Showing posts with label Anime. Show all posts
Showing posts with label Anime. Show all posts

Tuesday, 5 September 2023

Rasai "Tak-Bermakna" Untuk Mendapat Makna


Kalau tanya aku secara peribadi, aku memang tidak minat acara keramaian seperti acara orang wibu, Jom Heboh atau apa sahaja acara yang mahu dinamakan. Begitu juga dengan aktviti dalam pakej pelancongan seperti tengok pemandangan, meneroka hutan, membeli belah dan lain-lain. Atau pun hobi biasa seperti memancing, berkayak atau apa sahaja.

Bagi aku, cukup aku ada buku untuk dibaca, akses kepada internet yang mantap dan ruang yang selesa untuk jalani kehidupan harian, itu sudah cukup untuk keseluruhan hidup aku.

Sejujurnya dan aku cakap awal-awal. Kalau sesiapa yang ingin memilih aku sebagai suami, dia mungkin perlu sedia untuk duduk di rumah sahaja. Aku memang cerewet dan memang tidak ada minat untuk aktiviti atau acara yang telah disebutkan walaupun untuk sekadar cuba-cuba, lalui pengalaman pertama atau merasai dengan pancaindera secara langsung.

Sebab aku mungkin macam 2B. Kebanyakan yang dibuat oleh manusia adalah "tak-bermakna" pada set minda aku. Sampai sekarang aku tidak dapat mengerti kenapa perlu aku hadiri acara keramaian untuk tengok gelagat masyarakat di sana, berjalan jauh berbatu-batu jaraknya semata-mata untuk tengok pemandangan dan kumpul gambar banyak-banyak atas alasan "kenangan" dan "pengalaman".

Kenapa perlu aku habiskan banyak duit untuk semua ini? Lebih baik membeli buku dan tambah ruang untuk simpan lebih banyak buku. Deh. Boleh dikatakan ini yang sebati dalam sebahagian besar minda aku.

Walaupun aku tidak ada masalah untuk kesemua itu kalau ada orang ajak dan belanja. Cuma, selalunya aku tidak menikmatinya sepertimana orang ramai yang berada di sana atau orang yang bergelumang dengannya. Jarang sekali aku ingin buka kamera telefon untuk swafoto atau kumpul gambar semata-mata untuk mengisi konten di media sosial. Adakalanya, aku tidak ada masalah jadi penonton di belakang atau orang yang tidak termasuk dalam sesi fotografi "kenangan". Sekali lagi, sebab bagi aku semuanya "tak-bermakna" atau ada sedikit makna.

Pun begitu, kalau kita tengok secara meluas dan memahami minda manusia yang pelbagai, "tak-bermakna" inilah yang bermakna untuk mereka. Kerana "tak-bermakna" inilah yang melestarikan kehidupan masyarakat kita dan orang di sekeliling kita.

Sejujurnya, aku pun tidak faham kenapa wibu ini bersorak dan kemaruk untuk hadiri acara bersama V-Tuber entah siapa orangnya dan apa istimewanya sangat. Begitu juga dengan konsert untuk orang berteriak kepada artis pujaannya, sedangkan artis itu sendiri bukan peduli pun para penyoraknya. Dia fikir duit dia masuk dari tangan peminat dan layankan sahaja rasa yang terbuai daripada dia.

Aku hadiri dan saksikan sendiri pun masih tidak faham kenapa manusia di sekeliling acara ini begitu entusias dengan sesuatu yang "tak-bermakna".

Tetapi, apabila aku lihat senyuman mereka sekeliling, kegembiraan yang mereka tampilkan dan entusias yang tercoret pada wajah mereka, aku juga menumpang gembira. Kerana "tak-bermakna" inilah industri pelancongan kita hidup, orang ramai merasai pelbagai pengalaman yang menarik, ada banyak tempat untuk menikmati tanah air tercinta dan kemakmuran sejagat terpelihara. Ia adalah rantaian yang saling menghubungkan, menyebarkan dan mengukuhkan.

Bahkan, jika "tak-bermakna" ini didogmakan, barangkali aku sendiri pun tidak akan dapat tonton anime ini dan mungkin sahaja anime ini sendiri pun tidak akan dihasilkan jika semua orang berpendapat ia "tak-bermakna". Bayangkan jika semua orang seperti 2B tidak mahu memenuhi undangan 9S untuk berjalan-jalan mencari baju. Agakanya bagaimana industri kita? Walaupun kecil, tetapi impaknya besar.

Mungkin sahaja kita perlu rasai "tak-bermakna" ini untuk memperoleh kegembiraan yang tulen, pengalaman yang bermakna dan seterusnya, minda yang mengerti tentang hakikat sesuatu perkara. Bahkan, mungkin yang "tak-bermakna" ini akan memberi makna kepada sesuatu. Menjadi manusia adalah menikmati sesuatu yang "tak-bermakna".

Aku sendiri pun jika tengok bunga, aku akan terdetik, "Ok. Bunga ini cantik. Lalu, kenapa?" kerana aku tanggap hanya semata-mata untuk terpesona dengan keindahan bunga adalah "tak-bermakna". Cuma, "tak-bermakna" inilah manusia ini menikmatinya dan ia menjadi tema dalam seni. "Tak-bermakna" inilah yang luas dan kaya dengan kreativiti.

Ada benarnya kata-kata Einstein: "Imaginasi lebih penting daripada pengetahuan". Atau dia menambah: "Imaginasi adalah bahawa jiwa.

Berikan perhatian untuk imaginasi dan engkau akan akan menemukan keperluanmu perlu dipenuhi". Atau katanya: "Imaginasi adalah segalanya. Ia adalah praview tarikan hidup yang datang". Atau katanya: "Logik akan membawa kamu A kepada B. Tetapi, imaginasi membawa kamu ke mana sahaja".

Sekalipun di sisi kita "'tak-bermakna", tetapi hargailah ia. Ada orang menikmatinya sebagai sesuatu yang bermakna. Hidup ini bukan untuk serius sepanjang masa. Pergaulan kita sesama keluarga atau sahabat mungkin "tak-bermakna", tetapi lihat bagaimana impak kepada kedekatan, kasih sayang dan jalinan keeratan.

Bagi kita, membeli mainan untuk anak dilihat "tak-bermakna" dan membazir, tetapi untuk sebuah keluarga, bagaimana? Sekadar untuk celup kaki di sungai yang mengair airnya bersama rakan seperti "tak-bermakna", tetapi dari sudut persahabatan, bagaimana?

9S bertanya: "Adakah dunia yang aman seperti ini?", 2B menjawab: "Aku pun tidak tahu kerana aku tidak pernah melihatnya". Cuba tanya soalan yang sama tentang kekeluargaan dan persahabatan, bahkan untuk keseronokan hidup sendiri. Adakah kita hanya akan menjawab: "Aku pun tidak tahu kerana aku tidak pernah melihatnya atau merasainya?".

Sunday, 25 September 2022

Babak Dialog Ains Ooal Gown Dan Putera Zanac Serta Perkaitan Dengan Konflik Pelarian Ke Negara Tempatan


Sejujurnya secara peribadi, babak dialog antara putera Zanac dan Ains Ooal Gown memang meruntun hati saya.

Sebenarnya ia pernah mengingatkan saya tentang penulisan saya yang dahulu tentang babak dialog Rize Kamishiro dengan Ken Kaneki ketikaman Ken Kaneki dalam kamar seksaan lama dahulu yang bersempena dengan kes pelarian Rohingya yang cuba mendapatkan perlindungan di tanah air kita, Malaysia.

Saya akan cuba cantumkan penulisan lama itu di sini secara intisari memandangkan ia hampir bersamaan isinya.

---------------------

Nota : Dialog dibawa ini bukan dialog penuh sepertimana dalam anime itu dan telah diringkaskan supaya lebih sesuai dengan kronologi penulisan. Dialog ini perlu dibaca sambil mendengar muzik latar yang sayu kerana seperti itulah yang ada pada anime.

Putera Zanac berkata kepada Ains Ooal Gown ketikamana Ains bertekad untuk memusnahkan kerajaan tanpa tersisa apa pun dan tidak menerima penyerahan kalah daripada Putera Zanac supaya seluruh dunia tahu akibat dahsyat penentangan terhadap kerajaan Ains : "Kenapa engkau memilih untuk melakukan itu? Ada cara lain untuk menjadikan prestij Yang Dipertua diketahui di seluruh dunia. Kenapa tindakan engkau begitu minda-tertutup? Apa matlamat engkau?".

Ains menjawab : "Matlamat aku adalah.......... Ia kelihatan mudah dan rumit dalam masa yang sama. Matlamat aku adalah... Di sana hanya ada satu perkara sahaja yang aku cari...... Kebahagian".

Putera Zanac bertanya kehairanan : "Kebahagiaan?".

Ains berkata : "Hujungnya, tidakkah ia matlamat yang tertinggi bagi setiap makhluk dalam pencariannya?".

Putera Zanac berkata dengan membantah : "Justeru, engkau berkata tidak mengapa merampas kebahagiaan orang lain demi kepentingan diri engkau?".

Ains menjawab dengan berbesar hati, tetapi tegas : "Tidakkah ia jelas? Jika aku dapat membawa kebahagiaan kepada orang yang aku hargai, aku tidak peduli apa yang terjadi pada orang lain. Jika rakyat engkau boleh menggapai kebahagiaan dengan menjadikan orang lain sengsara, apa yang engkau akan buat? Adakah engkau ingin berkata pada rakyat engkau untuk berputus asa untuk kebahagiaan itu?".

Putera Zanac tersentak, lalu bangkit mengejut dan berkata dengan nada lantang: "Logik itu terlalu ekstrim!".

Putera Zanac tersedar, lalu meminta maaf dan duduk dengan merendah diri. Dia berkata: "Adakah tuanku ingin berkata seseorang yang ada kebijaksanaan dan kuasa Yang Dipertua tidak ada cara lain untuk maju ke hadapan?".

