Saya pun tak dapat nak beri jawapan yang pasti. Saya dulu ketika mula belajar mengalami fasa “tersesat”. Lima tahun juga lamanya saya dalam fasa itu. Masa tu dah tahu dah istilah majrur, mansub, isim musytaq dan pekebendanya lagi. Tapi, masalahnya bila buka kitab tak ada baris, kepala pening macam mana nak baris dan i'rab. Entah bila nak bubuh tanwin ataupun tidak, bila nak majrur dengan ya atau alif, apa ke jadahnya hat tu mamnu’ min as-sorof, amende fi'il mudhori’ tu mansub dengan fathah muqaddaroh dan macam-macam kekusutan melanda ketika cuba praktikkan kemahiran yang telah dipelajari secara teori. Kesesatan itulah dibawa selama lima tahun.
Sehinggalah saya belajar dengan kaedah yang dirintis oleh Ustaz Rusdi Alias selama 10 hari. Zaappppp!!! 10 hari terus saya dah masuk level baru. Kali ni pusing kat mana pun, takkan tersesat. InsyaAllah. Boleh jumpa mana pangkal hujung. Ye, mungkin sampai sekarang masih ada lorong dan kawasan belum diteroka lagi dan tak diketahui, tapi kalau dibawa ke sana pun, takkan keliru mana masuk keluar. InsyaAllah. Seolah-olah ada “automated GPS” dah di-set dalam otak. Alhamdulillah. Rasa lega tu macam bila dengar ending lagu Linkin Park yang bertajuk Crawling. Cubalah dengar. Lagunya seolah-olah mula-mula dihantu rasa sakit menderita diakhiri dengan kelegaan dan kebebasan dari belenggu. Macam tu lah perasaannya.
Jadi, takkan nak simpulkan kaedah pembelajaran yang memainkan peranan penting? Susah juga. Sebab sebelum belajar dengan ustaz Rusdi, saya dah tahu istilah-istilah nahu, bentuk tasrif dan dah mampu merujuk kamus Arab (bukan kamus yang bermanhaj Oxford biru atau at-Thullab, tapi kamus yang semanhaj dengan al-Marbawi). Jadi, saya tak dapat nak berikan jawapan yang tepat untuk hal ini walaupun ada kecenderungan bahawa sebenarnya bukan bahasa itu yang susah, tetapi kaedah pembelajaran itu yang payah. Nak juga buat eksperimen untuk uji dan buktikan hipotesis ni. Tapi, eksperimen ni agak kejam sebab memperguna sebahagian manusia sengaja untuk dipeningkan untuk membuktikan keabsahan hipotesis.

Apapun, saya ada teringat kata Ustaz Ashafizrol dan saya ingin kongsikan kata-kata beliau kepada sahabat semua agar terbuka minda sikit: “Kalau keldai yang tak ada akal pun diajar 5 6 kali boleh faham, takkan manusia ada akal belajar 5 6 kali tak faham?”.
Dan ini memang terbukti. Rakan sekelas saya yang kebanyakannya golongan pencen dan sudah bercucu yang tiada latar belakang pengajian agama dan tak pernah ada pengetahuan tentang bahasa Arab tetap boleh mampu untuk bersaing dengan STAM dalam kemahiran bahasa setelah lebih 10 tahun belajar tanpa henti. Tafsir al-Wajiz karya Wahbah az-Zuhaili, kalam hikmah ulama’, buku usul fiqh, ulum al-Quran dan mustholah hadis boleh mereka baca dalam bahasa Arab yang tidak berbaris, i'rab dengan betul dan cadangkan makna dengan tepat. Semua ini takkan diperoleh kalau mereka dari dulu tak mahu teruskan mengerah usaha.
Jadi, jangan terus momokkan dalam diri bahawa bahasa ini susah dan berhenti. Teruskan belajar dan belajar. InsyaAllah. Jalan kan terbuka bagi mereka yang tulus untuk menggapai kefahaman.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2542818185768759&set=a.2757481107635798&type=3&theater
No comments:
Post a Comment