Ingat lagi kalau kita panjat pokok yang tinggi, ibu akan marah menjerit, “Haa… panjatlah! panjat lagi!”…? Ibu tidak suruh kita turun atau tengking kita habis-habisan. Tapi, adakah ibu suruh kita panjat lagi? Adakah semata-mata itu?
Sebenarnya tidak. Tetapi di sebalik suruhan itu adalah suruhan untuk panjat supaya kita panjat lagi, lalu kita terjatuh ke tanah. Masa itu, kita serik untuk tidak panjat lagi. Ibu sengaja menyuruh, tetapi pada masa yang sama kita belajar daripada kesakitan yang kita dapat nanti apabila jatuh.
Ada kenalan cerita pada aku bahawa dia mahu sertai satu perniagaan yang menjana pendapatan tambahan. Masa itu dia baru sahaja menjadi siswa untuk sebuah universiti.
Dia pun cadang kepada ayahnya untuk dia sertai perniagaan itu. Ayahnya mengizinkannya sebegitu sahaja tanpa banyak bicara dan ayahnya memberikannya RM 100 untuk pembayaran penyertaan.
Dia juga berkata ayahnya seorang penasihat kewangan untuk syarikat yang memerlukan khidmatnya, aneh kalau ayah tidak soal siasat untuk hal ini.
Selepas bayar, barulah dia tersedar bahawa perniagaan itu adalah scam. RM 100 yang dibayar rugi macam tu sahaja. Dia pelik mengapa ayahnya langsung tidak memberi apa-apa nasihat apabila melibatkan duit?
Dia kata, lama-kelamaan dia belajar sesuatu bahawa peristiwa itu menjadikan dia serik dengan “bisnes yang menjana pendapatan sampingan”. Masa itu, kalau ada sesiapa yang ingin tawar dan ajak untuk sertainya, telinganya automatik jadi pekak dan secara sendirinya dia buat tidak peduli walaupun itu dari kawannya.
Masa itu juga dia sedar bahawa ayahnya memberi RM 100 untuk “yuran” dia belajar sesuatu tentang kehidupan. RM 100 itu bukanlah pembayaran sia-sia pada akhirnya, tetapi pelajaran berguna.

Itulah sebab Hermes sengaja berkomplot dengan pengembara (adventur) yang lain untuk belasah Bell Cranell cukup-cukup. Komplotnya adalah Hermes bersepakat dengan kumpulan pengembara lain untuk culik dewinya. Untuk membebaskan dewinya, Cranell perlu kalahkan pengembara tersebut. Masa inilah Cranell dibelasah.
Bagi Hermes, Bell Cranell terlalu baik sehingga tidak menyedari hakikat wajah sebenar yang ada pada manusia. Hermes menjadikan komplot ini sebagai pengajaran langsung untuk Bell Cranell agar tidak terlalu sangka baik atau bersikap apologetik dan terlalu peramah dan pemurah dengan semua manusia.
Begitu juga dalam anime Ajin. Sato sengaja tidak menyelamatkan Kei Nagai apabila diserang pihak berkuasa dan sengaja melambat-lambatkan untuk selamatkan Kei Nagai apabila dalam tahanan yang menyeksakan. Sato mahu Kei Nagai belajar tentang realiti gelap yang ada pada pihak berkuasa terhadap mereka yang memiliki kuasa Ajin.
Masa itu juga, Sato ingin tanamkan semangat benci yang mendalam di jiwa Kei Nagai melalui peristiwa penahanan itu terhadap pihak berkuasa supaya dia boleh mulakan revolusi dan pemberontakan..
Aku tidaklah kata komplot ini dibolehkan untuk setiap masa atas alasan untuk mengajar seseorang atau kumpulan. Ya, mereka perlu belajar walaupun secara paksa dan kasar, tetapi bukanlah dengan cara sebegini.
Apa yang aku mahu beritahu adalah katakan kalau berlaku sebegini dalam kehidupan seseorang, kita belajarlah sesuatu daripadanya. Itu sahaja. Bukan untuk menjustifikasikan bolehnya berkomplot.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2983579918359248&set=pb.100001218067654.-2207520000.1571036236.&type=3&theater
No comments:
Post a Comment