Ains berkata : "Mungkin ada cara yang lain. Akan tetapi, lebih baik menggarap peluang untuk memperoleh kebahagiaan itu jika peluang untuk melakukannya adalah mudah tersedia. Mereka ada mengatakan bahawa dewi tuah di balik sana (Goddess of fortune is bald behind)****".

---------------------

Dialog seperti ini mungkin agak sukar dihadam. Namun, cuba kita posisikan perbualan ini dalam isu realiti yang mengharungi dilemma. Contohnya adalah seperti penerimaan pelarian perang ke negara kita.

Andaikan pemimpin kepada pelarian berkata kepada pemimpin warga Malaysia: "Mengapa engkau tidak menerima pelarian ke negara kita? Engkau tidak kasihan terhadap kami, keluarga, isteri, anak dan sahabat kami yang dalam keperitan? Jika engkau berada di tempat kami, tidakkah engkau akan melakukan sepertimana apa yang kami lakukan?".

Sememangnya simpati dan menyayat hati kalau kita mendengar rayuan dan pujukan perasaan sebegini yang mencairkan logik dan mengusik perasaan yang kita yang melentur.

Cuma, cuba fikirkan kalau kita terlalu kasihan kepada nasib orang luar, bagaimana pula dengan rakyat dan penghuni yang telah lahir dan hidup lama di tanah air ini?

Cuba fikirkan kalau kita terlalu baik dalam penerimaan pelarian? Selepas ini bukan Rohingya sahaja. Kalau ada perang antara India dengan Paksitan, masing-masing akan lari ke Malaysia. Kalau ada perang antara China dengan Taiwan, masing-masing akan lari ke Malaysia. Kalau perang negara teluk dan Arab berkecamuk serta perang di Afrika menjadi dahsyat, masing-masing mencari ke Malaysia.

Seluruh dunia tahu yang Malaysia terlalu baik untuk mempelawa pelarian sebegini dan disebabkan itulah ia menjadi destinasi pilihan. Cuma, bagaimana pula dengan nasib anak tempatan yang telah lama hidup dan membangun di tanah air sendiri? Apakah tidak perlu kita kasihan?

Kalau kita menerima gerombolan besar-besaran, apakah kesannya? Brexit antara yang kitaa telah saksikan. Antara cetusannya adalah disebabkan beberapa rakyat tempatan tidak tahan penerimaan kemasukan warga asing besar-besaran dan terlalu banyak pertelingkahan dalam interaksi dua budaya yang berbeza. Ini juga berlaku di Amerika dan bangkitnya ramai konservatif.

Isu konflik budaya antara pendatang luar dan tempatan adalah sememangnya isu yang dibincangkan dalam isu penerimaan pelarian.

Sekarang, antara dua pihak pelarian dan anak tempatan, kepentingan siapa yang patut didahulukan? Siapa yang patut diberikan kasihan yang lebih? Ia sememangnya dilemma.

Saya secara peribadi sudah lama percaya bahawa dunia ini adalah kejam dan tempat menguji manusia yang menempatinya sambil mengetawakan dilemma yang dihadapi oleh kita.

Akhirnya apa? Mahu atau tidak mahu, kita terpaksa menolak rayuan mereka dan mengetepikan setiap pendaratan sekalipun mereka berkejaran dalam keadaan terdesak.

Sememangnya sedih kita terpaksa menghalau mereka, mengecewakan harapan yang mereka ikat di tanah ini dan tidak tahu apakah nasib sesudah penghalauan kita. Namun, demi kepentingan anak tempatan dan mereka yang membesarnya yang telah lama membina legasi di sini perlu juga disayangi seeratnya dan diberikan keutamaan yang tiada kompromi.

Bayangkan putera Zanac adalah pelarian dan Ains adalah pemimpin sebuah negara. Putera Zanac cuba menjustifikasikan bahawa mengapa rakyatnya perlu dikasihani dan Ains pula menjustifikasikan mengapa dia perlu bertindak kejam demi menggapai kebahagiaan di sisinya.

Duna ini memang kejam. Mungkin sahaja putera Zanac (dengan mengumpamakannya sebagai pemimpin pelarian) perlu melakukan pendudukan yang baru walaupun dengan perampasan beberapa tanah secara paksa supaya mereka mendapat tempat untuk mereka berteduh dan Ains pula perlu membadaikan mereka semula balik ke laut supaya kestabilan dan kemakmuran tanah air yang telah lama dibina tetap terpelihara daripada anasir luar.

Hidup ini sememangnya membuat keputusan dilemma.

Sepertimana kata Rize Kirishima kepada Kaneki Ken dalam Tokyo Ghoul, musim 1, episod 12: "Kenapa engkau menangis? Kenapa engkaut tersedu-sedu? Engkau memilih untuk disakiti berbanding menyakiti orang lain. Tidakkah sebegitu? Engkau ini baik dan hebat. Akan tetapi, ia seperti engkau memilih kedua-duanya, tetapi engkau sebenarnya meninggalkan kedua-duanya. Ibu engkau pun sama. Jika dia berpaling daripada kakaknya yang tidak menderita, dia tidak akan mati dalam keadaan keletihan. Ibu yang sangat bodoh. Kalaulah dia betul-betul mencintai engkau, maka dia sepatutnya meninggalkan kakaknya yang tidak berharga apa-apa. Di lubuk jiwamu, tidakkah itu yang engkau begitu mengimpikannya?".

Ken Kaneki menangis bersendirian dan merintih: "Ibu... Ibu... Kenapa engkau meninggalkan aku bersendirian? Aku merindukanmu. Aku tidak mahu bermandiri sendiri. Aku berharap... Aku berharap engkau memilih aku. AKU HARAP ENGKAU HIDUP UNTUK DIRIKU!".

Rize berkata: "Walaupun ia bermaksud meninggalkan makcikmu?".

Kaneki berkata : "WALAUPUN ITU MAKSUDNYA!".

Rize berkata : "Walaupun ia bermaksud menyakiti seseorang?".

Kaneki berkata : "WALAUPUN ITU MAKSUDNYA!".

Rize berkata dengan nada yang tinggi : "Walaupun ia bermaksud mengambil nyawanya?".

Rize berkata : "Walaupun ia bermaksud menyakiti seseorang?".

Kaneki berkata : "WALAUPUN ITU MAKSUDNYA!".

Rize berkata : "Betul wahai Kaneki. Ada masanya kita perlu meninggalkan sesuatu supaya memelihara sesuatu yang lain. Ibu engkau tidak mampu melakukannya. Itu bukan kebaikan. Ia adalah seorang yang menjadi lemah. Dia tidak ada kekuatan.... pendirian untuk mengembalikan dirinya. Adakah engkau ingin membiarkan diri engkau disakiti lagi".

Sebegitulah situasi Ains Ooal Gown. Ada masanya kita perlu hancurkan satu negera supaya kita memelihara kesejahteraan negara kita. Belas kasihan kepada orang yang merampas kebahagiaan kita bukanlah kebaikan, tetapi tanda seorang yang lemah serta tidak mampu berbuat keputusan dalam berjuang untuk kebahagiannya dan mempertahankan prinsipnya.

Akhirnya, Ains tidak boleh menjaga perasaan rakyat, bangsawasan dan raja di kerajaan Re-Estize. Memilih untuk tidak menyakiti mereka sama seperti memilih untuk menyakiti diri sendiri. Kalau betul Ains mencintai negaranya, dia perlu memusnahkan Re-Estize sama seperti ibu Ken Kaneki perlu meninggalkan kakaknya demi kebahagiaan anaknya.

Dunia ini memang kejam. Dia sedang mengetawakan Ains Ooal Gown dan putera Zanac. Dunia sedang mengetawakan Ken Kaneki. Dunia sedang mengetawakan pelarian yang terdesak mencari perlindungan dan pemimpin negara yang bertekad untuk kepentingan rakyatnya sendiri. Dia juga sedang mengetawakan kita semua dengan ujian dilemma ini.

Putera Zanac pun pulang dalam keadaan luluh hati, hampa dan keberatan menerima justifikasi yang pahit daripada Ains Ooal Gown sepertimana pelarian berundur dengan jiwa yang resah, duka cita dan penolakan yang defensif dari pihak berautoriti di negara yang dia ingin berlabuh.

Kalaulah kita di posisi putera Zanac, apa perasaan kita? Kalau situasi kita sama seperti Ains Ooal Gown, adakah kita akan membuat keputusan yang sama sepertimana Ains?

---------------------

****Saya belum jumpa peribahasa yang sesuai untuk perkataan ini. Ia berasal atau konteks yang boleh difahami dengan catatan berikut :

‘Far be it from me to decry patient laborious staff-work,’ said the Governor. ‘We have seen its gratifying results on this island: but, gentlemen, time and tide wait for no man; and I must remind you that Fortune is bald behind.’

Ia bermaksud bahawa masa dan badai tidak menanti orang serta pelayaran perlu diteruskan. Cuma, diingatkan bahawa Fortune yang diumpamakan dengan tuah dan digambarkan seperti botak kerana banyaknya pasir atau daratan yang tidak berpohon adalah tempat yang selamat daripada rintangan ini.

Kalau ada peribahasa yang sesuai, boleh dikongsikan kepada saya.

Friday, 19 February 2021

Mikoto Suoh : Karakter Yang Mendapat Tempat Di Hatiku

-Tak banyak cakap.

-Suka sibuk dengan sendiri, tapi peduli dan ambil tahu tentang kawannya. Tak rasa kekok duduk semeja bersama kawan walau menjadi pendiam dan dalam suasana diam. Berjuang bersama sahabat.

-Dingin, tapi bukan panas baran.

-Tak suka banyak regulasi, prosedur dan biokrasi, tetapi bukan jenis suka memberontak dan membuat kacau.

-Miliki rasa superioriti, tetapi tak berkasta dan tak berlagak. Mereka yang memandangnya dan bersamanya tak rasa perbezaan dua darjat antara raja dan pengikut.

Entahlah. Apakah ia memaparkan peribadi aku atau ia adalah karakter yang ingin aku menjadi.

