Itulah hakikatnya.
Setiap orang tanpa mengira keluarga, kawan, kenalan, orang yang kau peduli dan orang yang kau tidak peduli, orang jahat akan menyasarkan mereka apabila berkepentingan dan tugas seorang wira adalah melindungi mereka dari tangan jahat mereka.
Namun malang, realitinya wira tidak akan mampu selamatkan semua orang. Jika dapat pun, itu adalah bonus. Bajingan jahat pun bukan calang-calang orang. Mereka juga mahir berstrategi, mahir bertempur dan memiliki seni yang menyerlah. Lihatlah realiti! Pandanglah ke dunia nyata. Pasti akan ada yang terkorban.
Akhirnya, wira yang diimpikan bukanlah payungan keselamatan untuk seorang, tetapi wira adalah orang yang membetulkan keadaan. Itulah harga yang ditanggung oleh wira. Menanggung luka yang tidak tersembuh dan tidak terbayar hanya dengan sesalan.
Namun, wira juga adalah orang yang tidak akan berputus asa. Tidak akan berputih mata untuk berjuang. Tidak akan mengalah meski dikalahi beberapa kali.
“Hero adalah orang yang tidak teragak-agak untuk hulurkan tangan dan berlari sepantas yang boleh menuju kepada apa yg mereka ingin selamatkan. Jadi, apa yg ingin kau selamatkan dengan tangan kau? Jika kau tidak tahu, kau tidak akan mencapainya” - Accelerator (To Aru Kagaku no Accelerator, episod 11)
Dengan semat kepercayaan yang utuh, tiada apa yang mampu menghentikannya. Semangatnya kekal membara. Menyerlahlah ia walau di mana sahaja ia berada.
Tinggi setanding bintang.
Rendah sebanding intan.
Itulah wira. Rebah dan jatuh masih lagi gagah tangkas. Jika dia menyerlah, dialah terunggul dan terulung.
Biarpun ia menangis dan meratap atas kegagalannya, melihat nyawa dilumuri darah, dia tetap mara ke hadapan. Sebesar mana halangan pun, dia tidak akan patah harapan.
“Woi bajingan! Kau pernah dengar perkataan ini? MELANGKAH JAUH! PLUS ULTRAAA..!!” - All Might (Boku no Hero Academia, season 1, episod 12)
Itulah yang menjadikan wira sebagai seorang yang dikagumi. Menjadi inspirasi. Menjadi pujaan. Menjadi teladan. Menjadi sejarah yang terhebat penuh bermakna.
“Mereka gemilang bukan kerana mereka adalah hero, tetapi mereka adalah hero kerana mereka gemilang” - Mineta (Boku no Hero Academia, season 2, episod 23).
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2963560787027828&set=pb.100001218067654.-2207520000.1570260769.&type=3&theater

No comments:
Post a Comment