Ketaksuban walau apapun keadaan ia sangat tercela. Bahkan, dalam agama pun. Dalam sejarah pada kurun keenam Hijrah secara khusus dan sehampir dengannya, kita sudah saksikan ketaksuban dalam mazhab dan aliran sehingga masing-masing berseteru dan berebut pengaruh, bahkan sampai cela-mencela antara satu sama lain.
Namun, bagaimana pula dengan kurun yang terkemudian? Apakah ketaksuban sekarang tinggal sejarah? Jawapannya tidak. Ia masih berterusan kitarannya, tetapi mungkin dengan wajah yang berbeza.
Apa kata kita lihat bagaimana catatan peristiwa ketaksuban yang disaksikan oleh keluarga ahli bait yang terkenal yang ayahnya dan semua anak-anaknya adalah tokoh ilmuwan yang masyhur lagi terbilang, iaitu keluarga al-Ġhumāriyy.
Ketikamana usaha tajdid pada kurun keempat belas Hijrah digerakkan dan dirancakkan oleh golongan modenis seperti Muḥammad ʿAbduh dan Rašhīd Riḍō dan golongan salafi, golongan sufi juga tidak ketinggalan dalam membawa tajdid dalam komuniti mereka. Oleh itu, ada tiga paksi yang menjalankan usaha tajdid dalam masyarakat dan global.
Keluarga al-Ġhumāriyy antara yang paling menonjol dari kalangan sufi dalam membawa usaha ini dengan menghidupkan tradisi keilmuan secara kritis seperti ilmu usul fiqh, hadis dan pelbagai ilmu yang lain serta membebaskan diri daripada cengkaman taklid dan ketaksuban.
Pun begitu, bukan semua akan menyambut baik dan menyenangi usaha ini. Para pentaklid yang telah lama selesa dengan tradisi mereka atau para pentaksub yang sememangnya sudah hanya mahu hidup dalam bayangan orang yang diikuti sememangnya membenci usaha ini. Mereka benci untuk kembali kepada al-Quran, as-Sunnah dan dalil serta sangat marah kepada penghidupan tradisi ilmiah secara kritis.
Keluarga ini meskipun tokoh ilmuwan sufi dan ahli bait, sebahagian orang juga tetap tidak senang duduk dengan mereka kerana ketegasan keluarga ini dalam menyuarakan kebenaran, menyinggung kebatilan, merancakkan wacana kritis dan giat menyeru untuk kembali al-Quran dan sunnah.
Kita lihat sendiri bagaimana parahnya ketaksuban yang disaksikan oleh keluarga ini.
Al-Ḥāfiẓ Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġhumāriyy menceritakan tentang ayahnya :
ووقعت له مناظرة بالمدينة المنورة مع حمدان الونيسي الجزائري في محفل عظيم من العلماء. فيهم شيخنا الإمام سيدي محمد ابن جعفر الكتاني والشيخ توفيق الأيوبي الشامي والشيخ أمين سويد الدمشقي أيضا والسيخ عمر حمدان المحرمي والسيد أبو القاسم الدباغ وما يقرب من عشرين عالما كانوا مجتمعين بضريح سيدنا حمزة رضي الله عنه. وبعضهم يسرد تفسير ابن عجيبة، فمرت مسألة البحر البحث فيها بينهم إلى مخالفة المذهب. فتكلم الونيسي بكلام أراد به التنكيت على سيدي أبي القاسم الدباغ لأنه كان من المعلنين بنبذ التقليد والعمل بالسنة وظن الونيسي أنه منفرد بذلك من بين الحاضرين. فانبرى له الشيخ رضي الله عنه وناظر مناظرة بهرت عقول الحاضرين ومكثوا يتحدثون بها طول عمرهم. كلما جرى ذكر الشيخ رضي الله عنه حتى ذكر كل من السيد أبي القاسم الدباغ والشيخ عمر حمدان على الانفراد في أوقات مختلفة قالوا: "ما كنا بمثل الونيسي أمام الشيح إلا كهر صغير بين يدي أسد عظيم". فلما ألزمه الحجة، ولم يجد من يد الشيخ مفرا قال في حمية وغضب للتقليد والشيطان: "ما قاله الله ورسوله أضعه تحت قدمي. وما قاله خليل أجعله فوق رأسي". فقال له الشيخ: "الآن سقط الكلام معك ولو أخبرتنا بهذا من أول وهلة، ما ناظرناك لأننا كنا نظن أنك تناظر عن جهل بالمسألة وخطأ في النظر والاعتقاد وحيث وصلت إلى حد الكفر والردة والعناد، فلا كلام لنا مع من هذا حاله".