Yang pasti sama adalah aku dan dia tak pandai buat jenaka dan bergurau.

Yang pasti beza adalah aku tak merokok. Tapi, aku lebih suka kopi dan teh sama ada sejuk atau panas.

Yang tak diketahui sama ada seiras atau beza bagaimana apabila berhadapan dengan orang yang berpaling tadah dan buat kacau menggunakan namanya. Entah sama ada aku boleh kekal rileks semacam dia atau menggelabah.

Mikoto Suoh antara karakter yang mendapat tempat di hati untuk anime K.

Dan warna merah memang antara kegemaran aku.

"No Blood, No Bone, No Ash".

Slogan yang tersingkap ratapan terhadap seorang sahabat, Totsuka Tatara yang mati terbunuh. Dilaungkan untuk mengenangkan memori bersama Tatara dan menuntut bela kematiannya. Slogan yang mengutuhkan ikatan persahabatan dan asas kepada perjuangan.


Sunday, 13 December 2020

Ulasan Pada Anime Quanzhi Gaoshou

Saja nak menonton anime made in China. Nak tengok macam mana.

Bagi aku, agak memuaskan. Sebab ada tiga perkara yang aku fikir agak lain daripada anime biasa yang lain.

i) Mengangkat E-Sport ke tempat yang tinggi.

Selalunya kalau cerita tentang game, mesti ia adalah permainan yang hanya dimain untuk loser, anti-sosial dan orang yang terpinggir atau menganggap gaming ini adalah benda yang tidak berfaedah langsung.

Cuma anime ini agak berbeza. Gaming dinaratifkan sebagai permainan yang popular sehingga boleh menjadi terkenal seperti artis dan selebriti. Malah, ada slot berita khas untuk E-sport dan berita E-sport juga ditayangkan di skrin besar bangunan seolah-olah seperti membuat liputan tentang artis terkenal.

Bila persaraan Ye Qiu, nampak jelas bagaimana anime ini ingin mempamerkan bahawa gaming bukan sesuatu untuk kelas rendahan. Ramai orang menangisi dan sedih setelah diumumkan berita. Seolah-olah seperti selebriti bola sepak terkemuka. Sampai sebegitu sekali martabat gamer diangkat.

ii) Tiada adegan ecchi.

Siapa yang biasa tengok anime, mesti ada babak ecchi. Walaupun bukan bawah genre ecchi, adegan itu mesti ada walaupun tidak signifikan.

Cuba sesiapa beritahu, apa nama anime yang tidak ada babak ecchi walau satu saat pun? Hanya beberapa sahaja.

Akan tetapi, anime ini langsung tidak ada paparan sedemikian. Bagi aku, agak bagus juga buat sesuatu yang kelainan yang bersih dari unsur ecchi. Ternyata jelas bahawa tanpa ecchi pun, boleh menghasilkan anime yang bagus.

iii) Pemimikan Isekai Dengan Konsep Mudah

Sebelum itu, anime ini tidak dikateogrikan dalam genre isekai. Cuma, ada kewujudan pemimikan isekai. Maksud "pemimikan" di sini adalah cara menghubungkan dunia nyata dan "isekai". Dengan kata lain, game yang dimain dalam anime ini dimimikkan sebagai isekai.

Kadangkala, untuk ke isekai, kebiasaannya sama ada dengan kematian karakter utama atau menggunakan alat tertentu atau menggunakan konsep yang agak memeningkan minda. Ini supaya tidak menonjolkan ketidakserasian logik naratif dalam latar belakang penceritaan.

Anime ini pula tidak perlu susah payah dengan semua itu. Tak perlu kematian karakter utama atau guna alat tertentu atau konsep macam-macam supaya tampak logik perhubungan antara dunia nyata dan isekai. Cukup dengan komputer di hadapan dan karakter game, kemudian apa yang dimainkan dalam game itu dimimikan isekai itu.

Dengan kata lain, seolah-olah karakter yang hidup dalam dunia nyata itu berhubung dengan dunia game secara langsung dan seolah-olah karakter itu hidup dalam dunia game itu seperti dalam isekai. Ini maksud saya bagi "pemimikan".

Tak perlu nak konsep pelik-pelik atau suatu peristiwa atau alat untuk nampak memisahkan dunia nyata dan isekai. Cukup dimimikkan sahaja.

---------

Cuma, dua perkara yang agak memusykilkan aku yang susah untuk memberi refleksi dalam anime tersebut.

Satu, Ye Xiu adalah sosok yang terkenal dan no. 1. Bila dia umumkan bersara, takkan dia tidak ada telefon langsung untuk dihubungi? Malah, takkan tak ada sesiapa pun meski dari team yang lain yang datang untuk jenguk?

Nak cakap nak buat naratif bahawa ia adalah zaman awal 2000-an sebegitu pun tak padan juga sebab telefon dalam anime pun adalah touch-screen. Jadi, agak boleh terimakah kalau tidak ada telefon langsung?

Macam mana orang yang terkenal no. 1 tak ada telefon langsung? Macam mana dia berhubung dengan teammate dia? Boss dia? Kawan-kawan dia?

Kedua, Ye Xiu yang sentiasa mendapat no. 1 dan terkenal, takkan tak ada langsung gambar dia sama ada dari media atau curi-curi dari orang sehingga orang boleh recognize wajah dia?

Apabila dia curi-curi masuk ke arena All-Stars Competition untuk menggantikan Tang Rou dan kedengaran suara dia di speaker, takkan tak ada orang, even dari pemain pro sekalipun recognize tu suara dia?

Bagi aku ini, ini ketidakserasian logik naratif pada anime ini. Kalau Ye Xiu memang seorang yang mengekalkan anonymity, takkanlah sampai tahap macam ini? Tak mungkin.

--------

Season 1 lebih memfokuskan dunia gaming, season 2 nampak refleksi yang seimbang antara dunia nyata dan gaming.

Sunday, 29 November 2020

Why Some People Giving Up To Be Human And Humanity?


Sometimes this thought keep dwelling in my mind and i literally want to find the answer. If there is a being or creature which having a power and strength overpower the human and we have an option to become something like that, will i giving up to be human? What will be my resolve on humanism which i kept for a long time?

Of course, there will be a people who unhesistantly forsake their own self of human being. Factors are varied for the path they choose, however, what will be a worth value left for being human?

Certainly survival for the fits is unavoidable in a harsh world like this, but what humanist could do in facing the reality that hurl the sceptic and doubt towards being human? People commonly hate to be a bullied weak and inbalance strength. This one they witnessing something which could dominate their power with bare peer converse repression. How is it?

The answer for why people are giving up to be human for this situation is simple.

Nosferatu Alucard said to the Alexander Anderson whom want to turn himself into supernatural being because he's on the corner of defeat in a battle with Alucard: "To become a monster like me is to admit that you were too weak to remain a human". (Hellsing Ultimate, episode 8)

Takizawa who had turned into ghoul said to to the two humans who scared of him whom about to kill them :

"I get it. You're scared! Beacuse the fear you feel is different. Like big and small, men and women, young and old. What you two afraid of is what is different from yourselves.

So if you become the same, it's not scary. Killers. Monster. Ghouls. If you become what you're afraid of, fear will fade. What you two are afraid of is the door of death in front of you.

So, i'll have you to become that. Once you're death, death is no longer scary. You're scared because you're a living person. Got that?". (Tokyo Ghoul:re, chapter 24).

Then, what will future hold for human when our Articial Intelligence might be a creation will oppose and overwhelm that used to be a servant for human?

If there something would discover that human is versatile for everything and having an independent power to excecute until there is no meaning for something else to lay down their own mind's capability and strength ability, then humanism will still a relevant existence and worth to be yearn for.

Mengapa Orang Mahu Kembali Kepada Pemerintahan Dahulu Walaupun Pemerintahan Dahulu Adalah Teruk?


Babak ini mengingatkan saya tentang kenapa orang mahu kembali zaman Dato' Najib semasa pemerintahan Pakatan Harapan (PH).

Sebelum itu, ini adalah sedutan daripada Shingeki No Kyojin, season 3, part 1, episd 9, di mana selepas pihak tentera telah melakukan kudeta yang menjatuhkan raja yang palsu.

Pada waktu ini orang ramai masih belum percaya peralihan kuasa akan menjanjikan yang terbaik daripada dahulu. Orang ramai ragu tindakan tentera yang nampak mengheret orang awam ke tindakan yang meragukan.

Seolah-olah menampakkan bahawa tentera mahu tunjukkan kuku besi dan kekuatan mereka untuk menekan rakyat bawahan. Orang ramai mula merasakan lebih baik berada dalam pemerintahan raja palsu yang tidak kompeten daripada kerajaan tentera sekarang ini.

Tampak serupa dengan apa yang berlaku ketika pemerintahan PH? Mengapa orang ramai mahukan zaman pemerintahan Dato' Najib walaupun beliau telah disabitkan bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur? Adakah orang ramai dicuci mindanya untuk terus menyanjungnya?

Berikut adalah penjelasan Muhammad Syameil dalam penulisannya yang berjudul "Mengapa Najib disanjung?" :

Walaupun tidak lagi menjawat jawatan Perdana Menteri, bahkan kini telah disabitkan dengan kesalahan “derma” Najib tetap disanjung segenap rakyat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

Ada yang tua ada yang muda dan ada pertengahan, mereka ini sanggup datang daripada jauh untuk menyokong Najib, walaupun sedar risiko Covid-19. Ada yang mengatakan bahawa sokongan terhadap Najib adalah terdiri daripada orang-orang kampung yang dungu politik.

Ada juga yang mengeluarkan pelbagai teori-teori intelektual seperti elitisme, neeo-feudalisme dan lain-lain.

Kita boleh mencipta pelbagai alasan untuk menyatakan sokongan rakyat terhadap Najib, tetapi pada saya alasan yang paling tepat bagi persoalan yang kompleks adalah jawapan yang paling “cliche”

Bantuan, saraan, sokongan. Itulah alasannya mengapa rakyat menyokong Najib. Tidak ada Perdana Menteri yang menyalurlan bantuan secara berperingkat dan one off sebanyak Najib lakukan.

