Friday, 1 October 2021

Tokoh Ulama Yang Berketurunan Rasulullah SAW Yang Dituduh Atau Dilabel Wahabi


1. Al-Ḥāfiẓ Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġhumāriyy

Sekalipun terkenal dengan ketokohan ahli hadis sufi, tetapi adakalanya dia disebut menganut akidah wahabi oleh sebahagian orang. Saya tidak mahu menceritakan lanjut tentang akidahnya. Yang penting yang saya boleh berikan pengenalan sepintas lalu adalah beliau sangat anti kepada aliran al-Ašhʿariyy.

Sebagai permulaan, rujuk forum Aslein atau grup forum tersebut di Facebook yang merupakan tempat berkumpulnya mereka yang beraliran al-Ašhʿariyy dan al-Māturīdiyy untuk mengetahui pandangan mereka yang beraliran al-Ašhʿariyy dan al-Māturīdiyy tentangnya.

Forum Aslein : http://www.aslein.net/showthread.php?t=6179

2. Adiknya, al-Ḥāfiẓ ʿAbdullah al-Ġhumāriyy

Dalam muqaddimah kitabnya Awliyāʾ Wa Karomāt, beliau menyatakan bahawa kebanyakan orang jika mendengar kitabnya ini, pasti akan dituduh sebagai cenderung kepada wahabi.

Kitabnya ini khas dalam membentangkan saringan secara kritis terhadap sebahagian kisah karamah wali yang dusta dari para pelampau sufi.

Apa yang para sufi benci sangat pada kitab itu sampai menuduh tokoh mereka sendiri sebagai wahabi? Sememangnya elok kitab itu ditelaah.

Saya telah memberikan pendedahan tentang kitab ini di sini : https://www.facebook.com/photo/?fbid=512676816767692&set=a.456402969061744

3, Adiknya, Syeikh Muḥammad az-Zamzamiyy

Sesiapa sahaja yang membaca kitab az-Zāwiyah Wa Mā Fīhā Min al-Bidaʿ Wa al-Aʿmāl al-Munkaroh tanpa mengenal terlebih dahulu penulisnya, pasti penulisnya akan dilabel sebagai wahabi. Namun begitu, tidak mudah sedemikian. Karya ini ditulis oleh tokoh sufi ahli bait.

Persangkaan yang menjurus kepada pelabelan wahabi telah dinyatakan oleh salah seorang saudara yang mengenali mendalam tentang keluarga al-Ġumāriyy di sini : https://www.facebook.com/photo/?fbid=1796414887211393&set=a.165836783602553

Malah, saya juga mengikuti beberapa cerita tentangnya di forum berbahasa Arab. Sememangnya ada diceritakan pelabelan wahabi daripada adik-beradiknya ketikamna berlaku konflik antara sesama mereka.

4. Ḥamzah al-Kittāniyy

Dalam polemik bersama keluarga al-Ġhumāriyy, sekadar yang saya tahu bahawa pengguna Facebook yang bernama Ṣuhayb al-Idrīsiyy, anak kepada Syeikh Muḥammad az-Zamzamiyy yang merupakan pembela kepada madrasah keluarga al-Ġhumāriyy ini kerapkali melemparkan label wahabi kepada Ḥamzah yang kerap mengkritik madrasah keluarga ini.

5. Ḥasan al-Kittāniyy

Beliau juga dilemparkan label wahabi oleh Ṣuhayb al-Idrīsiyy. Namun, dalam biografi yang saya baca di Wikipedia berbahasa Arab, saya mendapati bahawa beliau salah seorang salafi.

Saya secara peribadi belum pernah mengikuti rapat dengan mana-mana keluarga al-Kittāniyy dan belum pernah membaca mana-mana karya mereka setakat ini. Oleh itu, saya tidak mahu mengulas lebih banyak.

6. Muḥammad bin al-Amīn Būkẖubzah al-Ḥasaniyy

Mula-mula yang saya tahu dia dituduh wahabi oleh Ḥasan as-Saqqōf dan Maḥmūd Saʿīd Mamdūḥ. Kemudian, saya melihat Salafcenter.org memasukkan nama ini dalam tokoh ilmuwan salafi.

Saya setakat ini belum pernah membaca mana-mana karyanya kecuali al-Jawāb al-Mufīd Li as-Sāʾil al-Mustafīd yang mengumpulkan surat-menyurat bersama al-Ḥāfiẓ Aḥmad al-Ġhumāriyy dan muqaddimah daripadanya untuk kitab Ḏzamm al-Ašhāʿiroh Wa al-Mutakallimīn Wa al-Falāsifah yang memfokuskan kalam al-Ḥāfiẓ Aḥmad al-Ġhumāriyy dalam menyinggung aliran al-Ašhʿariyy yang dikumpulkan oleh Ṣōdiq bin Salīm bin Ṣōdiq. Saya juga belum pernah mengikutinya secara rapat tentangnya. Oleh itu, saya tidak mahu mengulas lebih banyak.

Cuma, persoalan yang saya ingin tinggalkan adakah keturunan Rasulullah صلى الله عليه وسلم boleh menjadi wahabi?

Jika ditanya kepada saya secara peribadi, saya menjawab itu tidak menghairankan kerana saya mengenali sedikit tentang keunikan daripada keluarga al-Ġhumāriyy. Kalau mereka boleh menjadi lain daripada yang lain sepertimana pada arus perdana pada aliran sufi, mereka mungkin sahaja boleh menjadi orang yang beraliran yang berbeza secara total dengan aliran sufi.

Malah, al-Ḥāfiẓ ʿAbdullah al-Ġhumāriyy dalam kitabnya an-Nafkẖah aḏz-Ḏzakiyyah pernah menyatakan bahawa al-Imām Zayd bin ʿAliyy sebagai muktazilah. Selebihnya, fikirkanlah sendiri.

Cuma, yang ingin saya tambah adalah walaupun mereka mewarisi darah daripada baginda صلى الله عليه وسلم, bukan bermakna mereka mewarisi kemaksuman baginda. Mereka juga ada sifat kemanusiaan yang terdedah kepada salah dan kurang. Sebab itulah kita jangan mengkultuskan dan mengkuduskan apa sahaja yang ada daripada keturunan Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

Kemudian, saya ingin memperkenalkan bahawa ahli bait tidak hanya terhad pada golongan al-Ḥabīb sahaja atau beberapa yang lain yang menjadi naratif dominan pada hari ini. Ahli bait lebih ramai daripada sekadar itu dan lebih unik pola pemikiran daripada sekadar itu.

No comments:

Post a Comment