Macam manalah seseorang yang digelar ustaz menjadikan kitab sejarah yang berstatus sekunder untuk dijadikan sandaran bahawa ia wujud pada kitab primer. Padahal, hakikatnya, ia sememangnya tidak bagi yang benar-benar menyelidikinya.
Sejujurnya saya katakan, ini adalah cara yang paling bodoh dalam menyatakan sumber hadis walaupun untuk pengkaji hadis level junior sekalipun. Saya tidak tahu kalau ada yang sanggup mempertahankannya melainkan sememangnya sudah terheret dalam ketaksuban dan kebodohan yang parah.
Saya mencadangkan seeloknya untuk membaca kitab al-Ḥāfiẓ Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġhumāriyy yang bertajuk Ḥuṣūl at-Tafrīj Bi Uṣūl at-Takẖrīj.
Buku yang ringkas ini menerangkan bagaimana untuk kita mencari sumber hadis dari karya primer, apa karya-karya sekunder yang membantu para pengkaji untuk memudahkan pencarian hadis di pelbagai tempat yang bersumber primer dalam satu judul dan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian sepanjang aktiviti takhrij hadis.
Antara yang beliau peringatkan dalam kitab ini adalah :
وينبغي للمخرج بعد معرفته الأصول التي عزى إليها الحديث أن ينقله منها مباشرة ولا يكتفي بتقليد من عزاه إليها ما وجد إلى ذلك سبيلا وكانت تلك الأصول متسيرة لديه أو أمكنه الوقوف عليها عند غيره. فإن التقليد في العزو يوقع في أخطاء كثيرة ولا سيما تقليد المتساهلين ومن لا تحقيق معه أو من ليس هو من أهل الفن.
"Seyogianya bagi para pentakhrij setelah mengenali sumber primer yang dia mempertautkan hadis padanya agar menukilkannya daripadanya secara langsung dan tidak cukup orang yang dapat capai suatu jalan kepada itu dengan bertaklid kepada orang yang mempertautkannya, sedangkan sumber primer itu adalah mudah di sisinya atau dia mampu mengetahuinya melalui selainnya. Ini kerana taklid dalam pertautan itu menyebabkan dia jatuh dalam kesalahan-kesalahan yang banyak, lebih-lebih lagi taklid orang yang bersikap bermudah-mudahan dan orang yang tidak sikap tahqiq padanya atau orang yang bukan dari kalangan ahli seni ilmu ini".
Maksudnya adalah perlunya seseorang melihat sumber primer atau asalnya ketika mentakhrij hadis atau menyatakan rujukan hadis, jangan bertaklid dengan orang yang menyatakan bahawa hadis itu ada dalam itu ini seperti dalam karya-karya sekunder. Boleh jadi penukil itu tersilap dalam menyatakan rujukan sebenar.
Al-Ḥāfiẓ membawakan contoh bahawa al-Imām an-Nawawiyy dan al-Ḥāfiẓ as-Suyūṭiyy juga tersilap dalam menyebutkan sumber asal hadis dan boleh jadi kerana mereka berdua bertaklid pada selainnya, bersandar kepadanya dan tidak memeriksa karya primernya. Beberapa tokoh juga dia membawakan contoh untuk kes yang sama.
Sebab itulah dalam apa pun keadaan, jangan bersandar kepada rujukan sekunder. Jika ingin benar-benar menyebutkan sumber yang sebenar dan melakukan takhrij yang sejati, maka rujuklah sumber primer.
Apapun, ilmu takhrij hadis ini secara prinsip mendasar adalah untuk menyebut sumber hadis pada rujukan sumber dengan tepat. Ia boleh dicakna oleh orang awam sekalipun, cuma bezanya dia perlu mengetahui bahasa Arab kerana sumber primernya atau sumber perantara untuk ke sumber primer seperti al-Aṭrōf, az-Zawāʾid dan lain-lain banyak yang berbahasa Arab.

No comments:
Post a Comment