Segala bantuan ini sampai kepada seluruh lapisan masyarakat, pelajar sekolah, pelajar nak masuk universiti, pelajar universiti, B40, m40 pon turut merasa. Penduduk kampung dan bandar juga dapat merasa bantuan.

Benda ini yang diingati dan dimahukan oleh rakyat dan benda ini juga yang menyebabkan PH ditentang rakyat. Rakyat biasa tak pandang teori-teori intektual, mereka tak pandang siapa menteri-menteri kabinet.

Yang menjadi keutamaan adalah mereka merasa dibantu oleh kerajaan, itu yang paling penting. Analogi mudahnya, bila kita sakit kita pergi klinik sebab mahukan ubat yang mampu merawat kesakitan dan bukanya syarahan panjang doktor, tetapi gagal mengubati kesakitan.

Hakikat inilah yang disedari dan diamplikasikan oleh Najib, beliau tahu rakyat merasa terbeban dengan bebanan hidup dan sebagainya, jadi dia beri bantuan dan bukanya alasan dan teori berjela-jela kerajaan tiada duit seumpamanya, akhirnya rakyat perlu faham kerajaan dan perlu ikat perut.

Sekarang perkara yang sama juga rakyat rasa terhadap Muhyidin, adakah rakyat kisah dia bukan PM dari parti Majoriti? Adakah rakyat kisah barisan kabinetnya ada kelompongan?

Tidak. Yang rakyat ingginkan adalah sokongan dan bantuan, dan Muhyiddin beri sokongan tersebut.

Jadi berhentilah mendungukan orang yamg menyokong Najib, mendungukan mereka tidak menjadi mereka menyokong anda.

Beri bantuan, sokongan, buat rakyat berasa dihargai maka baru mereka akan menyokong anda.

Ungkapan "Kalau" Dalam Bahasa Inggeris Selain "If"


Aku kerapkali terjumpa penggunaan ini dalam sari kata anime.

Selalunya apabila kita ingin mengungkapkan "kalau" dalam bahasa Inggeris, kita akan menggunakan "If" atau pun "In case".

Namun, kita boleh jumpa penggunaan ini dengan menggunakan "Were", "Should" dan "Had". Dengan syarat, ia mesti berada di awal ayat. Berikut adalah contoh penggunaannya :

-"Had". Contoh dari Shingeki No Kyoujin, season 3, part 2, episod 1 :

"Had they noticed our approach by sound or sight, they'd have two minutes to react".

Maksud : Kalau mereka sedar kedatangan kita melalui bunyi atau ternampak, mereka akan ada dua minit untuk bertindak.

-"Were". Contoh dari Toaru Majutsu No Index III, episod 8 :

"Were i a normal Saint, you would probably have defeated me".

Maksud : Kalau aku Saint yang biasa, kalian mungkin akan dapat mengalahkan aku.

-"Should". Contoh dari Bungou Stray Dogs, season 1, episod 10 :

"Should Dazai fall, all of your secrets will come to light".

Maksud : Kalau Dazai tumbang, semua rahsia engkau akan terbongkar

Nota: Aku tidak pasti jika penggunaan ketiga-tiga ini boleh terpakai untuk makna "jika", "andai", "andaikata", "kalaulah" atau seumpamanya. Jika dirasakan sesuai, silakan untuk menggunakannya.

Friday, 5 June 2020

Hakikat Dan Nilai Moral Pengkhianatan Dalam Perang

Cakap pasal pengkhianat untuk suasana baru-baru ini, tiba-tiba teringat pula pada babak ini. Di mana Enrico Maxwell khianat pasukan Britain untuk bekerjasama dalam menentang tentera puntianak Nazi, tetapi Maxwell serang Britain.


Cuma apabila kita berbincang tentang kebijaksanaan permainan politik dan strategi perang, perbincangan moral; baik dan buruk kadang agak tidak diberi perhatian. Pengisian lebih menumpukan kepada aspek bagaimana seorang pemimpin atau strategiwan (strategist) dapat outsmart musuhnya yang di luar persangkaan dan di luar apa yang mampu difikirkan. Kita terpesona dengan kelicikan dan selok belok muslihat yang digerakkan supaya tercapai cita-citanya.

Sekarang faham mengapa Alexander Anderson mengatakan "Berbanding kita menyusahkan diri untuk mengelakkan hal itu berlaku, ia adalah langkah yang patut dipuji". Begini, dalam berbicara tentang menjadi pihak pemenang, sudah tentu ahli politik atau strategiwan akan merangkul apa sahaja supaya capai cita-cita tersebut. Untuk mendapat sokongan dan kepercayaan, pembuktian adalah penting supaya semua yang dipimpin tidak akan disia-siakan perjuangannya. Sebab itu, apabila khianat boleh meraih kesemua itu, maka ia adalah langkah yang dianggap terpuji memandangkan mereka sudah mendapat dan jamin apa yang mereka mahu.

Anda tengok situasi politik kita hari ini. Bagaimana pengkhianatan telah menjadi suatu cerita yang menakjubkan buat para penonton dan bagaimana ia boleh menjadi "bermoral" unuk jatuhkan pihak yang lain.

Sebab itu kadangkala apabila kita menzahirkan rasa kagum dengan ketangkasan akal seseorang dalam bermain bidak catur pertempuran ketika kita mewacanakannya, bukan bermakna kita melupakan kejahatan yang ditanggung sepanjang sejarah hidupnya. Kita belajar sesuatu daripadanya sama ada supaya sejarah tidak berulang lagi kepada kita atau mengenalpasti untuk menangkis kelicikan itu atau apa sahaja yang audiens mahukan.

Apapun, bajingan yang bijaksana lebih memperoleh kenamaan berbanding sang wira yang dungu.

Tawakkal Pope Balmus Dan Refleksi Realiti Dengan Agamawan Pada Musim Covid-19


Tengok babak ni, teringat pula situasi sebahagian agamawan bingai DAJJAL pada waktu ini yang berlagak tawakkal tahap tinggi dan acah-acah lebih takut kepada Allah berbanding kuman.

Cuma, bezanya Pope Balmus ini ada asas untuk teguhkan keyakinannya sebab dia ada senjata kardinal yang boleh menandingi 4 Hero, ada ramai pengikut yang boleh bekalkan tenaga mana kepadanya dan ada kemampuan untuk bertarung 4 Hero. Ok lah tu. Tawakkal dan iman yang ada tempat berpijak. Sekurang-kurangnya- pengikutnya boleh taruhkan kepercayaan yang tinggi kepada Pope.

Tapi yang si agamawan bingai DAJJAL ni pula hanya sembang dan main emosi. Nak hadapi "virus Yahudi" tanpa vaksin. Ibarat nak sergah pangkalan bersenjata musuh dengan tangan kosong dan tanpa strategi. Lepas tu nak harap menang hanya dengan bismillah dan tawakkal.

Ni sebab elok maki je penghasut pendakyah yang macam ni. Tak payah cakap baik-baik kepada jenis yang mengajak dan sengaja menjahannamkan diri dan orang lain.

Tawakkal dan menzahirkan keimanan yang tinggi dijadikan alasan atau penghalalan untuk tidak menggunakan otak, bertindak bodoh dan membabi buta. Malah, ego untuk tidak mendengar nasihat dan saranan mereka yang berkeahlian dalam bidangnya.

Dia punya sombong, seolah-olah dengan menampakkan iman kuat, automatik Tuhan menyebelahi dia. Doktor yang ambil ubat dari Yahudi semua manusia sampah yang tidak ada nilai kata-katanya. Macam doktor tu tak ada tawakkal dan iman yang hanya bekerja untuk cekik ramai orang.

Untuk menghiasi dia punya babi butanya, dia gubah ayat sentimental seperti :

"Nak bersolat pun kena tangkap?"

"Kedai runcit tidak ditutup kerana terdesak untuk keperluan perut, tetapi tidak rasa betapa terdesaknya masjid dan surau untuk memenuhi keperluan rohani".

"Doktor bagi saranan, boleh pula ikut. Tapi, bila Allah bagi saranan pergi solat berjemaah menghadap-Nya, banyak pula alasan nak bagi tutup".

Dia nak selamatkan diri dari Dajjal Yahudi, tapi dia pergi ke Dajjal jenis benak dan bingai yang berupa agama.

=========================

Anime : The Rising Of The Shield Hero

Kata Aiwass Kepada Aleister

Aleister, rasanya bukan kebetulan kau kagum pada mereka, betul tak?

Mereka yang mengikut jejak perasaan yang mekar dalam diri mereka tanpa diberitahu oleh sesiapa pun untuk melakukan sebegitu dan berusaha untuk terus mara melangkah ke hadapan.

Mereka yang pernah melakukan kesilapan parah pada masa lalu, malah bertarung dengan dosa mereka, sedang berusaha untuk maju ke jalan yang betul.

Mereka, yang tidak dipilih oleh sesiapa pun dan tidak memiliki sebarang kelayakan pun, boleh menjadi wira demi insan yang mereka cintai.

Setiap daripada mereka, walaupun seberapa banyak dihinjak bertalu-talu, mereka tetap bangkit sekali lagi.

Nampaknya mereka dilengkapi sesuatu yang kau tiada.

Sebab itu, memang perkara biasa kau mahu menjadi seperti mereka.

Apapun, sepanjang masa ini, apa yang kau mampu hanyalah terkulai terbalik dan meratap.

-To Aru Majutsu no Index III, episod 17-

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2845254058858502&set=pb.100001218067654.-2207520000.1564602574.&type=3&theater

image

Pembelajaran Kita Tentang Kehidupan Melalui Perancangan Yang Menyeksakan Diri Kita

Pembelajaran kita tentang kehidupan bukan semestinya yang ada dalam kelas atau buku. Kadangkala kita belajar daripada pengalaman yang sebenar. Kadangkala pembelajaran di dunia sebenar yang kita lalui, ia sengaja dirancang dan dikomplot sebegitu supaya kita betul-betul belajar.

