan bersungguh-sungguh untuk meneladani tatabahasa dan gaya ungkapan al-Quran, bukannya anggap seni al-Quran ini seolah-olah seperti tidak ada "market" atau "low class". Sepatutnya pecinta al-Quran akan meletakkan standard kepandaian adalah bagi sesiapa yang boleh berbicara fasih tanpa lahn serta semakin dekat dengan uslub al-Quran, bukan mereka yang dapat tiru bulat-bulat ungkapan bahasa yang rosak dan caca-merba nilai tatabahasa dan estetikanya.

Teguran ini dibuat sebab saya nampak konotasi negatif yang dibuat secara tanpa sedar walaupun nampak tidak bertujuan seperti itu. Harap selepas ini setiap daripada kita berhati-hati dalam mengajar, terutamanya dalam meletakkan nilai kepandaian seseorang itu.

Friday, 10 April 2020

Berapa Lama Orang Melayu Boleh Kuasai Bahasa Arab?

Soalan ini pernah dilontarkan oleh penanya yang ingin tahu. Saya pernah berikan jawapan hampir sama sepertimana yang saya tulis di sini, tetapi setelah direnung semula untuk beberapa lama dengan mengambil lebih banyak kemungkinan, saya rasa jawapan yang saya berikan kepadanya tidak cukup kukuh. Bila cuba buat skrip jawapan semula, jadi panjang lebar pula seperti di bawah ini. Saya rasa lebih baik saya kongsikan di sini untuk dijadikan sebagai penulisan yang boleh dikongsikan kepada yang lain dan boleh menjadi rujukan yang dapat dilampirkan jika diperlukan pada masa akan datang.

Saya katakan orang Melayu boleh kuasai bahasa Arab dengan cepat berbanding yang lain kerana satu sebab yang paling signifikan, iaitu sudah terbiasa dengan kalimah bahasa Arab. Pertama, beberapa ribu kosa kata bahasa kita sudah pun diserap banyak daripada bahasa Arab. Dengan kata lain, kita sudah pun menjadi “Arab Melayu” atau “Arab kacukan Melayu”. Ini sebenarnya memberi lonjakan untuk sampai kepada kemahiran komunikasi dengan lebih cepat sebab perkataan itu sangat dekat atau bau-bau bacang macam Arab.

Kedua, suasana persekitaran kita sentiasa meriah dengan penggunaan Arab, bermula dari azannya, solatnya, wiridnya, zikirnya dan amal ibadah serta istilah-istilah yang digunakan dalam ilmu agama dalam perbincangan, ceramah dan diskusi dominannya menggunakan istilah Arab. Ini juga aspek yang memberi potensi orang Melayu dalam memahami perbincangan konsep dari pengistilahan Arab dengan lebih cepat. Rutin dan kebiasaan ini akan memperkaya dan menjadi pedal minyak untuk pantas menangkap pemahaman bahasa Arab.

Selepas itu, dari sudut apa penguasaan bahasa Arab itu? Adakah kemahiran komunikasi atau dapat membaca kitab tanpa baris dengan betul atau kedua-duanya? Kemudian, adakah kemahiran komunikasi itu sekadar dapat survive di negara Arab ketika melancong atau tinggal di sana dengan mengunakan bahasa pasar (‘ammiy) atau saja-saja untuk menonton drama Arab atau mahu bertutur dengan komunikasi yang bertatabahasa atau kesemuanya sekali? Kemudian dalam pembacaan, dalam penerokaan pengetahuan, adakah sampai ingin menjadi seorang yang mampu menjangkau karya sastera yang klasik mahupun moden dan perbahasan linguistik yang komprehensif atau sekadar yang diperlukan agar tidak ralat dalam membaca kitab dan akhbar?

Ya, perlu dibezakan kesemua ini kerana hala tuju untuk sampai kepada kemahiran ini tidak sama jangka waktunya. Sebab itulah dalam pembelajaran bahasa Arab, wajar seseorang ada matlamat spesifik, bahagian apa yang dia mahu fokus dan beri tumpuan untuk dimahirkan.

Saya tidak dapat berikan anggaran tempoh masa untuk semua bahagian kemahiran kerana saya perlu akui ada bahagian yang saya masih jauh daripadanya, iaitu komunikasi pasar dan penerokaan kepada karya sastera dan perbahasan linguistik mendalam dan beberapa perkara yang lain. Ini sesuatu yang bukan saya ceburinya secara mendalam. Dengan itu, jika ditanya berapa lama untuk kuasainya, saya tidak dapat berikan jawapan.