Terjadi kepadanya suatu perdebatan di al-Madīnah al-Munawwaroh bersama Ḥamdān al-Wunīsiyy al-Jazāʾiriyy pada majlis pertemuan yang besar dari kalangan ulama. Dalam kalangan mereka adalah syeikh kami, al-Imām Sayyidī Muḥammad Ibn Jaʿfar al-Kittāniyy, ašh-Šhaykẖ Tawfīq al-Ayyūbiyy aš-Šāmiyy, ašh-Šhayẖ Amīn Suwayd ad-Dimašhqiyy juga, ašh-Šhayẖ *Umar Ḥamdan al-Muḥarromiyy, as-Sayyid Abū al-Qōsim ad-Dabbāġh dan jumlah yang mendekati dengan dua puluh ulama. Mereka berkumpul di birai pusara Sayyidinā Ḥamzah -semoga Allah meredhainya-.
Sebahagian mereka menyebutkan tafsir Ibn ʿAjībah. Lantas, permasalahan al-Baḥr memenuhi perbahasan sesama mereka padanya sehingga ke penyelisihan mazhab itu. Al-Wunīsiyy berbicara dengan bicara yang bermaksudkan penistaan terhadap Sayyidī Abū al-Qōsim ad-Dabbāġh kerana dia termasuk golongan yang menyatakan diri terhadap penyisihan terhadap taklid dan pengamalan dengan sunnah. Al-Wunīsiyy menyangka bahawa dia bersendirian dengan hal itu dari kalangan mereka yang hadir.
Ašh-Šhaykẖ -semoga Allah meredhainya- membingkas kepadanya dan berdebat dengan pendebatan yang mengujakan akal mereka yang hadir serta mereka kekal berbicara tentangnya sepanjang umur mereka. Setiap kali berlalunya penyebutannya ašh-Šhaykẖ -semoga Allah meredhainya- sehingga penyebutan semua daripada as-Sayyid Abū al-Qōsim ad-Dabbāġh dan aš-Šhaykẖ *Umar Ḥamdān atas kesendirian pada beberapa waktu yang beragam, mereka berkata: "Tidaklah kami semisal al-Wunīsiyy melainkan permainan sang kecil di hadapan singa yang besar". Ketikamana hujah itu menundukkannya dan tidaklah dia mendapati jalan lari dari tangan ašh-Šhaykẖ, dia berkata dalam keadaan kebongkakan dan marah kerana taklid dan syaitan: "Apa yang Allah dan rasul-Nya katakan telah aku letakkannya di bawah kakiku. Apa yang Kẖolīl katakan telah aku jadikannya di atas kepalaku!".
Ašh-Šhaykẖ berkata: "Sekarang, terputus bicara ini bersamamu. Kalaulah engkau mengkhabarkan kepada kami dengan ini dari awal-awal lagi, kami tidak akan berdebat denganmu kerana kami pada asalnya menyangka engkau berdebat tentang kejahilan dalam permasalahan ini serta tersalah dalam pemerhatian dan iktikad. Ketikamana engkau sampai ke had kekufuran, kemurtadan dan perseteruan, maka tidak ada bicara pada kami bersama orang yang ini adalah keadaannya". [At-Taṣowwur Wa at-Taṣdīq Bi Akẖbār ašh-Šhaykẖ Sayyidī Muḥammad Ibn aṣ-Ṣiddīq, m/s 60-61].