Ingat lagi kalau kita panjat pokok yang tinggi, ibu akan marah menjerit, “Haa… panjatlah! panjat lagi!”…? Ibu tidak suruh kita turun atau tengking kita habis-habisan. Tapi, adakah ibu suruh kita panjat lagi? Adakah semata-mata itu?

Sebenarnya tidak. Tetapi di sebalik suruhan itu adalah suruhan untuk panjat supaya kita panjat lagi, lalu kita terjatuh ke tanah. Masa itu, kita serik untuk tidak panjat lagi. Ibu sengaja menyuruh, tetapi pada masa yang sama kita belajar daripada kesakitan yang kita dapat nanti apabila jatuh.

Ada kenalan cerita pada aku bahawa dia mahu sertai satu perniagaan yang menjana pendapatan tambahan. Masa itu dia baru sahaja menjadi siswa untuk sebuah universiti.

Dia pun cadang kepada ayahnya untuk dia sertai perniagaan itu. Ayahnya mengizinkannya sebegitu sahaja tanpa banyak bicara dan ayahnya memberikannya RM 100 untuk pembayaran penyertaan.

Dia juga berkata ayahnya seorang penasihat kewangan untuk syarikat yang memerlukan khidmatnya, aneh kalau ayah tidak soal siasat untuk hal ini.

Selepas bayar, barulah dia tersedar bahawa perniagaan itu adalah scam. RM 100 yang dibayar rugi macam tu sahaja. Dia pelik mengapa ayahnya langsung tidak memberi apa-apa nasihat apabila melibatkan duit?

Dia kata, lama-kelamaan dia belajar sesuatu bahawa peristiwa itu menjadikan dia serik dengan “bisnes yang menjana pendapatan sampingan”. Masa itu, kalau ada sesiapa yang ingin tawar dan ajak untuk sertainya, telinganya automatik jadi pekak dan secara sendirinya dia buat tidak peduli walaupun itu dari kawannya.

Masa itu juga dia sedar bahawa ayahnya memberi RM 100 untuk “yuran” dia belajar sesuatu tentang kehidupan. RM 100 itu bukanlah pembayaran sia-sia pada akhirnya, tetapi pelajaran berguna.

image

Itulah sebab Hermes sengaja berkomplot dengan pengembara (adventur) yang lain untuk belasah Bell Cranell cukup-cukup. Komplotnya adalah Hermes bersepakat dengan kumpulan pengembara lain untuk culik dewinya. Untuk membebaskan dewinya, Cranell perlu kalahkan pengembara tersebut. Masa inilah Cranell dibelasah.

Bagi Hermes, Bell Cranell terlalu baik sehingga tidak menyedari hakikat wajah sebenar yang ada pada manusia. Hermes menjadikan komplot ini sebagai pengajaran langsung untuk Bell Cranell agar tidak terlalu sangka baik atau bersikap apologetik dan terlalu peramah dan pemurah dengan semua manusia.

Begitu juga dalam anime Ajin. Sato sengaja tidak menyelamatkan Kei Nagai apabila diserang pihak berkuasa dan sengaja melambat-lambatkan untuk selamatkan Kei Nagai apabila dalam tahanan yang menyeksakan. Sato mahu Kei Nagai belajar tentang realiti gelap yang ada pada pihak berkuasa terhadap mereka yang memiliki kuasa Ajin.

Masa itu juga, Sato ingin tanamkan semangat benci yang mendalam di jiwa Kei Nagai melalui peristiwa penahanan itu terhadap pihak berkuasa supaya dia boleh mulakan revolusi dan pemberontakan..

Aku tidaklah kata komplot ini dibolehkan untuk setiap masa atas alasan untuk mengajar seseorang atau kumpulan. Ya, mereka perlu belajar walaupun secara paksa dan kasar, tetapi bukanlah dengan cara sebegini.

Apa yang aku mahu beritahu adalah katakan kalau berlaku sebegini dalam kehidupan seseorang, kita belajarlah sesuatu daripadanya. Itu sahaja. Bukan untuk menjustifikasikan bolehnya berkomplot.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2983579918359248&set=pb.100001218067654.-2207520000.1571036236.&type=3&theater

Tribute For Haruhime When She Feels Happy After Hearing The Promise From Bell Cranel To Save Her

I’ve been wishing. Wishing something like this for a long time. I keep hoping that i could embrace and cherish this momment. That bright sun shining out, greeting my face. When i’m open up the the windows in the morning.

Breathe in the blowed fresh comfort wind with the sweet anthem of the sparrow. I’m looking up at the sky with no sorrow and despair. I could carve a pure smile in my face without hesitate and without pretending. I streching my hand out with glaring hope somewhere inside myself that this peace and tranquility will be my eternal home.

I’ve been too long lodging in here. Wallowing in the dirt, consuming the filth, lying down in this wicked bed, tainting my body, chastity and virtue.

Everytime this rapacious man feast on my airy frail body, it hurts me, suffocate my chest, bleeds my fragile heart and swamp me in the abyss of darkness, more and more.

I’m smiling, gasping my erotically breath out just for please and entertain this nasty client. Showing that i’m okay and ready to serve as an enjoyable doll. But deep inside in me, i’m almost lost the apprehension what is the true hapiness mean, the true friendship cherishing my own self, the serenity that preserve the calm of my heart and the world that secure the future.

image

Now, you came. Reaching my faint hand. As a hero. As a someone who will be my salvation. For my prolong agony. For unrelenting abuse that take away all of the worth as a decent girl. I’m able to say no more… this greatest joy of my life.

You.. truly a nice guy. A kind person that i adore so much from my heart.

How much uncountable thanks to you that… finally, i could move on for this live. Accept the fate that befall upon me. Lay out the strenght of mine to face the life. To be who i want to be. To feel this lasting liberation.

Thank you… I’m so happy.

-This writing is my tribute for anime Danmachi, season 2, episod 8 when Haruhime feels happy after hearing the Bell Cranell’s promise to save her from prostitution-

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2979258518791388&set=pb.100001218067654.-2207520000.1570927304.&type=3&theater

Bagaimana Putus Asa Boleh Membunuh Manusia?

“Putus asa itulah yang membunuh manusia” - Nosferatu Alucard (Hellsing Ultimate, episod 4)

Konteks Alucard apabila bercakap tentang ini adalah tentang Seras Victoria yang terkepung dengan situasi hidup mati. Kalau Victoria relakan sahaja untuk dirogol dan mati, lalu jadi ghoul yang tidak bermakna apa-apa, maka putus asa itulah yang akan membunuhnya.

Namun, untuk konteks yang lain, bagaimana pula? Bagaimana ia “membunuh” manusia tanpa menghilangkan nyawa?

Ambil kes ini dan saya telah kepilkan snapshotnya untuk babak Danmachi, season 2, episod 6 :

“Kenapa mereka nak selamatkan perempuan kotor (maksudnya, pelacur) macam aku”.

image

Bell Cranel boleh sahaja untuk jadi wira untuk Haruhime atau kalau Cranel tidak menjadi wira sepertimana yang diidamkannya, Cranel akan selamatnya sedaya upayanya.

Tapi, kalaulah Haruhime mahu kekal jadi pesimistik, enggan membuka pintu hatinya menerima harapan bahawa ada dunia yang lebih baik di sebalik lumuran kekotoran yang dia berbaring di dalamnya apabila dia diselamatkan nanti serta terus berperasaan bahawa dia tidak dapat disucikan noda yang mencemarinya, kalau bahasa aku yang kasar, “Silakan untuk terus mengalah! Lantak kau! Aku pun tak dapat nak buat apa lagi dah!”***.

Sekarang faham macam mana putus asa “membunuh"nya? Apabila kau rasa bila dah terjebak menjadi pelacur, kau rasa kau tidak bernilai lagi dan tiada apa-apa lagi yang boleh mengembalikan harga jati diri dan kesucian kau, masa inilah kau telah "mati”.

Bangun malam, melihat jendela, kau hanya tengok langit yang gelap dan manusia sekeliling yang serakah berahinya, memandang kau hanya sebagai mainan pelirnya yang rakus. Setiap hari kau hanya menjadi mangkuk untuk air mani yang dipancutkan.

Wajahmu rupawan, badanmu menggiurkan dan erotikmu sungguh menggoda. Sememangnya pilihan lelaki yang menjadi rebutan. Tetapi hatimu luka berdarah dan jiwamu tenat. Kau mencungap-cungap kenikmatan ketika lelaki memperlakukanmu dengan serakah, namun setiap titis yang tertumpah, ia menjadi serpihan kaca menghiris sanubarimu.

Sedangkan Bell Cranel dan sahabatnya (atau mungkin sahaja bakal suaminya) berjuang untuk membawa kau melihat cahaya matahari menyinari wajah manusia yang mengukir senyuman tulus kepadamu. Di luar sanalah manusia menerimamu seadanya meski nistanya masa lalumu dan melayanimu sebagai makhluk hidup yang diberikan hak kehormatan. Merekalah sahabat sejati yang takkan khianati dan permainkan kau.

Tapi, kau tak nak. Kau tetap nak dalam hidup kehampaan. Kau enggan melangkah walau selangkah untuk melihat dan mengamati saujana alam yang lebih indah dari kekejian yang kau berkubang. Khabar gembira menyapa, kau berpaling daripadanya. Diyakinkan macam mana pun, tak mencelikkan matamu untuk melihat harapan.

“Mati"lah kau dalam putus asa. Teruslah kau dalam perasan bahawa kau tidak dapat disucikan lagi dan tidak boleh dikembalikan nilai maruahnya.

Ini antara salah satu contoh bagaimana putus asa akan menjadi "pembunuh” untuk manusia. Kalau kau melihat babak kisah yang lain atau kau mungkin lalui pengalaman hidup sebenar atau kau menyaksikan kehidupan manusia, kau kan lebih faham bagaimana putus asa berbuat pada manusia.

