Terima kasih kepada saudara Aḥmad ʿAqīl Akbar bin Zayd kerana menghasilkan muka depan bagi buku ini dan juga cop digital. Sesiapa yang ingin mendapatkan khidmat penghasilan muka depan buku dan cop yang berkaligrafi, boleh hubunginya.
Sekilas Penghasilan Tsabat Saya
Boleh lihat sekilas versi prototaip di : https://anyflip.com/ywglp/xenw/
Tidak ada versi cetakan kerana di dalamnya penuh dengan hiperpautan yang menghubungkan beberapa halaman yang lain yang ada dalam buku ini sehingga buku ini hanya dapat dimanfaatkan secara digital sahaja.

Buku ini juga akan dikemas kini dari semasa ke sama kerana belum dikatakan lengkap dan ditambah baik dari semasa ke sama. Saya akan memaklumkan kemas kini bulanan dan tahun pada muka depan buku supaya mereka yang ingin memanfaatkan buku ini ambil cakna tentang edisi yang mereka rujuk.
Projek ini sememangnya projek jangka masa panjang yang hanya akan terhenti sehingga saya meninggal dunia -semoga diakhiri dengan kematian yang baik- atau ketika sampai fasa yang saya tidak mungkin lagi akan mendapatkan isnad yang tinggi yang mungkin ketika itu usia saya adalah usia sepuh.
Buku ini adalah percuma sahaja untuk semua, lebih-lebih lagi yang ada kepentingan untuk riwayat. Saya tidak mendapat apa-apa dana dan biaya untuk menghasilkannya. Cuma, kalau ada bayaran pun, ia adalah sebab untuk upah kelas atau majlis sahaja. Tiada kena mengena dengan karya ini.
Dahulu, buku ini dinamakan Ṣufuḥāt Fī Marwiyyāt Wa Ijāzāt (صُفُحَات فَي مَرْوِيَّاتٍ وَإِجَازَاتٍ), iaitu beberapa lembaran pada yang diriwayatkan dan ijazah yang mana saya hanya bercadang untuk hanya menghasilkan terhad sekadar 200 muka surat sahaja.
Buat masa sekarang, saya tidak akan mengijazahkan secara munāwalah (penyerahan)[2] dengan versi prototaip ini kepada sesiapa, terutamanya mereka yang mendapat ijazah ʿāmmah daripada saya yang telah menghabiskan kelas kemahiran pembacaan bahasa Arab (KEMBARA) bersama saya yang mana saya menjanjikannya kepada mereka yang menghabiskannya dengan jayanya, iaitu menjadi pembaca yang independen yang berkemahiran atau kepada mana-mana penerima ijazah yang layak.
Cuma, saya tetap menerbitkan prototaip terlebih dahulu sambil mengemas kini dari semasa ke semasa kerana sebahagian orang bertanya tentang periwayatan saya pada ijazah yang saya peroleh dan ingin semak apa yang saya ada.
Buat masa sekarang, versi prototaip ini menampilkan sekilas tentang apa yang saya telah peroleh, apa yang sah riwayatnya dari saya melalui masyayikh ijazah yang saya terima, masmūʿāt saya dan pentakhrijan beberapa riwayat daripadanya.
Banyak lagi kelebihannya yang seseorang boleh mendapatkannya sendiri dengan menelaahnya sendiri.
Sebab Saya Menghasilkan Tsabat Untuk Saya Sendiri
Seterusnya adalah saya sentiasa mendapat pesanan, khususnya syeikh ijazah atau musnid tempatan atau yang dijemput dari luar negara sebagai musnid bagi majlis tempatan untuk menghidupkan majlis riwayat dan ijazah. Mereka akan mengingatkan perkara ini sama ada di permulaan majlis atau di akhir majlis.
Cuma, saya jarang untuk menemukan pesanan ini di majlis yang diadakan di luar negara. Saya faham mengapa ada perkara ini berlaku.
Ini kerana di Malaysia atau di nusantara secara umum, majlis riwayat dan ijazah amat terpencil dan jarang untuk ditemukan. Suasana sangat malap, kelam dan tidak diberi perhatian yang serius sehingga seolah-olah jika dua bulan tanpa ada apa-apa majlis ini tidak dirasakan apa-apa.
Sangat berbeza di negara Arab dan jajaran Urdu yang adanya rutin harian atau mingguan atau bulanan sehingga masyayikh ijazah atau musnid yang dijemput tiada keperluan untuk menyampaikan pesanan ini kerana sudah ada kegiatan aktif dan pesat tanpa perlu risau tentang produktiviti aktiviti ini.
Bukti pasifnya kegiatan di negara kita untuk majlis ini adalah untuk mendapatkan al-Musalsal Bil Awwaliyyah di negara sendiri pun seolah-olah perlu cari di ceruk kampung dan di perut bumi.
Saya pernah melihat poster untuk suatu majlis yang ada font tulisan besar bahawa ditawarkan ijazah al-Musalsal Bil Awwaliyyah dari seorang shaykh yang dijemput seakan-akan ia adalah tawaran istimewa walaupun kitab yang dibaca atau yang dibedah atau yang disyarah tidak diperoleh ijazahnya pun.
Saya hanya mampu tepuk dahi dan geleng kepala menzahirkan rasa terkilan betapa negara kita ini sangat kering untuk mendapatkan al-Musalsal Bil Awwaliyyah.
Padahal, di majlis luar negara, al-Musalsal Bil Awwaliyyah seakan-akan cenderamata yang pelancong pun boleh mendapatkannya di kedai tepi jalan. Sangat mudah untuk mencarinya, mengutipnya dan mengumpulkannya.
Saya sudah mendengar penyebutan al-Musalsal Bil Awwaliyyah ini entah berapa puluh kali dari lafaz masyayikh dan musnidin. Jika ia pertama kali dibacakan di hadapan masyayikh atau musnid, saya sudah mendengar pembacaannya di hadapan beberapa ratus yang berbeza. Cuma, sempat atau rajin untuk merekodkannya atau tidak. Itu sahaja.
