Ada orang sangat keterlaluan dalam membantai al-Ḥāfiẓ Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġhumāriyy hanya kerana isu pengambilan riwayat Jaʿfar aṣ-Ṣōdiq melalui sumber syiah yang menjadi polemik baru-baru ini.
Kita perlu tahu bahawa al-Ḥāfiẓ Aḥmad ini tidak mempercayai ilmu dari syiah beraliran al-Imāmiyyah atau yang selalu dipanggil ar-Rofiḍoh kerana mereka adalah pendusta. Ini adalah ketika beliau membicarakan tentang Āli Kašhif al-Ġhiṭōʾ.
Kemudian, ketika beliau membicarakan tentang karya Muḥsin al-ʿĀmiliyy tentang pemuka syiah, beliau sendiri berkata bahawa mereka adalah pendusta, memiliki sumber dusta dan jijik mazhabnya yang beliau sendiri tidak bersandar pada mereka.
Daripada sini, jelas pendirian beliau tentang syiah dan bagaimana bencinya beliau pada syiah. Maka, tidak boleh dikatakan bahawa beliau amat bermudah-mudahan mengambil apa sahaja sumber sekalipun syiah demi menegakkan pandangannya.
Untuk isu yang menjadi polemik, Allah lebih mengetahui apa yang di kepala al-Ḥāfiẓ Aḥmad. Entah beliau tidak mengenali atau tidak mengetahui sumber riwayat tersebut atau beliau sekadar hanya mengambilnya sebagai subjek perbincangan sahaja dengan mengandaikan bahawa matan itu sahih.
Apapun, kalam setiap orang diterima dan ditolak melainkan Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Kalau beliau salah, moga Allah memaafkan beliau dan mengganjarinya satu pahala atas usaha ijtihad beliau. Kalau beliau benar, tetapi kita tidak mengetahui tujuan penyebutannya, maka moga Allah memaafkan kita pula dan kita sekadar menghukum apa yang zahir dan menyerahkan urusan batin kepada-Nya.
Rujukan : Al-Jawāb al-Mufīd Li as-Sāʾil al-Mustafīd.
No comments:
Post a Comment