Sunday, 13 December 2020

Ulasan Pada Anime Quanzhi Gaoshou

Saja nak menonton anime made in China. Nak tengok macam mana.

Bagi aku, agak memuaskan. Sebab ada tiga perkara yang aku fikir agak lain daripada anime biasa yang lain.

i) Mengangkat E-Sport ke tempat yang tinggi.

Selalunya kalau cerita tentang game, mesti ia adalah permainan yang hanya dimain untuk loser, anti-sosial dan orang yang terpinggir atau menganggap gaming ini adalah benda yang tidak berfaedah langsung.

Cuma anime ini agak berbeza. Gaming dinaratifkan sebagai permainan yang popular sehingga boleh menjadi terkenal seperti artis dan selebriti. Malah, ada slot berita khas untuk E-sport dan berita E-sport juga ditayangkan di skrin besar bangunan seolah-olah seperti membuat liputan tentang artis terkenal.

Bila persaraan Ye Qiu, nampak jelas bagaimana anime ini ingin mempamerkan bahawa gaming bukan sesuatu untuk kelas rendahan. Ramai orang menangisi dan sedih setelah diumumkan berita. Seolah-olah seperti selebriti bola sepak terkemuka. Sampai sebegitu sekali martabat gamer diangkat.

ii) Tiada adegan ecchi.

Siapa yang biasa tengok anime, mesti ada babak ecchi. Walaupun bukan bawah genre ecchi, adegan itu mesti ada walaupun tidak signifikan.

Cuba sesiapa beritahu, apa nama anime yang tidak ada babak ecchi walau satu saat pun? Hanya beberapa sahaja.

Akan tetapi, anime ini langsung tidak ada paparan sedemikian. Bagi aku, agak bagus juga buat sesuatu yang kelainan yang bersih dari unsur ecchi. Ternyata jelas bahawa tanpa ecchi pun, boleh menghasilkan anime yang bagus.

iii) Pemimikan Isekai Dengan Konsep Mudah

Sebelum itu, anime ini tidak dikateogrikan dalam genre isekai. Cuma, ada kewujudan pemimikan isekai. Maksud "pemimikan" di sini adalah cara menghubungkan dunia nyata dan "isekai". Dengan kata lain, game yang dimain dalam anime ini dimimikkan sebagai isekai.

Kadangkala, untuk ke isekai, kebiasaannya sama ada dengan kematian karakter utama atau menggunakan alat tertentu atau menggunakan konsep yang agak memeningkan minda. Ini supaya tidak menonjolkan ketidakserasian logik naratif dalam latar belakang penceritaan.

Anime ini pula tidak perlu susah payah dengan semua itu. Tak perlu kematian karakter utama atau guna alat tertentu atau konsep macam-macam supaya tampak logik perhubungan antara dunia nyata dan isekai. Cukup dengan komputer di hadapan dan karakter game, kemudian apa yang dimainkan dalam game itu dimimikan isekai itu.

Dengan kata lain, seolah-olah karakter yang hidup dalam dunia nyata itu berhubung dengan dunia game secara langsung dan seolah-olah karakter itu hidup dalam dunia game itu seperti dalam isekai. Ini maksud saya bagi "pemimikan".

Tak perlu nak konsep pelik-pelik atau suatu peristiwa atau alat untuk nampak memisahkan dunia nyata dan isekai. Cukup dimimikkan sahaja.

---------

Cuma, dua perkara yang agak memusykilkan aku yang susah untuk memberi refleksi dalam anime tersebut.

Satu, Ye Xiu adalah sosok yang terkenal dan no. 1. Bila dia umumkan bersara, takkan dia tidak ada telefon langsung untuk dihubungi? Malah, takkan tak ada sesiapa pun meski dari team yang lain yang datang untuk jenguk?

Nak cakap nak buat naratif bahawa ia adalah zaman awal 2000-an sebegitu pun tak padan juga sebab telefon dalam anime pun adalah touch-screen. Jadi, agak boleh terimakah kalau tidak ada telefon langsung?

Macam mana orang yang terkenal no. 1 tak ada telefon langsung? Macam mana dia berhubung dengan teammate dia? Boss dia? Kawan-kawan dia?

Kedua, Ye Xiu yang sentiasa mendapat no. 1 dan terkenal, takkan tak ada langsung gambar dia sama ada dari media atau curi-curi dari orang sehingga orang boleh recognize wajah dia?

Apabila dia curi-curi masuk ke arena All-Stars Competition untuk menggantikan Tang Rou dan kedengaran suara dia di speaker, takkan tak ada orang, even dari pemain pro sekalipun recognize tu suara dia?

Bagi aku ini, ini ketidakserasian logik naratif pada anime ini. Kalau Ye Xiu memang seorang yang mengekalkan anonymity, takkanlah sampai tahap macam ini? Tak mungkin.

--------

Season 1 lebih memfokuskan dunia gaming, season 2 nampak refleksi yang seimbang antara dunia nyata dan gaming.

No comments:

Post a Comment