Saya tiada niat untuk membesarkan diri ketika penyebutan ini. Saya cuma ingin menzahirkan rasa keanehan dan persoalan pada kenapa sangat berbeza kadar kesenangan pencarian al-Musalsal Bil Awwaliyyah ini antara negara luar dan negara kita.
Saya mengambil berat pada pesanan masyayikh dan musnid yang mengijazahkan kepada saya, lebih-lebih lagi jika ia adalah program di nusantara di samping saya tidak mengenpikan dan memencilkan dirayah dan pengajian.
Itulah sebabnya pengijazahan saya adalah melalui KEMBARA dengan mempraktikkan pembelajaran melalui kitab sebelum mendapatkan ijazah daripada saya.
Majlis riwayat dan ijazah yang saya mengadakannya di luar KEMBARA pun saya tidak hanya sekadar jadi batu tunggul dan hanya bercakap untuk pengijazahan di akhir majlis.
Jika ada keperluan untuk ulas atau syarah atau kongsi, saya akan melaksanakannya. Bahkan, jika perlu membuka kepada perbincangan atau kritik pun, saya mengalu-alukannya. Ini semua supaya majlis tidak dilihat mengesampingkan dirayah dan kefahaman.
Periwayatan sememangnya tidak seberat kepentingannya berbanding dirayah dan ini sama sekali tidak dinafikan. Namun, bukan bermakna seseorang perlu mengabaikan periwayatan hanya sahaja ia tidak sepenting dirayah. Jika dapat disertakan bersama, tentu sahaja ia lebih baik.
Tradisi periwayatan tetap berjalan sepanjang zaman dan ia ada signifikasi yang besar dalam sejarah. Tidak ada kitab biografi para ulama melainkan direkodkan kitab yang dibaca di hadapan syeikh atau didengar bacaan atau berapa kadarnya sama ada secara penuh atau secara kebanyakannya atau hanya beberapa yang sedikit. Begitu juga direkodkan siapa yang mengijazahkannya jika tiada pembacaan atau dengar di hadapan syeikh.
Seseorang boleh memulakan langkah untuk mengambil tahu signfikasi tradisi ini dengan membaca ad-Duror al-Kāminah Fī Aʿyān al-Miʾah aṯs-Ṯsāminah Fī karya al-Ḥāfiẓ Ibn Ḥajar al-ʿAsqolāniyy dan aḍ-Ḍowʿ al-Lāmiʿ Li Ahl al-Qorn at-Tāsiʿ karya al-Ḥāfiẓ as-Sakẖōwiyy[8].
Ini sememangnya tidak mengharainkan kerana kita sendiri yang berpijak pada zaman ini pun sudah melihat di hadapan mata sendiri tentang kurangnya kepedulian masyayikh, musnid, guru dan asatizah di sini untuk merekodkan dan memperkasakannya.
Kadangkala, ketiadaan anjuran majlis periwayatan ini boleh dibiarkan berbulan-bulan tanpa rasa apa-apa bersalah. Apatah lagi serius untuk mendokumentasikan riwayat dan pengijazahan.
Saya berharap penulisan saya ini sekurang-kurangnya adalah khidmat kepada masyayikh ijazah saya yang telah menghargai saya dengan pengijazahan dengan merekodkan periwayatan mereka dan kitab-kitab mereka agar para pembaca boleh mengambil manfaat daripadanya.
Saya tidak mahu periwayatan di tanah Malaysia yang tercinta ini ini menjadi lenyap dan terkubur bersama tuannya yang salah satu faktornya adalah kerana tuannya sendiri yang tidak ada warisan legasi untuknya dan tiada tekad yang kuat untuk merealisasikannya.
Bandingkan sahaja keaktifan kegiatan majlis ini dan pembukuan tsabat di negara kita dengan negara Arab dan yang di jajaran Urdu.
Saya berharap ini adalah usaha untuk diri saya sendiri dalam melestarikannya dan membumikannya di tanah ini sehingga ia subur dan buahnya dipetik oleh orang yang mengharapkannya.
Bukti yang nyata adalah di tanah air kita ini, walaupun sudah ada dokumentasi tentang tsabat dan periwayatan, siapakah yang benar-benar memberi perhatian kepada ini?
Kemudian, antara faktor besar untuk saya menjalankan penghasilan tsabat ini adalah kerana saya adalah orang awam dan tidak ada apa-apa kelebihan besar pun dengan para ulama. Namun, saya mengharapkan agar saya juga dapat menyebarkan manfaat kepada orang yang mengharapkannya melalui periwayatan.
Antara manfaat yang saya ingin sebar adalah dengan dua bentuk. Yang pertama adalah jika Allah mentakdirkan saya untuk panjang umur, maka isnad saya akan menjadi tinggi dan segala puji bagi Allah kerana saya memiliki beberapa daripadanya walau untuk zaman ini.
Ini adalah yang terjadi pada Abū al-ʿAbbās Ibn ašh-Šhiḥnah al-Ḥajjār yang merupakan salah seorang awam yang berumur panjang yang lebih 100 tahun[10]. Dia mendengar Ṣoḥīḥ al-Bukẖōriyy daripada Ibn az-Zabīdiyy pada 630 Hijrah.
Namun, orang ramai dari kalangan para imam dan huffaz, apatah lagi yang lebih rendah darjatnya berkejaran untuk mendapatkan isnad daripadanya pada 730 Hijrah disebabkan tingginya isnad ini. Perkara ini disebutkan oleh al-Ḥāfiẓ as-Sakẖōwiyy dalam Fatḥ al-Muġhīṯs Šharḥ Alfiyyah al-Ḥadīṯs.
