Friday, 5 June 2020

Apa Itu Nanatsu no Taizai? (Seven Deadly Sins)?

Ok, bagi yang baca manga atau tonton anime Nanatsu no Taizai atau bahasa Inggerisnya Seven Deadly Sins, apekebenda di sebalik nama ni? Saja-saja nama untuk anime atau ada cerita tersendiri? Ok, ini perkongsian aku serba sedikit.

Ya. Seven Deadly Sins atau bahasa Melayunya “Tujuh Dosa Berbahaya” adalah berasal daripada pengajaran Kristian. Ketujuh-tujuh tersebut adalah sepertimana yang terdapat dalam gambar.

image

Ia tidak ada secara langsung dalam Bible atau dengan kata lain tidak ada sebutan langsung tentang “Tujuh Dosa Berbahaya” secara eksplisit, tetapi intipatinya diambil daripada situ. Ada bunyi lain menurut beberapa sumber, tapi lebih kurang maknanya seperti “Seven Capital Sins” (Tujuh Dosa Maut) atau “Seven Cardinal Sins” (Tujuh Dosa Kardinal) atau “Seven Chief Sins” (Tujuh Induk Dosa). Tapi, nama “Deadly Sins” menjadi pilihan dan mendapat tempat yang meluas.

Pengajaran ini pada mulanya dikategorikan kepada 8 jenis yang dibuat oleh Evargius Ponticus pada sekitar abad ke-5. Dalam risalahnya, “On the Eight Thoughts”, dia senaraikan lapan pemikiran yang jahat atau pemikiran “syaitan” yang memburu dan mengganggu para pertapa (hermit). Hasil risalahnya pada dasarnya adalah katalog masalah dan godaan yang dihadapi oleh para pendeta pada masa itu. Setiap satunya dikepilkan bersama ayat Bible yang digunakan sebagai penguat dalam penentangan.

Kemudian, ia diringkaskan menjadi tujuh oleh Pope Gregory I pada abad ke-6 dalam karyanya “Moralia in Job”. Tujuan penyenaraian ini adalah untuk mengingatkan kepada setiap penganut agar berhati-hati dengan dosa besar yang utama, iaitu dosa yang layak diheret ke neraka. Sepanjang zaman Pertengahan dan erta Tridentine, banyak hasil karya teologi dan pengakuan (confessional) berstruktur sekitar tujuh dosa berbahaya ini. Bersama dengan 10 Rukun (Ten Commandments), ia adalah salah satu model popular dalam perbincangan tentang etika dan ujian kesedaran (examination of conscious).

Kesemua dosa ini dikategorikan kepada tujuh kerana bagi mereka kesemua tujuh ini adalah penyebab utama atau pendorong kepada kerosakan, kejahatan dan dosa lain yang mencemarkan penganutnya. Ia dimasukkann dalam senarai Capital Sins, iaitu dosa besar. Capital Sins ini dosa yang lebih berat daripada Venial Sins, dosa kecil. Diampunkan jika penganutnya membuat pengakuan kepada paderi.

Dosa ini ada penawarnya dan ia perlawanan yang tujuh, dinamakan sebagai “Seven Holy Virtue” (Tujuh Kebaikan Suci) atau nama lain seperti “Seven Heavenly Virtue” (Tujuh Kebaikan Syurgawi) atau “Seven Contrary Virtue” (Tujuh Kebajikan Yang Berlawanan). Tak kiralah apa namanya atau nama yang disenaraikannya, isinya mengandungi tujuan yang satu, iaitu membasmi dosa tersebut. Sifat tersebut iaitulah :

(1) chastity (memelihara diri) lawan kepada lust,

(2) abstinence (berpantangan) iaitu lawan kepada gluttony,

(3) liberality (kemurahan hati), lawan kepada greed

(4) diligence (tekun) lawan kepada sloth,

(5) patience (kesabaran) lawan kepada wrath,

(6) kindness (budiman) lawan kepada envy,

(7) humility (rendah diri) lawan kepada pride.

Ada juga idea lain yang dipersembahkan dalam mengekang dosa ini seperti “The Theological Virtues” (Kebaikan Berteologi) atau “The Four Cardinal Virtues” (Empat Kebaikan Kardinal). Apapun, ia tetap bertujuan untuk memberi tunjuk ajar tentang cara mengalahkan dan membenamkan dosa itu daripada mengotori penganutnya.

Rujukan :

(a) https://www.christianity.com/wiki/sin/what-are-the-seven-deadly-sins.html

(b) https://www.britannica.com/topic/seven-deadly-sins

(c) https://www.crosswalk.com/faith/spiritual-life/how-to-fight-the-7-deadly-sins-with-confidence.html

(d) http://www.danteinferno.info/7-deadly-sins.html

(e) http://changingminds.org/explanations/values/seven_virtues.htm

(f) https://susielewis.wordpress.com/2015/06/12/research-dantes-inferno-and-the-seven-deadly-sins/

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2948013978582509&set=pb.100001218067654.-2207520000.1570260769.&type=3&theater

No comments:

Post a Comment