==================================

***Tapi kalau aku sebagai wira atau dunia sebenar, aku takkan cakap macam ni atau sesuka hati nak sergah macam ni. Kata-kata ini sekadar untuk konteks penulisan sahaja.

P/S : Sebab aku pilih babak ini adalah sebab ia mengingatkan aku kata-kata Nosferatu Alucard ni.

Nota : Penulisan berkaitan dengan ini : https://marzukamartillo.blogspot.com/2020/06/kesan-sesuatu-kata-kata-yang-berlainan.html

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2973400506043856&set=a.2757481107635798&type=3&theater

Kesan Sesuatu Kata-Kata Yang Berlainan Mengikut Keadaan

“Putus asa itulah yang membunuh manusia” - Nosferatu Alucard (Hellsing Ultimate, episod 4)

image

Masa mula-mula aku tengok anime ini -rasanya masa aku sekolah menengah 9 tahun dulu-. bila dengar perkataan ini macam tak ada rasa apa. Malah, tengok berulang kali pun rasa sama sahaja. Boleh sekali lalu macam tu je.

Namun, selepas tonton seberapa banyak anime (atau setelah beberapa lama melalui pengalamanbelajar dan bekerja), perkataan simple macam ni seolah-olah bagi “bekas” dan “kekuatan” rasa. Terutamanya selepas aku tonton Danmachi season 2 dan Toaru Kagaku no Accelerator, ada babak tu membuatkan kata-kata ini tiba-tiba terlintas kuat. Dan perasaan aku bila terlintas kata-kata ini tak sepertimana dulu. Seolah-olah barulah aku nampak pemaknaan kata-kata ini.

Sebab itu kadangkala satu perkataan tidak sama tahap penghayatannya pada pendengar apabila berada di perspektif, suasana dan pengalaman berbeza. Kita kadangkala tidak dapat rasa penghayatan itu bukan kerana hati kita mati, tetapi mungkin sahaja kita berada di kondisi, dimensi dan senioriti yang tidak korelasi.

Persoalan: “Mengapa kita perlu lindungi sejarah?” - Toushirou Yagen (Touken Ranbu: Real-live movie adaptation)

Kita mungkin anggap ini sekadar persoalan hendak main falsafah, tetapi cuba bayangkan kau hidup di zaman dunia kau miliki mesin masa. Tak kisahlah dunia Doraemon, Touken Ranbu, Steins atau lain-lain. Di zaman itu, kau boleh tukar dan ubah sejarah dengan kemampuan kau dan apa yang kau mahu.

Bayangkan, kesan soalan ini yang akan diterima oleh audiens pada zaman itu. Tentu sahaja audiens akan merasakan ia adalah persoalan sangat “dahsyat” dan “serius”. Tidak akan sama sekali sama dengan keadaan kita sekarang apabila mendengar persoalan ini. Jadi, jawapan yang akan diberikan, dibincangkan atau diperdebatkan barangkali tidak akan sama kehangatannya sepertimana keadaan kita sekarang.

Sebab itu, kadangkala ketika kita ingin membaca buku atau mendengar nasihat atau memberi nasihat, kita perlu dapatkan “mood” yang betul atau sesuaikan pendekatan kita dengan keadaan kita sekarang. Supaya penghayatan dan pemaknaan itu boleh membumi ke dalam jiwa.

“Aku selalu sahaja mencintaimu”

Takkan sama pemaknaan itu saat kita di jinjang pelamin, berbulan madu, saat ditimpa tribulasi, saat kekasih saling berargumentasi dan ketikamana kematian kekasihnya. Pengalaman juga akan mengajarkan makna perkataan itu.

Kita mungkin ambil masa untuk faham sesuatu perkataan. Jangan risau. Di mana ada kemahuan, di situlah jalannya. Kalau kita tulus dan bersungguh untuk faham, pasti pintunya akan terbuka.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2965536373496936&set=pb.100001218067654.-2207520000.1570260769.&type=3&theater

Makna Menjadi Wira

Menjadi wira bermakna kau menyedari bahawa seluruh manusia di bumi ini adalah tebusan bagi orang jahat.

Itulah hakikatnya.

Setiap orang tanpa mengira keluarga, kawan, kenalan, orang yang kau peduli dan orang yang kau tidak peduli, orang jahat akan menyasarkan mereka apabila berkepentingan dan tugas seorang wira adalah melindungi mereka dari tangan jahat mereka.

Namun malang, realitinya wira tidak akan mampu selamatkan semua orang. Jika dapat pun, itu adalah bonus. Bajingan jahat pun bukan calang-calang orang. Mereka juga mahir berstrategi, mahir bertempur dan memiliki seni yang menyerlah. Lihatlah realiti! Pandanglah ke dunia nyata. Pasti akan ada yang terkorban.

Akhirnya, wira yang diimpikan bukanlah payungan keselamatan untuk seorang, tetapi wira adalah orang yang membetulkan keadaan. Itulah harga yang ditanggung oleh wira. Menanggung luka yang tidak tersembuh dan tidak terbayar hanya dengan sesalan.

Namun, wira juga adalah orang yang tidak akan berputus asa. Tidak akan berputih mata untuk berjuang. Tidak akan mengalah meski dikalahi beberapa kali.

“Hero adalah orang yang tidak teragak-agak untuk hulurkan tangan dan berlari sepantas yang boleh menuju kepada apa yg mereka ingin selamatkan. Jadi, apa yg ingin kau selamatkan dengan tangan kau? Jika kau tidak tahu, kau tidak akan mencapainya” - Accelerator (To Aru Kagaku no Accelerator, episod 11)

Dengan semat kepercayaan yang utuh, tiada apa yang mampu menghentikannya. Semangatnya kekal membara. Menyerlahlah ia walau di mana sahaja ia berada.

Tinggi setanding bintang.
Rendah sebanding intan.

Itulah wira. Rebah dan jatuh masih lagi gagah tangkas. Jika dia menyerlah, dialah terunggul dan terulung.

Biarpun ia menangis dan meratap atas kegagalannya, melihat nyawa dilumuri darah, dia tetap mara ke hadapan. Sebesar mana halangan pun, dia tidak akan patah harapan.

“Woi bajingan! Kau pernah dengar perkataan ini? MELANGKAH JAUH! PLUS ULTRAAA..!!” - All Might (Boku no Hero Academia, season 1, episod 12)

Itulah yang menjadikan wira sebagai seorang yang dikagumi. Menjadi inspirasi. Menjadi pujaan. Menjadi teladan. Menjadi sejarah yang terhebat penuh bermakna.

“Mereka gemilang bukan kerana mereka adalah hero, tetapi mereka adalah hero kerana mereka gemilang” - Mineta (Boku no Hero Academia, season 2, episod 23).

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2963560787027828&set=pb.100001218067654.-2207520000.1570260769.&type=3&theater

image

Why Am I Pursuing The Freedom?

The very reason i’m still insist to pursue the freedom because this cage itself not more than a simply humilation. They told me with a panic hopeless scream, “Dangers out there! Titans gonna devour you!”. Who the fuck cares? This loathsome humilation we hold in our heart also a loathsome peril for me and for us.

We would never enjoy our freedom as this pessimistic thought continue to suppress our mind. The price we pay serve meaningful freedom and life of ours. We might pleasurely comfortable in this cage, but a bird who thought fly is an illness is despicable suck!

My only fight just winning or die. Never in my life i comprehend the losing nor tolerate such feeling. I fear not the doom obstruction that chasing after me. Whats beyond the fear is some miraculous triumph. Danger is real, but fear is a choice!

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2791288010921774&set=a.2757481107635798&type=3&theater

image

Apa Itu Nanatsu no Taizai? (Seven Deadly Sins)?

Ok, bagi yang baca manga atau tonton anime Nanatsu no Taizai atau bahasa Inggerisnya Seven Deadly Sins, apekebenda di sebalik nama ni? Saja-saja nama untuk anime atau ada cerita tersendiri? Ok, ini perkongsian aku serba sedikit.

Ya. Seven Deadly Sins atau bahasa Melayunya “Tujuh Dosa Berbahaya” adalah berasal daripada pengajaran Kristian. Ketujuh-tujuh tersebut adalah sepertimana yang terdapat dalam gambar.

image

Ia tidak ada secara langsung dalam Bible atau dengan kata lain tidak ada sebutan langsung tentang “Tujuh Dosa Berbahaya” secara eksplisit, tetapi intipatinya diambil daripada situ. Ada bunyi lain menurut beberapa sumber, tapi lebih kurang maknanya seperti “Seven Capital Sins” (Tujuh Dosa Maut) atau “Seven Cardinal Sins” (Tujuh Dosa Kardinal) atau “Seven Chief Sins” (Tujuh Induk Dosa). Tapi, nama “Deadly Sins” menjadi pilihan dan mendapat tempat yang meluas.

Pengajaran ini pada mulanya dikategorikan kepada 8 jenis yang dibuat oleh Evargius Ponticus pada sekitar abad ke-5. Dalam risalahnya, “On the Eight Thoughts”, dia senaraikan lapan pemikiran yang jahat atau pemikiran “syaitan” yang memburu dan mengganggu para pertapa (hermit). Hasil risalahnya pada dasarnya adalah katalog masalah dan godaan yang dihadapi oleh para pendeta pada masa itu. Setiap satunya dikepilkan bersama ayat Bible yang digunakan sebagai penguat dalam penentangan.

Kemudian, ia diringkaskan menjadi tujuh oleh Pope Gregory I pada abad ke-6 dalam karyanya “Moralia in Job”. Tujuan penyenaraian ini adalah untuk mengingatkan kepada setiap penganut agar berhati-hati dengan dosa besar yang utama, iaitu dosa yang layak diheret ke neraka. Sepanjang zaman Pertengahan dan erta Tridentine, banyak hasil karya teologi dan pengakuan (confessional) berstruktur sekitar tujuh dosa berbahaya ini. Bersama dengan 10 Rukun (Ten Commandments), ia adalah salah satu model popular dalam perbincangan tentang etika dan ujian kesedaran (examination of conscious).

