Friday, 5 June 2020

Hakikat Dan Nilai Moral Pengkhianatan Dalam Perang

Cakap pasal pengkhianat untuk suasana baru-baru ini, tiba-tiba teringat pula pada babak ini. Di mana Enrico Maxwell khianat pasukan Britain untuk bekerjasama dalam menentang tentera puntianak Nazi, tetapi Maxwell serang Britain.


Cuma apabila kita berbincang tentang kebijaksanaan permainan politik dan strategi perang, perbincangan moral; baik dan buruk kadang agak tidak diberi perhatian. Pengisian lebih menumpukan kepada aspek bagaimana seorang pemimpin atau strategiwan (strategist) dapat outsmart musuhnya yang di luar persangkaan dan di luar apa yang mampu difikirkan. Kita terpesona dengan kelicikan dan selok belok muslihat yang digerakkan supaya tercapai cita-citanya.

Sekarang faham mengapa Alexander Anderson mengatakan "Berbanding kita menyusahkan diri untuk mengelakkan hal itu berlaku, ia adalah langkah yang patut dipuji". Begini, dalam berbicara tentang menjadi pihak pemenang, sudah tentu ahli politik atau strategiwan akan merangkul apa sahaja supaya capai cita-cita tersebut. Untuk mendapat sokongan dan kepercayaan, pembuktian adalah penting supaya semua yang dipimpin tidak akan disia-siakan perjuangannya. Sebab itu, apabila khianat boleh meraih kesemua itu, maka ia adalah langkah yang dianggap terpuji memandangkan mereka sudah mendapat dan jamin apa yang mereka mahu.

Anda tengok situasi politik kita hari ini. Bagaimana pengkhianatan telah menjadi suatu cerita yang menakjubkan buat para penonton dan bagaimana ia boleh menjadi "bermoral" unuk jatuhkan pihak yang lain.

Sebab itu kadangkala apabila kita menzahirkan rasa kagum dengan ketangkasan akal seseorang dalam bermain bidak catur pertempuran ketika kita mewacanakannya, bukan bermakna kita melupakan kejahatan yang ditanggung sepanjang sejarah hidupnya. Kita belajar sesuatu daripadanya sama ada supaya sejarah tidak berulang lagi kepada kita atau mengenalpasti untuk menangkis kelicikan itu atau apa sahaja yang audiens mahukan.

Apapun, bajingan yang bijaksana lebih memperoleh kenamaan berbanding sang wira yang dungu.

No comments:

Post a Comment