Pembelajaran bahasa Arab yang bertatabahasa akan dimulai dengan nahu dan sorof. Baiklah, berapa lama agaknya penguasaan ini boleh diperoleh? Kalau belajar secara santai seperti para veteran di kelas yang saya ikuti di bawah Akademik Hudhud, yang kelasnya hanya seminggu sekali dan ulangkaji pun masa itu juga, maka yang kita dapat buktikan bahawa dalam jangka masa hampir 6 tahun, mereka sudah boleh i'rab kebanyakan perkataan dalam ayat al-Quran. Malah, ketika fasa ini, mereka sudah boleh mula bertatih untuk membaca kitab tanpa baris.

Itu kalau belajar secara santai, bagaimana kalau yang belajar secara pulun habis? Untuk kemahiran teori bagi pengenalan dan praktikal bagi pemantapan, ia boleh dipercepat sehingga sebulan atau dua bulan! Malah, barangkali hujung sebulan pembelajaran, seseorang sudah boleh mula bertatih baca kitab Arab tanpa baris. 

Maksud pulun habis adalah kalau setiap hari hanya belajar nahu dan sorof je sahaja tanpa langkau. Murid tidak ada rehat dan cikgu tidak ada alasan untuk ponteng mengajar. Kalau ada masa rehat dan hari cuti untuk beberapa hari yang menyebabkan langkau masa yang panjang, maka jangka masa untuk mendapat kemahiran boleh jadi lebih panjang.

image

Bagaimana pula dengan kemahiran membaca teks arab tanpa baris? Soalan perlu dilontarkan adalah teks apa? Pelbagai bidang ada dalam penulisan Arab sama seperti bahasa lain. Ini bergantung kepada latar belakang pendidikan atau pengalaman kerja seseorang. Kalau seseorang itu mahr dalam bidang perbankan, kemungkinan dia akan cepat untuk menangkap menguasai teks perbankan berbahasa Arab, tetapi mungkin akan sangkut dan perlahan pada teks sains. Sebab itulah perlu tahu teks bidang apa, sebab latar belakang seseorang boleh mempengaruhi kepantasan penguasaan.

Kenapa lain bidang, maka lain gear yang diperlukan untuk memperoleh kemahiran? Kerana setiap bidang tidak sama cara masing-masing dalam mengolah ayat, menyusun perkataan dalam menyampaikan mesej, struktur penggayaan dalam membina ayat dan penyesuaian kata untuk konteks struktur dan olahan serta ungkapan. Itulah sebabnya. Sebab itu cara penggayaan ungkapan dalam bidang undang-undang tidak sama dengan sastera. Begitu juga akhbar dan penulisan jurnal. Masing-masing ada struktur dan penggayaan tersendiri. Dan juga lain-lain lapangan dan bidang. Sebab itu ia tidak sama secara keseluruhan.

Baiklah, kita ambil lapangan yang biasa. Katalah kita ingin beli buku kata-kata hikmah, mutiara kata atau celoteh biasa tentang nostalgia hidup, kenangan memori, buah pemikiran dan seumpamanya yang menjadi asas untuk kefahaman pembacaan teks tanpa baris, berapa lama agaknya untuk seseorang dapat i'rab dengan betul dan beri maknanya yang sesuai? Kalau belajar secara santai macam disebutkan tadi, mungkin ambil masa dua hingga tiga tahun. Tetapi, kalau belajar dengan pulun, mungkin dua atau tiga bulan boleh dapat. Ini tidak sama dengan sesi pemantapan yang terdahulu kerana kita membiasakan teks yang sudah pun berbaris. Bila masuk ke tahap teks tanpa baris, gear minda yang diperlukan tidak sama. Sebab itulah ada jangka masa yang berlainan.