Al-Ḥāfiẓ Aḥmad al-Ġumāriyy juga berkata :
وكتاب التونسي الذي تسأل عنه طبع منذ ثلاثين سنة تقريبا. ومؤلفه هو المجرم الأحمق عدو الله روسوله صلى الله عليه وسلم حقا؛ يوسف الكافي الذي يعتقد يقينا لا شك فيه عنده كفر من يعمل بالسنة واستحلال دمه وريرى وجوب عبادة مالك وعدم الخروج. فهو من المغاربة الحمقى الخبثاء جدا جدا جدا.
"Kitab at-Tūnisiyy yang engkau bertanya tentangnya telah pun dicetak semenjak kira-kira tiga tahun puluh tahun lalu. Penulisnya adalah penjenayah bebal lagi musuh Allah dan rasul-Nya صلى الله عليه وسلم yang sebenar-benarnya, iaitu Yūsuf al-Kāfiyy yang beriktikad dengan yakin tanpa syak padanya di sisinya mengkafirkan orang yang beramal dengan sunnah, menghalalkan darahnya serta berpandangan wajib pengabdian kepada Mālik dan tidak boleh keluar daripadanya. Dia termasuk golongan Morocco yang bebal lagi jijik bersangatan sangatan sangat". [Darr al-Ġomām ar-Roqīq Bi Rosāʾil ašh-Šhaykẖ as-Sayyid Aḥmad Ibn aṣ-Ṣiddīq, karya *Abdullah bin ʿAbdul Qōdir at-Talīdiyy, m/s 186].
Al-Ḥāfiẓ Aḥmad al-Ġhumāriyy juga berkata :
وقد أفتينا مرة في مسألة واستدللنا لها بالحديث. فأخذ السائل تلك الفتوى إلى الفرطاخ، وكان من علماء تطوان. فلما قرأها غضب واحتد وقطعها. ثم رمى بها وقال للرجل: "إذا جئتني مرة أخرى بفتوى فيها حديث، بعثتك إلى السجن". وناظرت مرة رجلا من تطوان، فصار يصيح ويقول: "يا عباد الله! أيأمرنا هذا الرجل بالكفر؟ أيأمرنا أن نترك خليلا ونعمل بالحديث؟".
Aku pernah memberi fatwa sekali pada suatu permasalahan dan kami beristidlal dengan hadis untuknya. Lalu, penanya fatwa itu membawa kepada al-Farṭōẖ. Dia salah seorang daripada ulama Tetouan. Tatkala orang itu membacanya, dia marah, berang dan mengoyakkannya. Kemudian, dia mencampaknya dan berkata kepada orang itu: "Apabila engkau bawa fatwa yang ada hadis di dalamnya kepadaku, nescaya aku menghantarmu ke penjara".
Aku pernah berdebat sekali dengan seseorang dari Tetouan. Lalu, dia mula berkata: "Wahai hamba-hamba Allah! Adakah lelaki ini menyuruh kita untuk kufur? Adakah dia menyuruh kita untuk meninggalkan Kẖolīl dan beramal dengan hadis?". [Darr al-Ġhomām ar-Roqīq Bi Rosāʾil ašh-Šhaykẖ as-Sayyid Aḥmad Ibn aṣ-Ṣiddīq, karya ʿAbdullah bin ʿAbdul Qōdir at-Talīdiyy, m/s 40-41].