Sekalipun orang awam, tetapi kerana faktor usia panjang dan mungkin sahaja faktor kesolehannya yang dipuji seperti yang disebut oleh al-Ḥafiẓ Ibn Ḥajar al-ʿAsqolāniyy dalam ad-Duror al-Kāminah Fī Aʿyān al-Miʾah aṯs-Ṯsāminah, orang ramai tetap memanfaatkannya dengan mengambil riwayat daripadanya.
Sebegitu juga Muḥammad bin Fahd al-Hāšhimiyy al-Makkiyy dalam Muʿjam ašh-Šhuyūkẖ pun mengambil riwayat daripada orang yang buta huruf seperti Ibrōhīm bin Muḥammad bin Yūnus al-Maġhribiyy al-Ḥalabiyy yang dikenali dengan Ibn aḍ-Ḍuʿayyif dan ditambah pula dikenali dengan sebagai orang yang soleh.
Saya berharap saya termasuk dalam apa yang Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda:
خَيْرُ النَّاسِ مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَحَسُنَ عَمَلُهُ
"Sebaik-baik orang adalah orang yang panjang umurnya dan baik amalannya". [Riwayat at-Tirmiḏziyy].
Bentuk yang kedua adalah jika umur saya tidak panjang, saya berharap penulisan saya meninggalkan beberapa info tentang periwayatan yang dapat dimanfaatkan oleh penerima ijazah atau para pembaca.
Contohnya adalah mungkin seseorang itu pernah mendapat ijazah daripada seseorang syeikh, tetapi tidak tahu apa riwayatnya dan apa karyanya. Saya berharap dengan apa yang saya kongsi dalam buku ini, dapatlah mengongsikan apa yang para pembara berhajat kepadanya.
----------------
Berminat untuk menyertai kelas kemahiran pembacaan bahasa Arab bersama saya agar dapat membaca dan memahami karya penulisan ulama, di samping untuk mendapatkan ijazah untuk ribuan kitab?
Hubungi saya di pautan yang dilampirkan di ruangan komen.
Buku ini adalah percuma sahaja untuk semua, lebih-lebih lagi yang ada kepentingan untuk riwayat. Saya tidak mendapat apa-apa dana dan biaya untuk menghasilkannya. Cuma, kalau ada bayaran pun, ia adalah sebab untuk upah kelas atau majlis sahaja. Tiada kena mengena dengan karya ini.
Dahulu, buku ini dinamakan Ṣufuḥāt Fī Marwiyyāt Wa Ijāzāt (صُفُحَات فَي مَرْوِيَّاتٍ وَإِجَازَاتٍ), iaitu beberapa lembaran pada yang diriwayatkan dan ijazah yang mana saya hanya bercadang untuk hanya menghasilkan terhad sekadar 200 muka surat sahaja.
Namun, setelah melihat bahawa pertambahan appendiks dan masmūʿāt[1] yang tidak dapat dikawal jumlahnya, maka ia mungkin akan mencecah lebih 300 muka surat yang tidak mungkin mencerminkan buku yang zahirnya ingin menampilkan beberapa muka surat yang sedikit sahaja.
Apapun, rangka asas sudah pun siap dan boleh dikatakan bahawa saya telah berpuas hati perangkaannya. Tinggal lagi hanya menambah informasi yang berkaitan dengan bab yang telah disusunkan, terutamanya masmūʿāt.
Saya menyambut sebarang komentar dan cadangan untuk menambah baik dan pembetulan bagi tsabat ini supaya dapat dimanfaatkan tsabat ini dengan seeloknya. Ia terbuka untuk bila-bila masa sahaja selagimana saya hidup.
Buat masa sekarang, saya tidak akan mengijazahkan secara munāwalah (penyerahan)[2] dengan versi prototaip ini kepada sesiapa, terutamanya mereka yang mendapat ijazah ʿāmmah daripada saya yang telah menghabiskan kelas kemahiran pembacaan bahasa Arab (KEMBARA) bersama saya yang mana saya menjanjikannya kepada mereka yang menghabiskannya dengan jayanya, iaitu menjadi pembaca yang independen yang berkemahiran atau kepada mana-mana penerima ijazah yang layak.
Saya cuma menjalankan pengijazahan melalui al-Iʿlām (pemberitahuan)[3] disebabkan masih terlalu banyak belum disiapkan, terutamanya pada bab masmūʿāt walaupun pada aspek rangkanya sudah saya tidak ada apa-apa masalah lagi. Munāwalah akan dijalankan setelah selesai atau jika penerima ijazah redha dengan yang sedia ada dengan mengambil cakna tentang perkembangan baharu bagi tsabat ini.
Cuma, saya tetap menerbitkan prototaip terlebih dahulu sambil mengemas kini dari semasa ke semasa kerana sebahagian orang bertanya tentang periwayatan saya pada ijazah yang saya peroleh dan ingin semak apa yang saya ada.
Buat masa sekarang, versi prototaip ini menampilkan sekilas tentang apa yang saya telah peroleh, apa yang sah riwayatnya dari saya melalui masyayikh ijazah yang saya terima, masmūʿāt saya dan pentakhrijan beberapa riwayat daripadanya.
Apa Itu Tsabat Dan Apa Kepentingannya?
Tsabat adalah tema karya yang ditulis oleh para ulama sejak zaman berzaman untuk mengumpulkan riwayat mereka.
Kandungan yang ada dalam tema buku ini boleh diisi dengan penyenaraian nama masyayikh ijazah, biografi masyayikh ijazah mereka, riwayat-riwayat mereka sama ada yang melalui bacaan di hadapan masyayikh ijazah atau musnid atau mendengar bacaan atau penyerahan atau persuratan atau ijazah.
Yang paling minimum dan yang paling penting yang patut diisi adalah siapa masyayikh ijazah mereka dan tambahan bonus yang sangat berguna adalah siapa masyayikh ijazah kepada masyayikh ijazah mereka yang mengijazahkannya dan siapa yang dia meriwayatkannya. Ada ini sahaja pun sudah cukup. Selebihnya adalah idea bebas masing-masing.
