
Masa mula-mula aku tengok anime ini -rasanya masa aku sekolah menengah 9 tahun dulu-. bila dengar perkataan ini macam tak ada rasa apa. Malah, tengok berulang kali pun rasa sama sahaja. Boleh sekali lalu macam tu je.
Namun, selepas tonton seberapa banyak anime (atau setelah beberapa lama melalui pengalamanbelajar dan bekerja), perkataan simple macam ni seolah-olah bagi “bekas” dan “kekuatan” rasa. Terutamanya selepas aku tonton Danmachi season 2 dan Toaru Kagaku no Accelerator, ada babak tu membuatkan kata-kata ini tiba-tiba terlintas kuat. Dan perasaan aku bila terlintas kata-kata ini tak sepertimana dulu. Seolah-olah barulah aku nampak pemaknaan kata-kata ini.
Sebab itu kadangkala satu perkataan tidak sama tahap penghayatannya pada pendengar apabila berada di perspektif, suasana dan pengalaman berbeza. Kita kadangkala tidak dapat rasa penghayatan itu bukan kerana hati kita mati, tetapi mungkin sahaja kita berada di kondisi, dimensi dan senioriti yang tidak korelasi.
Persoalan: “Mengapa kita perlu lindungi sejarah?” - Toushirou Yagen (Touken Ranbu: Real-live movie adaptation)
Kita mungkin anggap ini sekadar persoalan hendak main falsafah, tetapi cuba bayangkan kau hidup di zaman dunia kau miliki mesin masa. Tak kisahlah dunia Doraemon, Touken Ranbu, Steins atau lain-lain. Di zaman itu, kau boleh tukar dan ubah sejarah dengan kemampuan kau dan apa yang kau mahu.
Bayangkan, kesan soalan ini yang akan diterima oleh audiens pada zaman itu. Tentu sahaja audiens akan merasakan ia adalah persoalan sangat “dahsyat” dan “serius”. Tidak akan sama sekali sama dengan keadaan kita sekarang apabila mendengar persoalan ini. Jadi, jawapan yang akan diberikan, dibincangkan atau diperdebatkan barangkali tidak akan sama kehangatannya sepertimana keadaan kita sekarang.
Sebab itu, kadangkala ketika kita ingin membaca buku atau mendengar nasihat atau memberi nasihat, kita perlu dapatkan “mood” yang betul atau sesuaikan pendekatan kita dengan keadaan kita sekarang. Supaya penghayatan dan pemaknaan itu boleh membumi ke dalam jiwa.
“Aku selalu sahaja mencintaimu”
Takkan sama pemaknaan itu saat kita di jinjang pelamin, berbulan madu, saat ditimpa tribulasi, saat kekasih saling berargumentasi dan ketikamana kematian kekasihnya. Pengalaman juga akan mengajarkan makna perkataan itu.
Kita mungkin ambil masa untuk faham sesuatu perkataan. Jangan risau. Di mana ada kemahuan, di situlah jalannya. Kalau kita tulus dan bersungguh untuk faham, pasti pintunya akan terbuka.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2965536373496936&set=pb.100001218067654.-2207520000.1570260769.&type=3&theater
No comments:
Post a Comment