Kesemua dosa ini dikategorikan kepada tujuh kerana bagi mereka kesemua tujuh ini adalah penyebab utama atau pendorong kepada kerosakan, kejahatan dan dosa lain yang mencemarkan penganutnya. Ia dimasukkann dalam senarai Capital Sins, iaitu dosa besar. Capital Sins ini dosa yang lebih berat daripada Venial Sins, dosa kecil. Diampunkan jika penganutnya membuat pengakuan kepada paderi.

Dosa ini ada penawarnya dan ia perlawanan yang tujuh, dinamakan sebagai “Seven Holy Virtue” (Tujuh Kebaikan Suci) atau nama lain seperti “Seven Heavenly Virtue” (Tujuh Kebaikan Syurgawi) atau “Seven Contrary Virtue” (Tujuh Kebajikan Yang Berlawanan). Tak kiralah apa namanya atau nama yang disenaraikannya, isinya mengandungi tujuan yang satu, iaitu membasmi dosa tersebut. Sifat tersebut iaitulah :

(1) chastity (memelihara diri) lawan kepada lust,

(2) abstinence (berpantangan) iaitu lawan kepada gluttony,

(3) liberality (kemurahan hati), lawan kepada greed

(4) diligence (tekun) lawan kepada sloth,

(5) patience (kesabaran) lawan kepada wrath,

(6) kindness (budiman) lawan kepada envy,

(7) humility (rendah diri) lawan kepada pride.

Ada juga idea lain yang dipersembahkan dalam mengekang dosa ini seperti “The Theological Virtues” (Kebaikan Berteologi) atau “The Four Cardinal Virtues” (Empat Kebaikan Kardinal). Apapun, ia tetap bertujuan untuk memberi tunjuk ajar tentang cara mengalahkan dan membenamkan dosa itu daripada mengotori penganutnya.

Rujukan :

(a) https://www.christianity.com/wiki/sin/what-are-the-seven-deadly-sins.html

(b) https://www.britannica.com/topic/seven-deadly-sins

(c) https://www.crosswalk.com/faith/spiritual-life/how-to-fight-the-7-deadly-sins-with-confidence.html

(d) http://www.danteinferno.info/7-deadly-sins.html

(e) http://changingminds.org/explanations/values/seven_virtues.htm

(f) https://susielewis.wordpress.com/2015/06/12/research-dantes-inferno-and-the-seven-deadly-sins/

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2948013978582509&set=pb.100001218067654.-2207520000.1570260769.&type=3&theater

Senyuman Misaka Mikoto

Senyuman Misaka Mikoto. Senyuman terukir ketika dia terserempak Touma Kamijyou. Senyuman yang terlakar setelah berlalunya hari yang penuh kepayahan dan kedukaan. Senyuman tulus tercipta setelah terbebasnya dari belenggu kelam dan kepedihan. Belenggu...

Senyuman Misaka Mikoto. Senyuman terukir ketika dia terserempak Touma Kamijyou. Senyuman yang terlakar setelah berlalunya hari yang penuh kepayahan dan kedukaan. Senyuman tulus tercipta setelah terbebasnya dari belenggu kelam dan kepedihan. Belenggu hari yang penuh dengan penyesalan kerana kenaifan masa lalu. Masa lalu yang terus-menerus menghantuinya, memakan segala keceriaan dan keseronokan yang pernah dia nikmati. Bagai daun yang terbakar dengan bakaran api. Semuanya musnah dalam penyesalan. Pilihannya yang salah menjadi beban berat pada hari ini. Menjadi luka yang parah dan dosa yang tidak tertebus.

Kini dia tidak lagi runsing. Misaka Mikoto akhirnya tersenyum lega. Setelah keluar dari medan kucar-kacir dan porak-peranda, kini dia mampu melangkah ke tempat yang dinamakan sebagai “kepulangan”. Tempat yang dia kembali bersama kegirangan dan kegembiraan yang tidak pernah terlintas jiwanya walau sekelip mata pada kerisauan dan resah. Tempat yang dia binakan kebahagiaan dan tempat teduhan yang nyaman. Bersama orang yang dia cintai dan kasih terhadapnya. Misaka Mikoto kini terbebas dari bisikan-bisikan dosa lalu. Wajahnya yang dahulu suram muram kini bersinar indah dengan senyuman tulus. Misaka Mikoto tersenyum syukur dapat kembali ke hari yang penuh kedamaian dan sentosa.

Cuba tanya pada diri sendiri. Tekapkan tangan kamu ke dada dan dengarlah isi hati yang jernih dari dalam. Dengarkan dengan telinga yang ikhlas mendengar. Siapakah insan yang mekarkan senyumanmu? Tanpa perlu apa-apa sebab pun, kau akan tersenyum untuknya. Insan yang mengisi sesaat senyumanmu dengan detik kesyahduan. Insan yang menciptakan satu harimu dengan seribu makna dalam senyumanmu. Insan yang kau akan dambakan untuk kau kenang dan tatap untuk satu harimu, lalu kamu pun tersenyum. Insan yang kau merasa sudah cukup untuk bersyukur seribu kesyukuran dengan keberadaannya. Semuanya kau ekspresikannya dalam senyumanmu. Siapakah dia itu?

Jika kau temukannya, sama ada dia dari keluargamu atau sahabatmu, lindungilah dia yang menjadi sebab senyumanmu. Lindungilah dia agar kau terus tersenyum. Dialah penyejuk pandanganmu dan penyegar jiwamu. Dialah taman bunga yang indah dan hembusan angin yang sepoi menyapa. Dialah yang akan terus membuatmu tersenyum. Lindungilah dia supaya kau tersenyum lagi

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2823333927717182&set=a.2757481107635798&type=3&theater

Berjuang Untuk Kebahagiaan, Kebaikan Dan Persembahan Diri Sendiri

Dalam anime Berserk (2016), episod 1, Adolf, pendeta yang menumpangkan Guts mengongsikan sekilas cerita tentang anak saudaranya bersama rasa kecewa. Adolf berkata, “Anak saudara aku meninggalkan rumah, katanya dia mahu menempa nama dengan pedang miliknya. Lima tahun dahulu, dia mati di medan pertempuran, hanya sebagai tentera pejalan kaki yang tidak bernama. Kalaulah dia masih hidup, pasti dia sudah berkeluarga dan mendapat beberapa kebahagiaan padanya. Bodoh betul”. Guts pun menjawab, “Apa masalahnya? Tidak kira apapun sebabnya, dia mati dalam melakukan apa yang dia suka, tidakkah begitu? Aku akan panggil dia sebagai orang yang bertuah”.

Walaupun impian kita tidak pernah capai semasa hidup kita, jangan rasa apa yang kita buat itu adalah sia-sia jika apa yang kita lakukan adalah untuk kebaikan diri sendiri, dan paling tertinggi adalah kepuasan diri kita. 

Kalau pun tidak ada orang kenang dan ambil peduli ataupun menghargai apa yang kita perjuangkan dan lakukan, kita tetap boleh mara ke hadapan dengan semangat yang konsisten kerana kita memahami nilai yang kita binakan untuk diri sendiri, bukan menagih dan mengemis simpati dan perhatian orang lain.

 Seharusnya kita bersyukur kerana kita diberi peluang untuk melakukan sesuatu yang sesuai apa yang kita percaya dan yakin bersama pengenalan yang utuh sama ada daripada pengetahuan yang kita belajar atau pengalaman yang kita lalui.

Ya, kita mungkin berdepan banyak cabaran untuk merealisasikan cita-cita kita, tetapi perjuangan hidup itulah yang akan melakarkan cerita yang kau sendiri nikmati dan generasi sesudahnya jika dikurniakan rezeki untuk menjadi masyhur akan jadi pedoman dan inspirasi. 

Kita tetap berjuang apa yang kita percaya dan yakin serta itulah yang sesuai dengan keselamatan dan kebahagiaan diri sendiri. Kalau kita tidak merasai hasilnya di dunia, di akhirat kelak ada bahagiannya kalau apa yang kita lakukan adalah ikhlas dan semata-mata mengharap redha Tuhan.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2828978947152680&set=a.2758594507524458&type=3&theater

image

Masing-Masing Menyerlah Dengan Cara Tersendiri

Setiap orang menyerlah dengan cara masing-masing dan cara tersendiri. Setiap orang berjasa dan melakar namanya sesuai dengan bakat dan kebolehan bagi setiap individu. Tidak perlu dibandingkan antara bintang dan bulan, yang manakah paling berjasa ketika waktu malam. Setiap daripada mereka semuanya berguna dan menyerlah dengan manifestasi tertentu. Kalau bukan untuk orang, sekurang-kurangnya ia berjasa untuk diri sendiri dan tidaklah ia merasa bahawa kewujudannya sesuatu yang sia-sia. Jika kau tidak tahu apa apa yang selayaknya untukmu, mungkin belum masanya lagi. Akan datang, ia mungkin. Namun, percayalah dengan rahmat Tuhan jika kita benar-benar tulus untuk kebaikan dan redha-Nya.

Biarpun kecil usaha kau dan sedikit sinarnya, mungkin sekali orang sangat perlukannya pada yang sedikit itu. Kalau orang tidak memerlukannya pun, orang lain akan hargai dan kau mencipta pelengkap yang kurang atau penghias walaupun mereka tidak sedar dan kau tidak begitu signifikan. Kalau mereka tidak hargai pun, ingatlah bahawa Tuhan tidak akan mempersia-sia usaha hamba-Nya jika itu dilakukan untuk kebaikan dan mengharap redha-Nya. Dan apa yang kau buat adalah demi kebaikan sendiri atau yang paling mendalam adalah kau lakukannya untuk kepuasan dirimu.