Nama tsabat ini juga beraneka. Ada yang disebutkan al-Fahrosah (فَهْرَسَة), iaitu indeks. Ada yang disebutkan dengan al-Mašyakẖoh (الْمَشْيَخَة), iaitu senarai masyayikh mereka atau Muʿjam ašh-Šyuyūkẖ (مُعْجَم الشُّيُوخِ), iaitu ensiklopedia kamus.

Penulisan tsabat ini sangat banyak. Dahulu lebih dikenali dengan penamaan al-Mašyakẖoh atau Muʿjam ašh-Šyuyūkẖ. Antara mereka yang menghasilkan karya ini adalah al-Ḥāfiẓ aḏz-Ḏzahabiyy, muridnya al-Imām at-Tāj as-Subkiyy, Šharofuddīn ʿAbdul Muʾmin bin Kẖolaf ad-Dimyāṭiyy dan lain-lain.
Meskipun penamaan tsabat itu tidaklah terkenal sehingga ke zaman yang terkebelakangan seperti zaman Shaykẖ al-Islām Zakariyyā bin Muḥammad al-Anṣōriyy dan ašh-Šhaykẖ Ibn Ḥajar al-Haytamiyy, konsep pembukuan tetap sama.
Contohnya adalah kitab al-Muʿjam al-Mufahros Aw Tajrīd Asānīd al-Kutub al-Mašhhūrot Wa al-Ajzāʾ al-Manṯsūroh karya al-Ḥāfiẓ Ibn Ḥajar al-ʿAsqolāniyy. Beliau mengumpulkan sanad pelbagai kitab yang beliau baca kepada masyayikh ijazahnya atau dengar bacaannya atau selainnya dari metod penerimaan dan sangat teliti pada Ṣiyāġh al-Adāʾ[4] pada setiap tabaqat (peringkat)[5]. Ini antara contoh tsabat yang paling komprehensif dan paling berkualiti yang tiada tandingannya sehingga sekarang.
Penulisan tsabat boleh dengan hasil tangan sendiri atau dari hasil kerja orang lain untuk khidmat kepadanya dalam mengumpulkan riwayatnya. Biasanya khidmat orang lain kepadanya dipanggil dengan at-Takẖrīj (التَّخْرِيج), iaitu mengeluarkan sumber periwayatan seseorang. Kadangkala, untuk zaman sekarang, ia meluas dengan ungkapkan dengan al-Iʿdād (الْإِعْدَاد), iaitu penyediaan atau al-Jamʿ (الْجَمْع), iaitu pengumpulan.

Antara mereka yang menyumbang bakti pada zaman klasikal dalam mentakhrijkan riwayat dari masyayikh yang lain adalah al-Imām ʿAlāmuddīn al-Qōsim al-Birzāliyy seperti takhrij beliau terhadap riwayat ašh-Šhaykẖah Zaynab binti al-Kamāl Aḥmad bin ʿAbdul Roḥīm, ašh-Šhaykẖ Abū Bakr Aḥmad bin ʿAbdul Dāʾim, ašh-Šhaykẖ Bahāʾuddīn Abū Muḥammad al-Qōsim bin Muẓoffar bin ʿAsākir ad-Dimašhqiyy dan lain-lain[6].
Untuk zaman sekarang, antara yang memberi khidmat besar dalam takhrij riwayat dan ijazah masyayikh adalah ašh-Šhaykẖ Muḥammad Ziyād bin ʿUmar at-Tuklah seperti takhrij beliau terhadap riwayat ašh-Šhaykẖ ʿAbdul Roḥmān bin ʿAbdul Ḥayy al-Kattāniyy, ašh-Šhaykẖ Muḥammad Muṭīʿ al-Ḥāfiẓ bin Muḥammad Wāṣil, ašh-Šhaykẖ Ṣōliḥ bin Aḥmad ašh-Šhāmiyy dan lain-lain.
Banyak faedah yang kita boleh dapat melalui penghasilan tsabat, lebih-lebih lagi jika memerhati kitab. al-Muʿjam al-Mufahros Aw Tajrīd Asānīd al-Kutub al-Mašhhūrot Wa al-Ajzāʾ al-Manṯsūroh karya al-Ḥāfiẓ Ibn Ḥajar al-ʿAsqolāniyy. Yang boleh saya sebut secara ringkas adalah dengan beberapa poin.
Yang pertama adalah memperkenalkan siapakah guru yang dia mengambil ilmunya dan riwayatnya atau murid yang mengambil daripadanya. Kadangkala, pertemuan antara guru dan murid boleh memberikan gambaran garis masa yang seseorang itu berada. Begitu juga dalam menyabitkan pertemuan antara seseorang dengan orang yang dia mengambil riwayatnya dan ilmunya. Banyak faedah dari mengenali hubungan guru dan murid walaupun dalam periwayatan.
Yang kedua adalah dapat memastikan kepemilikan kitab kepada seseorang dengan melalui bukti periwayatan. Contohnya adalah berlaku pertikaian milik penisbahan kepemilikan kitab al-Waroqōt Fī Ūsūl al-Fiqh sama ada ia adalah milik al-Imām al-Juwayniyy atau al-Imām ašh-Šhīrōziyy. Apabila kita merujuk tsabat Shaykẖ al-Islām Zakariyyā bin Muḥammad al-Anṣōriyy yang menyabitkan pemilikan kitab ini kepada al-Imām al-Juwayniyy yang mana silsilah sanadnya adalah dengan dengar bacaan, bukan semata-mata ijazah kecuali dalam dua tabaqat yang berasingan dan beliau pula mengambilnya dari al-Ḥāfiẓ Ibn Ḥajar al-ʿAsqolāniyy, maka dapatlah diyakini bahawa kitab ini adalah milik al-Imām al-Juwayniyy.
Yang ketiga adalah memperkenalkan kitab atau tokoh yang mungkin kita belum pernah dengar sebelum ini.
