Hal ini diperakui salah seorang murid besar bagi kedua-dua tokoh ini, Syeikh Maḥmūd Saʿīd Mamdūḥ pada hujung kitabnya al-Ittijāhāt al-Ḥadīṯsiyyah Fī al-Qorn ar-Rōbiʿ bahawa ini adalah yang dinyatakan jelas oleh keluarga al-Ġhumāriyy dan beliau juga bersama-sama sepakat dalam kepalsuannya.
Bagi Aswaja, sepatutnya penilaian ini diberi merit yang besar dan perlu diberi ambil perhatian yang berat kerana :
1. Al-Ḥāfiẓ Aḥmad al-Ġhumāriyy dan adiknya, al-Ḥāfiẓ ʿAbdullah adalah tokoh ahli hadis yang bukan calang-calang ulama dan dikenali kewibawaan ilmunya. Mereka tidak diberi al-Ḥāfiẓ sesuka hati sebegitu sahaja.
2. Kedua-dua mereka ini adalah mujtahid dan tidak terikat dengan mana-mana mazhab atau pendapat dalam mengemukakan dan mempertahankan pandangan mereka. Maka, penilaian mereka ini ada nilai pendasaran objektif dan terbebas dari bias.
3. Mereka berdua adalah ahli bait yang menanggung pengaruh besar dalam penerimaan sesuatu pendapat bagi Aswaja secara umum. Ahli bait menurut mereka sudah tentu akan membawa sunnah sebagaimana junjungan datuknya صلى الله عليه وسلم untuk diikuti.
4. Mereka berdua dan Syeikh Maḥmūd Saʿīd Mamdūḥ adalah tokoh rujukan dalam melawan wahabi dan mengkritik al-Albāniyy, di samping mereka bertiga ini adalah ilmuwan yang disegani. Sesiapa yang tidak mengenali mereka ini, maka sewajarnya dia tidak patut bergelumang dengan polemik bersama wahabi kerana tidak mengenali tokoh yang penting dalam arena perlawanan ini.
No comments:
Post a Comment