Nampaknya ramai juga terkejut sikap al-Ḥāfiẓ Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġhumāriyy baru-baru ini yang begitu keras terhadap kemazhaban ini sampai mengatakan bahawa mazhab yang ada dalam Islam seperti al-Ašhʿariyy, al-Māturīdiyy, Mālikiyy, Ḥanafiyy, Šhāfiʿiyy dan Ḥanbaliyy seumpama pemecah belah agama dan mengatakan bahawa taklid ini adalah bidaah syirik kerana pentaklid ini seumpama mendahulukan kalam para imam berbanding Allah dan rasul-Nya serta lebih mulia daripadanya, bahkan wajib menerimanya dan menurutinya.
Sebenarnya ini bukan isu baharu. Ia sudah lama. Saya sudah jumpa di forum Arab yang sudah lama membangkitkan kemusykilan ini. Untuk hal itu, saya sudah mengupas lanjut di sini : https://marzukamartillo.blogspot.com/2022/04/al-hafiz-ahmad-al-ghumariyy-dan-ikutan.html
Akan tetapi, kalau rasa itu cukup membuatkan orang tersentak dan benci, itu belum lagi kalau melihat adiknya, Syeikh Muḥammad az-Zamzamiyy. Rasanya jika mereka ini yang membaca karyanya yang berjudul az-Zāwiyah Wa Mā Fīha Min al-Bidaʿ Wa al-Aʿmāl al-Munkaroh, lagilah mereka melompat kepanasan kerana banyak amalan kesufian dikritik oleh beliau dan seakan-akan beliau ini mewakili wahabi ketika mengkritik.
Saya pernah membuat ulasan tentang kitab itu di sini : https://marzukamartillo.blogspot.com/2021/04/az-zawiyah-wa-ma-fiha-min-al-bida-wa-al.html
Keluarga al-Ġhumāriyy walaupun mereka adalah ahli bait, mereka sebenarnya ramai pembenci di sekeliling mereka. Usahkan wahabi, sesama sufi pun ramai yang begitu meluat kepadanya sehingga ada yang sampai ada yang melabel mereka ini sebagai wahabi hanya kerana mereka tidak sependapat dengan mereka.
Itu boleh baca di sini : https://marzukamartillo.blogspot.com/2021/10/tokoh-ulama-yang-berketurunan.html
Membawa pembaharuan sememangnya perlu jiwa yang besar untuk menghadapi tentangan sengit dari sekeliling, khususnya dari kelompok sendiri yang hanya mampu mewarisi tradisi secara taklid dan tidak kritis, radikal dan berani untuk mengkritik sekalipun besar mana kedudukan tokoh ilmuwan itu atau berani untuk menyalahi walau sekalian umat Muslim pun.
Mereka ada salah dan silap sekalipun mereka adalah ahli bait, tetapi sumbangan mereka wajar dihargai, usaha mereka patut diketengahkan serta manhaj mereka patut terus dipelihara agar khazanah ilmu mereka boleh dinikmati umat sepanjang zaman.
Orang hari ini, khususnya dari kalangan sufi dan Aswaja secara umumnya mengangkatnya sama ada kerana kenal mereka hanya pada biografi atau hanya ambil bahagian yang memihak pada mereka. Lebih-lebih lagi yang terkhusus dalam melawan wahabi. Bahagian dan karya itu sahaj yang diambil, selebihnya mereka akan ketepikan dan buat-buat tidak nampak.
Ini antara sebab mengapa keluarga al-Ġhumāriyy walaupun berpengaruh di tanah air kita, tetapi terhalang untuk kita memahami manhaj sebenar mereka dalam pemikiran dan kefahaman beragama.
Bacaan tambahan : https://marzukamartillo.blogspot.com/2022/02/keluarga-al-ghumariyy-dan-punca-mereka.html
Apapun, saya tetap akan katakan bahawa sesiapa yang tidak mengenali keluarga al-Ġhumāriyy, dia susah akan menerima dan mengiktiraf kepelbagaian dan keunikan yang ada pada ulama walaupun dalam satu bendera. Mereka yang tidak mengenali keluarga ini biasanya ada pemikiran binari; sama ada engkau Aswaja atau engkau wahabi. Itu sahaja yang mereka boleh lakukan.
No comments:
Post a Comment