Yang keempat adalah apabila ia berkaitan dengan periwayatan yang bersanad, maka ia menambahkan sentimen untuk orang belajar, baca dan ambil peduli kandungan bagi kitab itu. Adakalanya, kitab yang mungkin dilupakan pembacaan atau kurang diberi sambutan boleh disegarkan semula dengan adanya periwayatan yang mengenangkan bahawa kitab ini pernah diberi perhatian khusus.
Yang kelima adalah mengekalkan sebahagian seni dalam ilmu hadis yang mengekalkan rantaian periwayatan sebagai pewarisan khabar dan ilmu dari yang terdahulu walaupun penapisan baginya tidak seketat sepertimana fasa awal kritik hadis. Sanad adalah keistimewaan yang tidak akan didapatkan oleh mana-mana umat lain. Maka, ini cara untuk menzahirkan kebanggaan umat Islam dan warisan yang dipertahankan sepanjang zaman.
Sebab Saya Menghasilkan Tsabat Untuk Saya Sendiri
Saya pada asalnya tidak terfikir pun tentang pengijazahan kepada sesiapa, apatah lagi penghasilan tsabat walaupun sudah berlangsung kelas kemahiran pembacaan bahasa Arab (KEMBARA) dan walaupun saya sudah menerima beberapa ijazah sebelum ini serta hadir majlis yang memfokuskan periwayatan dan pengijazahan.
Saya telah memaklumkan kepada peserta KEMBARA pada sesi orientasi lagi bahawa sijil penyertaan memang tidak diberikan kerana sijil penyertaan dari saya secara peribadi tidak ada laku apa-apa pun walaupun saya boleh terbitkan sijil persaksian pada kemampuannya untuk menjadi pembacaan untuk peserta yang menghabiskan dengan jayanya, iaitu menjadi pembaca yang independen yang berkemahiran.
Cuma, apabila saya menyebutkan bahawa sijil penyertaan kelas saya tidak laku, ada seorang peserta bertanya tentang apa tawaran lain jika sijil tidak laku sebagai alternatif. Saya ada terfikir sebentar. Tetapi, tidak lama kemudian dari beberapa saat, terbit idea untuk mengadakan pengijazahan.
Bagi saya, pengijazahan adalah yang paling laku untuk saya tawarkan kepada para peserta sebagai hadiah untuk mereka berbanding sijil penyertaan, di samping kemahiran yang mereka dapat lantaran kesungguhan mereka dan dedikasi mereka untuk belajar, hafal dan ulangkaji.
Sejak dari itu, antara keistimewaan yang saya tawar pada KEMBARA di bawah kendalian saya adalah pengijazahan riwayat kepada peserta. Kitab yang dijadikan praktik pembelajaran pun akan menggunakan kitab yang ada sanad atau ijazah untuknya selagimana bersesuaian. Ini adalah keistimewaan yang langka di tanah air kita. Sebanyak-banyak pujian kepada Allah jua.
Setinggi-tinggi pujian kepada Allah jua pada sudah ada beberapa peserta yang telah pun mendapatkan ijazah riwayat dari saya melalui kelas ini. Antaranya adalah semua kitab al-Ḥāfiẓ Ibn Ḥajar al-ʿAsqolāniyy, semua kitab al-Imām ʿAbdul Qōhir bin ʿAbdul Roḥmān al-Jurjāniyy, al-Musalsal Bi al-Inšhād dan beberapa al-Musalsal yang lain.
Banyak lagi ijazah kitab lain yang sedang dinantikan peserta untuk mendapatkannya dengan syarat dibuktikan kesungguhan untuk mempelajarinya dan perkembangan dalam progres pembelajarannya.
Bagi peserta yang menghabiskan kelas dengan kejayaan, iaitu mampu menjadi pembaca yang independen secara betul, saya akan menganugerahkan ijazah ʿāmmah dari saya sepertimana lebih 300 masyayikh ijazah ʿāmmah saya[7] mengijazahkan ʿāmmah kepada saya dan melalui ijazah 300 masyayikh ijazah ini pula akan menyampaikan kepada ribuan kitab para ulama dan saya tidak berlebihan apabila bercakap tentang ribuan.
Angka ini akan bertambah dari semasa ke semasa. Itu sebab ia adalah projek sepanjang hayat saya. Selagimana saya hidup, selagi itu tsabat ini akan dikemas kini.
Untuk memudahkan peserta dalam mencari, merujuk dan mendapatkan riwayat dari saya, inilah antara sebab saya menghasilkan tsabat.
Bahkan, tsabat ini juga berguna jika Allah merezekikan saya untuk mula berkecimpung sebagai musnid yang sebenar dan mengijazahkan ʿāmmah kepada mereka yang layak dan berhak. Selepas ini, para penerima ijazah melalui di luar KEMBARA pun yang ingin rujukan kepada riwayat saya telah pun saya menyediakan untuk mereka.

Saya juga tidak mahu segala yang dapat seperti ijazah dan masmūʿāt saya hilang disebabkan lupa atau hilang sehingga mendorong saya untuk menghasilkan tsabat. Ia adalah susah payah yang saya tidak akan membiarkannya ia tidak direkodkan dan tidak diriwayatkan kepada generasi seterusnya jika dimudahkan jalan untuk saya menjadi musnid.
Yang paling penting adalah adalah apa yang saya menjalankan sekarang ini adalah meneruskan legasi para ulama yang merekodkan riwayat mereka. Saya berharap saya dapat mengambil berkat atas meneladani usaha para ulama untuk merekodkan periwayatan yang diterima dalam hidupnya agar bermanfaat sepanjang zaman.
Seterusnya adalah saya sentiasa mendapat pesanan, khususnya syeikh ijazah atau musnid tempatan atau yang dijemput dari luar negara sebagai musnid bagi majlis tempatan untuk menghidupkan majlis riwayat dan ijazah. Mereka akan mengingatkan perkara ini sama ada di permulaan majlis atau di akhir majlis.