Kemudian, kemahiran komunikasi bertatabahasa, berapa lama diperlukan? Perlu kita ketahui bahawa kemahiran komunikasi ini mendatang setelah kita telah lama bergelumang dengan pengayaan dan lenggok penyampaian orang Arab. Bila kita biasa membaca penulisan dan dengar bagaimana orang Arab susun perkataan untuk sampaikan mesej, cara mereka dalam mengolah ayat, struktur ungkapan mereka dalam membina ayat serta kesesuaian sesuatu perkataan untuk konteks yang tertentu, barulah cerah mata untuk nampak bagaimana ia boleh membantu untuk kita berkomunikasi. Sebab itulah, pembacaan lebih ditekankan sebelum masuk komunikasi kerana kita perlu tahu dahulu bagaimana orang Arab berkomunikasi.

Tidak semudah kemahiran berkomunikasi adalah dengan mencipta ayat sendiri, lalu berkata: “orang Arab cakap begini”. Ya, memang komunikasi itu akan menepati tatabahasa, tetapi disebabkan penyusunan perkataan untuk mencipta satu mesej dan penyesuaian ayat tidak sama sepertimana orang Arab sesuaikan, orang Arab akan rasa janggal dan mesej itu boleh jadi sukar difahami. Sebab itulah kita perlu biasakan dahulu ungkapan, penyusunan kata, penyesuaian dan pengoalahan orang Arab dulu. 

Contohnya, bila masa kita perlu kedepankan harof jarr dan zorof dan bila masa kita perlu kebelakangkannya? Bila masa kita perlu gunakan jumlah fi'liyyah da bila masa kita perlu guna jumlah ismiyyah? Bila masa kita boleh gugurkan dhomir muttasil sebagai maf'ul bih pada fi'il dan bila masa kita perlu nyatakan secara jelas? Ini tidak dapat tidak, perlu biasakan dahulu ekspresi orang Arab sebelum melangkah ke komunikasi.

Ada lagi pertanyaan, komunikasi jenis apa? Sebab ada komunikasi yang biasa-biasa dalam kehidupan seharian seperti sidai baju, basuh kereta, makan di restoran dan sebagainya. Saya minta maaf. Ini di luar pencapaian saya kerana saya sendiri pun agak kurang mendalami tentang ini memandangkan suasana persekitaran saya pun tidak begitu “mendesak” untuk aktif menggunakan ekspresi bahasa Arab bagi hal ehwal seperti ini. Ada yang saya tahu dan ada yang saya tidak tahu. Tetapi, banyak yang saya tidak tahu. Kalau saya belajar pun, selalunya ia akan “terbang” lenyap sebab tidak dapat digunakan dalam komunikasi seharian. Jadi, saya tidak dapat berikan anggaran masa untuk penguasaan tempoh untuk bab ini.

Ada juga komunikasi untuk ikuti forum dan perbincangan ilmiah mengikut bidang masing-masing. Kemahiran ini seperti yang saya sebut tadi, ia mendatang setelah mahir membaca teks arab tanpa baris dan terbiasa dengan ungkapan bagi lapangan masing-masing. Kemhiran membaca juga dipengaruhi oleh latar belakang dan pengalaman seseorang dalam bidang itu. Jika seseorang yang berlatar belakang perbankan mahir membaca teks dalam bidang perbankan, kemudian, dia ikuti perbincangan ilmiah tentang perbankan juga, maka kemahiran komunikasi boleh dapat dalam jangka masa sebulan. Tetapi, untuk sains, mungkin akan perlahan dan lambat sebab ia berlainan bidang dengannya. Jadi, ia boleh jadi cabaran besar dan memerlukan gear yang berbeza untuk atasi masalah itu.

Apapun, ini sekadar anggaran sahaja, ia boleh berbeza mengikut tahap kecerdasan, kesungguhan dan suasana pengaruh elemen penggunaan penyebutan arab di sekeliling masing-masing. Yang penting adalah jangan berhenti untuk belajar sesukar mana pun kita hadapi.

Yang memberi inspirasi kepada saya adalah apa yang pernah disebutkan oleh saudara Ashafizrol Abdul Hamid. Katanya, keldai kalau diajar lima enam kali untuk hantar barang, keldai boleh hantar barang itu tanpa ditemani tuannya. Kalau keldai diajar lima enam kali boleh pandai, takkan manusia yang berakal diajar lima enam kali tidak dapat faham? Tak mungkin dengan izin Allah! Mesti boleh punya! Takkan manusia lebih bodoh dari keldai?

Harap itu dapat menyuntik inspirasi untuk kita terus belajar

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2638563079527602&set=a.2757481107635798&type=3&theater