Syeikh Maḥmūd Saʿīd Mamdūḥ menukilkan penulisan al-Ḥāfiẓ Aḥmad al-Ġhumāriyy :
والقسم الثالث من المقلدة وهم -في نظر المرتجم له- العلماء الجامدون على المذاهب تقليدا لا تنقيدا واتباعا ويزيدون على ذلك عداوتهم لمن يعلن طلب الدليل والبحث عنه والدعوة لاتباعه كما جاء عن يوسف النبهاني أنه يتقذر من رؤية الداعين إلى العمل بالدليل كما يقذر من رؤية النجاسة! وكما قال جعفر الكتاني في الرد على عبد الله السنوسي: "وبعد، فقد نبغت نابغة من المجوس رأسهم ابن حزم يقولون: "لا يجوز العمل إلا بكتاب الله وحديث رسوله صلى الله عليه وسلم وآله وسلم"! فسماهم مجوسا وجعل علة تمجسهم قولهم: "لا يجوز العمل إلا بكتاب الله والحديث"! ثم قال في آخر كتابه الخرافي: "الفصل العاشر في تحريم العمل بكتاب الله وحديث رسوله صلى الله تعالى عليه وآله وسلم... إلى آخر"! هكذا يصرح بتحريم بكل جرأة ووقاحة! وسمى الخضر الشنقيطي كتابه في نصرة التقليد: "قمع أهل الزيغ والإلحاد عن الطعن في أئمة الاجتهاد". فسماهم ملاحدة وجعل قولهم: "لا يجوز تقليد الأئمة" طعنا فيهم! وقال القادري في رسالته في العمل بالضعيف من أقوال المذهب: "فإن قلت هل يجوز العمل بالحديث؟ فالجواب: لا"!. ولو أملينا عليك ما سمعناه منهم ووقع لنا معهم، لسمعت العجب العجاب.
Jenis ketiga dari kalangan pentaklid adalah mereka -menurut pemerhatian pembiografi untuknya- adalah ulama yang jumud dengan sekalian mazhab secara taklid, bukan kerana kritis dan bukan kerana ikutan dalil. Mereka menambahkan permusuhan mereka pada itu terhadap orang yang menyatakan diri mencari dalil, berbahas tentangnya dan menyeru kepada ikutan kepadanya sepertimana :
(a) Datang khabar daripada Yūsuf an-Nabhāniyy bahawa dia merasa jijik melihat penyeru kepada beramal dengan dalil sepertimana dia merasa jijik melihat najis!
(b) Dan sepertimana kata Jaʿfar al-Kittāniyy dalam bantahan terhadap ʿAbdullah as-Sanūsiyy: "Setelah itu, telah muncul orang ternama dari kalangan Majusi yang pemukanya adalah Ibn Ḥazm berkata bahawa tidak harus beramal melainkan dengan kitab Allah dan hadis rasul-Nya صلى الله عليه وسلم وآله وسلم"!
Dia menamakan mereka dengan Majusi dan mejadikan sebab kemajusiannya adalah kata-kata mereka: "Tidak harus beramal melainkan dengan kitab Allah dan hadis"! Kemudian, dia berkata pada akhir kitabnya yang mengarut: "Fasal kesepuluh pada pengharaman beramal dengan kitab Allah dan hadis rasul-Nya صلى الله تعالى عليه وآله وسلم ...sehingga akhir"! Sedemikian ini dia menyatakan jelas dengan pengharaman itu dengan setiap nekat dan lancang!
(c) Kemudian, al-Kẖoḍir ašh-Šhinqīṭiyy menamakan kitabnya dalam membela taklid: "Menjauhkan Ahli Penyeleweng Dan Apostasi Dari Celaan Terhadap Para Imam Ijtihad". Lalu, dia menamakan mereka sebagai sang apostasi dan menjadikan kata-kata mereka: "Tidak harus taklid kepada para imam" sebagai celaan terhadap mereka!
(d) Berkata al-Qōdiriyy dalam risalahnya tentang pengamalan dengan yang dhaif dari pendapat-pendapat mazhab: "Jika engkau berkata adakah harus beramal dengan hadis, maka jawapannya adalah tidak"!