Cuma, saya jarang untuk menemukan pesanan ini di majlis yang diadakan di luar negara. Saya faham mengapa ada perkara ini berlaku.
Ini kerana di Malaysia atau di nusantara secara umum, majlis riwayat dan ijazah amat terpencil dan jarang untuk ditemukan. Suasana sangat malap, kelam dan tidak diberi perhatian yang serius sehingga seolah-olah jika dua bulan tanpa ada apa-apa majlis ini tidak dirasakan apa-apa.
Sangat berbeza di negara Arab dan jajaran Urdu yang adanya rutin harian atau mingguan atau bulanan sehingga masyayikh ijazah atau musnid yang dijemput tiada keperluan untuk menyampaikan pesanan ini kerana sudah ada kegiatan aktif dan pesat tanpa perlu risau tentang produktiviti aktiviti ini.
Bukti pasifnya kegiatan di negara kita untuk majlis ini adalah untuk mendapatkan al-Musalsal Bil Awwaliyyah di negara sendiri pun seolah-olah perlu cari di ceruk kampung dan di perut bumi.
Saya pernah melihat poster untuk suatu majlis yang ada font tulisan besar bahawa ditawarkan ijazah al-Musalsal Bil Awwaliyyah dari seorang shaykh yang dijemput seakan-akan ia adalah tawaran istimewa walaupun kitab yang dibaca atau yang dibedah atau yang disyarah tidak diperoleh ijazahnya pun.
Saya hanya mampu tepuk dahi dan geleng kepala menzahirkan rasa terkilan betapa negara kita ini sangat kering untuk mendapatkan al-Musalsal Bil Awwaliyyah.
Padahal, di majlis luar negara, al-Musalsal Bil Awwaliyyah seakan-akan cenderamata yang pelancong pun boleh mendapatkannya di kedai tepi jalan. Sangat mudah untuk mencarinya, mengutipnya dan mengumpulkannya.
Saya sudah mendengar penyebutan al-Musalsal Bil Awwaliyyah ini entah berapa puluh kali dari lafaz masyayikh dan musnidin. Jika ia pertama kali dibacakan di hadapan masyayikh atau musnid, saya sudah mendengar pembacaannya di hadapan beberapa ratus yang berbeza. Cuma, sempat atau rajin untuk merekodkannya atau tidak. Itu sahaja.
Saya tiada niat untuk membesarkan diri ketika penyebutan ini. Saya cuma ingin menzahirkan rasa keanehan dan persoalan pada kenapa sangat berbeza kadar kesenangan pencarian al-Musalsal Bil Awwaliyyah ini antara negara luar dan negara kita.
Saya mengambil berat pada pesanan masyayikh dan musnid yang mengijazahkan kepada saya, lebih-lebih lagi jika ia adalah program di nusantara di samping saya tidak mengenpikan dan memencilkan dirayah dan pengajian.
Itulah sebabnya pengijazahan saya adalah melalui KEMBARA dengan mempraktikkan pembelajaran melalui kitab sebelum mendapatkan ijazah daripada saya.
Majlis riwayat dan ijazah yang saya mengadakannya di luar KEMBARA pun saya tidak hanya sekadar jadi batu tunggul dan hanya bercakap untuk pengijazahan di akhir majlis.
Jika ada keperluan untuk ulas atau syarah atau kongsi, saya akan melaksanakannya. Bahkan, jika perlu membuka kepada perbincangan atau kritik pun, saya mengalu-alukannya. Ini semua supaya majlis tidak dilihat mengesampingkan dirayah dan kefahaman.
Periwayatan sememangnya tidak seberat kepentingannya berbanding dirayah dan ini sama sekali tidak dinafikan. Namun, bukan bermakna seseorang perlu mengabaikan periwayatan hanya sahaja ia tidak sepenting dirayah. Jika dapat disertakan bersama, tentu sahaja ia lebih baik.
Tradisi periwayatan tetap berjalan sepanjang zaman dan ia ada signifikasi yang besar dalam sejarah. Tidak ada kitab biografi para ulama melainkan direkodkan kitab yang dibaca di hadapan syeikh atau didengar bacaan atau berapa kadarnya sama ada secara penuh atau secara kebanyakannya atau hanya beberapa yang sedikit. Begitu juga direkodkan siapa yang mengijazahkannya jika tiada pembacaan atau dengar di hadapan syeikh.
Seseorang boleh memulakan langkah untuk mengambil tahu signfikasi tradisi ini dengan membaca ad-Duror al-Kāminah Fī Aʿyān al-Miʾah aṯs-Ṯsāminah Fī karya al-Ḥāfiẓ Ibn Ḥajar al-ʿAsqolāniyy dan aḍ-Ḍowʿ al-Lāmiʿ Li Ahl al-Qorn at-Tāsiʿ karya al-Ḥāfiẓ as-Sakẖōwiyy[8].
Tambahan pula Kiyai Haji Ahmad Marwazie pernah menceritakan bahawa ašh-Šhaykẖ Muḥammad Yāsīn al-Fādāniyy menzahirkan rasa kecewa apabila para ulama sepuh di Indonesia yang beliau datang bertandang untuk meminta riwayat tidak menulis riwayat guru yang mereka ambil[9].
Ini sememangnya tidak mengharainkan kerana kita sendiri yang berpijak pada zaman ini pun sudah melihat di hadapan mata sendiri tentang kurangnya kepedulian masyayikh, musnid, guru dan asatizah di sini untuk merekodkan dan memperkasakannya.
Kadangkala, ketiadaan anjuran majlis periwayatan ini boleh dibiarkan berbulan-bulan tanpa rasa apa-apa bersalah. Apatah lagi serius untuk mendokumentasikan riwayat dan pengijazahan.
Saya berharap penulisan saya ini sekurang-kurangnya adalah khidmat kepada masyayikh ijazah saya yang telah menghargai saya dengan pengijazahan dengan merekodkan periwayatan mereka dan kitab-kitab mereka agar para pembaca boleh mengambil manfaat daripadanya.