Dalam anime Berserk (2016), episod 1, ada babak tentang Adolf, pendeta yang menumpangkan Guts, meluahkan rasa kecewa yang anak saudaranya pergi meninggalkan rumah dan dia mahu menempa nama dengan pedang miliknya. Katanya, lima tahun dahulu, dia mati di medan perang sebagai tentera yang tidak punya nama. Adolf juga kecewa bahawa kalaulah dia masih hidup, dia patutnya sudah berkeluarga dan ada dapat hidup gembira sedikit padanya. Adolf merasakan betapa bodohnya pilihannya. Lalu, Guts menjawab, “Apa masalahnya? Tidak kira apapun sebabnya, dia mati kerana melakukan apa yang dia suka, tidakkah begitu? Aku akan panggil dia sebagai orang yang bertuah”.

Daripada ini, jelaslah bahawa sekecil apa pun yang kita ada dan mungkin tidak begitu signifikan dalam kontribusi, paling penting, kita dahulukan bahawa apa yang kita buat adalah kebaikan diri secara minima, kemudian sehinggalah ia hanya untuk kepuasan diri. Meski tiada yang peduli, hargai atau respons kau punya kerja, kau tetap melangkah dan menyerlah dengan caramu. Kau sama sekali tidak merasa kecewa dan duka kerana kau tahu nilai yang kau buat dan sebab yang nyata untuk kau terus bertabah untuk membuat kerja yang tidak dikenang.

Ya, bulan sememangnya lebih cerah berbanding bintang kendati ia bertaburan di angkasa, tetapi adakah perlu semestinya bintang mengakui superioriti bulan dalam kontribusinya pada waktu malam? Adakah perlu sang bintang merasa kerdil dan terhina apabila pencahayaannya tidak secerah rembulan? Adakah dengan sebab cerahnya cahaya bulan itu, maka sang bulan atau sang bintang lain yang memperdewakannya berhak untuk memonopoli tafsiran tentang keindahan cahaya dan nilai jasa?

Kadangkala, kita terlalu memandang rendah orang lain hanya kerana tidak nampak jasanya, apatah lagi melihat bakat dan kebolehannya serta tempat yang sesuai untuk ia berprestasi. Kita memandang rendah terhadap orang itu kerana orang itu tidak seperti orang lain yang lebih ternama, lebih dominan dan lebih menonjol. Lantas, orang lain itu dijadikan piawaian ukuran untuk menentukan hebat atau tidak seseorang itu, berguna atau tidak seseorang itu dan berbaloi atau tidak seseorang itu. Contohnya, apabila kita menemukan seseorang itu pandai, maka kita jadikan dia sebagai aras penanda untuk menunjukkan orang itu pandai atau tidak. Kemudian, mana-mana orang yang tidak sama sepertinya seolah-olah orang itu tidak pandai dan bodoh. Malah, paling teruk sekali, kita rasa bahawa orang itu perlu tunduk mengikut dan mengalah dengan “orang pandai” yang kita jadikan sebagai dasar mutlak dalam pencontohan.

image

Inilah dia penyakit bias yang dinamakan “Kesan Kontras” (Contrast Effect). Penilaian kita berdasarkan orang yang sebelumnya yang telah kita nilai. Kita menilai orang yang seterusnya berdasarkan perbandingan orang yang sebelumnya, bukan piawaian yang independen yang tidak menyebelahi sesiapa jua. Pengkadaran orang yang sebelumnya akan meningkat apabila munculnya orang yang seterusnya yang kurang mewarnai. Begitu juga pengkadaran orang sebelumnya akan menurun apabila munculnya orang yang seterusnya yang lebih mewarnai berbanding orang yang sebelumnya.

Dalam To Aru Majutsu no Index III, episod 9 menceritakan bagaimana Kaori Kanzaki cuba membatalkan persangkaan salah Acqua terhadapnya dan penyesalannya dalam kesilapan yang dia buat dalam tanggapan terhadap kawan-kawannya. Ini katanya :

“Betul sekali. Aku memang ada kawan yang terluka ketika berdamping di sisiku. Dengan sebab itulah aku tinggalkan geraja Amakusa. Tetapi, tragedi ini bukan terjadi sebab mereka adalah lemah. Aku sebenarnya telah menganggap mereka ini lemah dan aku tidak percaya dengan kemampuan mereka. Entah mana dalam diri aku, aku telah memandang rendah terhadap mereka dan aku tidak membenarkan mereka berada di belakang aku. Kebongkakan ini, rasa superioriti ini, yang aku mahu lindungi mereka itulah tragedi yang sebenarnya! Sebab itulah aku akan atasinya. Aku percayakan mereka untuk berada di belakangku dan dengan setiap seorang antara kami memberikan sokongan bersama sepenuhnya, aku akan kembalikan semula gereja Amakusa”.

Kanzaki menyebutkan ini ketika berlaku pertempuran yang hebat antara Acqua, iaitu masing-masing di tahap Pendeta yang menyaksikan jurang kekuatan yang berbeza antara Pendeta dan pasukan biasa. Ia seperti jurang Mahaguru dengan amatur.

Apa yang ingin disampaikan di sini ialah walaupun Pendeta dan pasukan biasa masing-masing mempunyai jurang kekuatan yang berbeza, bukan bermakna pasukan biasa itu merupakan orang yang kerdil, hina, tidak berguna dan tidak boleh menyerlah dalam pertempuran. Mereka menyerlah dengan cara yang sesuai dengan mereka dan jika kena pada keadaan, boleh jadi sekecil-kecil kekuatan itu boleh menjadi senjata yang terkuat dalam mengalahkan musuh. Ia seperti permainan catur. Ya, memang Permaisuri mempunyai kelebihan yang sangat besar kerana banyak arah ia boleh bergerak, tetapi Bidak yang tidak punya kelebihan banyak pun boleh menjadi aset yang penting dalam mengepung pergerakan Permaisuri lawan jika digunakan dengan betul. Harap ini dapat mencantas penilaian secara Kesan Kontras supaya kita tidak terlalu membanding-bandingkan orang lain tanpa mengambil kira kebolehan yang sebenar dan sesuai bagi setiap individu..

Justeru, tidak perlu pandang rendah dengan orang lain hanya kerana ada perbezaan jurang antara seseorang dengan seseorang yang lain. Mungkin beza dari segi penonjolan dan populariti atau tempat yang ia bersinar, tetapi bakat dan kebolehan yang sejati boleh jadi sama setanding atau lebih baik. Sama ada belum masanya atau tempatnya tidak sesuai. Kalau mereka sendiri tidak tahu pun apa yang mereka boleh serlahkan, mungkin sahaja rezeki pada masa akan datang, ia boleh mengungguli kita tanpa kita jangka. Bakat dan kemampuan kita juga boleh tersusut sebab kita mensia-siakannya. Syukurilah kedudukan masing-masing.

Jika kau merasakan kau masih berada dalam keadaan orang yang tidak punya kebergunaan, maka tidak mengapa untuk akuinya. Dalam anime Tokyo Ravens, episod 23, cuba tengok apa yang Tenma Momoe katakan ketika menyusup masuk ke bangunan Onmyou untuk mendapatkan Kot Raven :

“Aku ini bengap, membosankan dan tidak beguna, tetapi sebab itulah aku mampu mencapai sejauh ini. Yang ada pada magik adalah ia bergantung kepada bagaimana ia digunakan dan ia juga boleh menjadi senjata. Teknik kepada mantera halimunan adalah menghilangkan kesedaran diri. Aku sangka ia bermaksud mengosongkan minda. Namun, ia bukan sebegitu. Sebenarnya ia adalah melihat diri kau sendiri secara objektif dan terima diri kau secara jujur. Aku akuinya. Aku sang kerdil terhadap mereka di sekeliling aku. Adakah itu sebab orang memandang rendah terhadap aku? Begitu juga berbaik terhadapku? Atau tidak mempedulikan aku? Tidak kira apapun, mereka tidak begitu perhatikan aku. Aku akan menyusup masuk melalui lompong yang terbuka”.

Tenma pernah mengeluh bahawa dia tidak berguna dan tidak begitu berbakat jika dibandingkan sahabatnya yang lain. Namun, dengan sebab kelemahan itu, dia berjaya mendapatkan Kot Raven sehingga tidak disedari orang yang bukan calang-calang di sekelilingnya seperti Kurashasi Kenji, Dairenji Shirou, Jin Ohtomo (cikgunya sendiri), Kagami Reiji, Ashiya Doman dan Iwao Miyachi! Sebab para Onmyouji di sana sibuk dengan pemangsa besar sehingga tidak begitu tumpu dengan makhluk kecil, akhirnya mereka tidak sedar Kot Raven telah dibolot sehinggalah ia telah terlambat untuk mereka. Jadi, jangan terlalu berlebihan sangat memandang rendah kelemahan yang ada pada diri. Kelemahan itu boleh jadi sebab untuk mengatasi dan berguna jika kena pada masa dan situasinya. Ia boleh jadi umpan yang mengalahkan musuh atau senjata yang mampu mengalahkan musuh tanpa sedar.

Meskipun begitu, janganlah dilupakan orang yang pernah membawa kita kepada level yang lebih tinggi dengan mengenang jasanya, menghargai pengorbanannya dan memberikannya kedudukan yang selayak dengannya. Sepertimana bulan seharusnya berterima kasih kepada mentari kerana dialah sumber cahaya untuknya, seperti itulah kita seharusnya membalas selayaknya dengan insan yang menjadi pendorong dan pemandu kepada tahap tersebut. Kadangkala, apabila kita sudah miliki kelebihan yang banyak, kita ingin bolot semuanya dan mendakwa bahawa itu semua adalah hasil usahanya tanpa memberikan kredit kepada mereka yang menyumbangkan tenaga untuk kejayaan itu. Demi kebanggaan diri, kita khianati pula teman dan mereka yang bersama kita. Kalau pun berjaya kerja kotor sedemikian, tetapi ingat, Tuhan Maha Pembalas yang adil bagi mereka yang tidak memberikan hak terhadap manusia dan membolot kejayaan secara zalim

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2813355715381670&set=a.2758594507524458&type=3&theater