Kalau kami mendiktekan untukmu apa yang kami telah mendengarnya daripada mereka dan terjadi hal itu kepada kita bersama mereka, pasti engkau mendengar keajaiban yang terlampau ajaib". [Musāmaroh aṣ-Ṣiddīq Bi Baʿḍ Aḥwāl Aḥmad Ibn aṣ-Ṣiddīq, m/s 103].
Adiknya, Syeikh Muḥammad az-Zamzamiyy berkata :
حكى بعض الإخوان أنه أنكر على أحد المتصوفة الجاهلين مخالفة السنة في عمل عمله. فقال له: "شيخي كان يعمل هذا العمل. ولو دخل شيخي النار لدخلتها معه!".
Sebahagian saudara menceritakan bahawa dia mengingkari salah seorang pengamal tasawwuf yang jahil kerana menyalahi sunnah pada amalannya. Lalu dia berkata kepadanya: "Syeikhku dahulu selalu beramal dengan amal ini. Kalau syeikh aku masuk neraka, pasti aku akan masuk ke sana bersamanya!". [Az-Zāwiyah Wa Mā Fīhā Min al-Bidaʿ Wa al-Aʿmāl al-Munkaroh, m/s 43].
-----------------------------------------
Saya tidak hairan kalau al-Ḥāfiẓ Aḥmad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġhumāriyy sangat marah dengan golongan pentaklid sehingga memasukkan pentaklid adalah golongan ahli bidaah jika peristiwa ini yang dia saksikan dan berhadapan dengannya.
Pentaklid yang celaka ini dan pentaksub yang melampau ini sememangnya perosak agama, pemusnah kepada tradisi keilmuan yang sejati, bahkan pengamalan yang menjauhi pengamalan dan ikutan berasaskan sunnah dan hujah.
Cukuplah baca kitab Darr al-Ġhomām Bi Rosāʾil ašh-Šhaykẖ as-Sayyid Aḥmad Ibn aṣ-Ṣiddīq karya anak murid besarnya, ʿAbdullah bin ʿAbdul Qōdir at-Talīdiyy. Baca sendiri bagaimana tajamnya cemuhan beliau terhadap golongan yang disebutkan pentaklid. Sesiapa yang boleh baca bahasa Arab, saya sudah ada memetik kenyataannya di sini : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=648508743184498&set=pb.100040761337193.-2207520000..&type=3
Saya setakat ini belum mendapatkan kitab al-Iqlīd Fī Tanzīl Kitāb Allah ʿAlā Ahl at-Taqlīd yang merupakan karangan beliau sendiri yang beliau sendiri sangat merekomendasi pembacaannya.
Kitab ini mengumpulkan ayat-ayat yang beliau tafsir untuk membentak golongan pentaklid ini dengan sangat pedas sekali. Saya tidak pernah membaca keseluruhannya kerana setakat ini belum ada usaha dari mana-mana syarikat untuk mencetaknya.
Namun, saya telah melihat beberapa potongan yang sebahagian orang menukil daripadanya yang sememangnya beliau menghentam golongan pentaklid ini dengan keras sekali yang mungkin salafi sendiri tidak akan berani berkata sedemikian.
Tidak hairan Syeikh Maḥmūd Saʿīd Mamdūḥ menyatakan bahawa ʾ al-Ḥāfiz Aḥmad al-Ġhumāriyy ini dibenci oleh golongan pentaklid selain daripada golongan wahabi. [Rujuk : https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=492624834485128&id=100012128473491].
Memang pun. Lihat sendiri bagaimana perangai pentaklid jenis ini dan bagaimana ia membawa kepada permusuhan yang keji terhadap tokoh ahli hadis sufi ahli bait sendiri. Bagaimana lagi ingin berlembut dengan golongan ini?
No comments:
Post a Comment