Saya tidak mahu periwayatan di tanah Malaysia yang tercinta ini ini menjadi lenyap dan terkubur bersama tuannya yang salah satu faktornya adalah kerana tuannya sendiri yang tidak ada warisan legasi untuknya dan tiada tekad yang kuat untuk merealisasikannya.
Bandingkan sahaja keaktifan kegiatan majlis ini dan pembukuan tsabat di negara kita dengan negara Arab dan yang di jajaran Urdu.
Saya berharap ini adalah usaha untuk diri saya sendiri dalam melestarikannya dan membumikannya di tanah ini sehingga ia subur dan buahnya dipetik oleh orang yang mengharapkannya.
Bukti yang nyata adalah di tanah air kita ini, walaupun sudah ada dokumentasi tentang tsabat dan periwayatan, siapakah yang benar-benar memberi perhatian kepada ini?
Kemudian, antara faktor besar untuk saya menjalankan penghasilan tsabat ini adalah kerana saya adalah orang awam dan tidak ada apa-apa kelebihan besar pun dengan para ulama. Namun, saya mengharapkan agar saya juga dapat menyebarkan manfaat kepada orang yang mengharapkannya melalui periwayatan.
Antara manfaat yang saya ingin sebar adalah dengan dua bentuk. Yang pertama adalah jika Allah mentakdirkan saya untuk panjang umur, maka isnad saya akan menjadi tinggi dan segala puji bagi Allah kerana saya memiliki beberapa daripadanya walau untuk zaman ini.
Ini adalah yang terjadi pada Abū al-ʿAbbās Ibn ašh-Šhiḥnah al-Ḥajjār yang merupakan salah seorang awam yang berumur panjang yang lebih 100 tahun[10]. Dia mendengar Ṣoḥīḥ al-Bukẖōriyy daripada Ibn az-Zabīdiyy pada 630 Hijrah.
Namun, orang ramai dari kalangan para imam dan huffaz, apatah lagi yang lebih rendah darjatnya berkejaran untuk mendapatkan isnad daripadanya pada 730 Hijrah disebabkan tingginya isnad ini. Perkara ini disebutkan oleh al-Ḥāfiẓ as-Sakẖōwiyy dalam Fatḥ al-Muġhīṯs Šharḥ Alfiyyah al-Ḥadīṯs.
Sekalipun orang awam, tetapi kerana faktor usia panjang dan mungkin sahaja faktor kesolehannya yang dipuji seperti yang disebut oleh al-Ḥafiẓ Ibn Ḥajar al-ʿAsqolāniyy dalam ad-Duror al-Kāminah Fī Aʿyān al-Miʾah aṯs-Ṯsāminah, orang ramai tetap memanfaatkannya dengan mengambil riwayat daripadanya.
Sebegitu juga Muḥammad bin Fahd al-Hāšhimiyy al-Makkiyy dalam Muʿjam ašh-Šhuyūkẖ pun mengambil riwayat daripada orang yang buta huruf seperti Ibrōhīm bin Muḥammad bin Yūnus al-Maġhribiyy al-Ḥalabiyy yang dikenali dengan Ibn aḍ-Ḍuʿayyif dan ditambah pula dikenali dengan sebagai orang yang soleh.
Saya berharap saya termasuk dalam apa yang Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda:
خَيْرُ النَّاسِ مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَحَسُنَ عَمَلُهُ
"Sebaik-baik orang adalah orang yang panjang umurnya dan baik amalannya". [Riwayat at-Tirmiḏziyy].
Bentuk yang kedua adalah jika umur saya tidak panjang, saya berharap penulisan saya meninggalkan beberapa info tentang periwayatan yang dapat dimanfaatkan oleh penerima ijazah atau para pembaca.
Contohnya adalah mungkin seseorang itu pernah mendapat ijazah daripada seseorang syeikh, tetapi tidak tahu apa riwayatnya dan apa karyanya. Saya berharap dengan apa yang saya kongsi dalam buku ini, dapatlah mengongsikan apa yang para pembara berhajat kepadanya.
Kandungan Tsabat Saya Dan Pembaharuan Yang Saya Buat
Dalam penghasilan tsabat untuk diri saya, sudah tentu saya tidak hanya meneruskan format yang sama sepertimana yang dahulu atau yang sudah ada sekarang. Saya sendiri berhasrat melakukan pembaharuan bagi penghasilan tsabat ini dan saya akan memperincikan pembaharuan yang saya buat serta sebab untuknya setelah mempertimbangkan pelbagai sebab.
Berikut adalah rangka yang saya susun bagi tsabat ini.
Pertama, mengumpulkan senarai masyayikh ijazah ʿāmmah.
Kedua, mentakhrij beberapa sanad yang bersambung kepada pelbagai tsabat yang boleh dirujuk.
Ketiga, mengumpulkan hadis al-Musalsal.
Keempat, mengumpulkan senarai pengijazahan yang kẖōṣṣoh sahaja.
Kelima, mengumpulkan sebahagian masmūʿāt. Ini yang mendorong kepada buku ini menjadi tebal.
Keenam, mentakhrij beberapa sanad yang langka.
Ketujuh, melampirkan appendiks pada penerimaan ijazah saya dari masyayikh sama ada melalui permintaan ijazah atau istidʿāʾ[11]. Begitu juga melampirkan sebahagian rekod kehadiran saya untuk beberapa majlis.
Sekarang saya menjelaskan beberapa pembaharuan yang saya buat pada tsabat saya dan pertimbangan saya ambil.
Pertama, membezakan penyenaraian masyayikh ijazah ʿāmmah dan kẖōṣṣoh semata-mata. Ini sebenarnya ada inspirasi dari kitab al-Muʿjam al-Muʾassas Li al-Muʿjam al-Mufahros karya al-Ḥāfiẓ Ibn Ḥajar al-ʿAsqolāniyy yang mana beliau membezakan masyayikh beliau dalam periwayatan sahaja dan masyayikh dalam dirayah.
Saya memperluaskan skop pembahagian masyayikh dalam periwayatan dengan masyayikh yang mengijazahkan ʿāmmah dan masyayikh yang mengijazahkan kẖōṣṣoh. Ini kerana saya melihat banyak pembiografian kadangkala alpa untuk membezakannya, sedangkan kesan pada periwayatan pada ijazah ʿāmmah dan kẖōṣṣoh sangat ketara.
Ada yang sampai memasukkan masyayikh yang hanya mengijazahkan kẖōṣṣoh sahaja dalam senarai masyayikh ijazah yang ʿāmmah sehingga menyebabkan berlakunya keliru. Itu belum lagi yang saya lihat ramai yang alpa dalam menyenaraikan masyayikh ijazah ke dalam masyayikh dirayah atau yang sekadar hadir dalam pengajian sahaja.
Saya melihat ketelitian pembahagian yang dibuat oleh al-Ḥāfiẓ Ibn Ḥajar al-ʿAsqolāniyy sangat tidak dititikberatkan oleh ramai penulis tsabat atau pentakhrijnya. Saya sudah memperpanjangkan teguran ini dalam tsabat saya.
Kedua, dalam mentakhrij sanad yang bersambung kepada tsabat, saya hanya memfokuskan pentakhrijan yang seseorang boleh mendapatkannya dan merujuknya sama ada ia dalam format digital seperti di Maktabah Syamilah atau PDF atau buku yang bercetak yang ada di pasaran. Jika tidak ada seperti ia sudah hilang ditelan zaman atau masih dalam manuskrip, saya tidak berminat untuk mentakhrijkannya.
Ini kerana ašh-Šhaykẖ ʿAbdul Ḥayy bin ʿAbdul Kabīr al-Kattāniyy dalam Fihris al-Fahāris Wa al-Aṯsbāt Wa Muʿjam al-Maʿājim Wa al-Mašhyakẖōt Wa al-Musalsalāt dan ašh-Šhaykẖ Yūsuf bin ʿAbdul Roḥmān al-Marʿašhliyy dalam Muʿjam al-Maʿājim Wa al-Mašhyakẖōt Wa al-Fahāris Wa al-Barōmij Wa al-Aṯsbāt sudah menumpahkan segala usaha yang maksimum untuk menyambungkan segala sanad kepada tsabat sehingga yang tidak dapat ditemukan pada hari ini atau masih dalam manuskrip. Oleh itu, saya tidak ada keperluan untuk menyainginya dan menebalkan lagi buku dengan apa yang mereka sudah buat.
Ketiga, saya tidak meneruskan pentakhrijan sanad yang biasa dibuat oleh kebanyakan penulis tsabat dengan mentakhrijkan sanad kepada al-Ḥāfiẓ Ibn Ḥajar al-ʿAsqolāniyy atau sanad kepada al-Ḥāfiẓ aḏz-Ḏzahabiyy atau sanad kepada al-Ḥāfiẓ as-Suyūṭiyy atau seumpamanya. Sudah banyak yang sudah beri khidmat sedemikian dan saya sudah jemu untuk mengulanginya.
Apa yang saya buat adalah mentakhrijkan sanad yang langka yang barangkali orang tidak tahu bahawa ada sanad yang bersambung kepada seorang penulis seperti sanad kepada al-Imām Aḥmad as-Sirhindiyy, sanad kepada ašh-Šhaykẖ Saʿīd Muḥammad Romaḍōn al-Būṭiyy, sanad kepada ašh-Šhaykẖ ʿAbdullāh Ibn Bayyah, sanad kepada ašh-Šhaykẖ ʿAbdullāh al-Haroriyy, sanad kepada Muḥammad Hišhām al-Qobbāniyy an-Naqšhabandiyy, sanad kepada Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqōniyy al-Qubrūsiyy an-Naqšhabandiyy, sanad kepada ašh-Šhaykẖ Muḥammad bin Mutawallī ašh-Šhaʿrōwiyy dan lain-lain.
Sebegitu juga mentakhrijkan sanad yang tinggi yang mungkin orang tidak pernah mengenalinya sebelum ini seperti sanad kepada ašh-Šhaykẖ Aḥmad bin Zaynī Daḥlān dengan hanya dua perantara sahaja.
Bagi saya, inilah yang orang mahu memanfaatkannya dan melihat kelainan yang ada dalam tsabat. Jika tidak, maka tidak ada kepelbagaian yang ada genre tsabat. Ia hanya akan dianggap buku yang dihasilkan diulang sama. Dengan memperkenalkan sanad yang langka, ia berpotensi untuk membuka lembaran baru yang lebih bermakna.
Keempat, saya juga tidak berminat untuk mentakhrij sanad kepada suatu kitab seperti kitab tafsir atau kitab hadis atau kitab fiqh seumpama dengannya kalau itu bukan dari masmūʿāt melainkan jika ia termasuk yang langka yang saya akan memasukkannya dalam babnya.
Bagi saya, tidak ada keperluan untuk memperbanyakkan takhrij, lebih-lebih lagi yang sudah diketahui jalurnya dengan merujuk tsabat yang lain dan mengulangi takhrij yang sudah dibuat oleh pendahulu saya atau yang semasa dengan saya.
Kelainan yang patut dibuat adalah mentakhrijkan riwayat yang saya memiliki samāʿ (dengar) padanya kerana riwayat dengan samāʿ adalah jauh lebih tinggi meritnya berbanding riwayat dengan ijazah semata-mata. Penghasilan tsabat pula adalah bertujuan untuk periwayatan. Mengapa saya perlu menyibukkan diri pada yang kurang merit?
Kelima, pendigitalan tsabat ini memudahkan urusan pencariannya. Contohnya adalah jika ingin mencari sanad bagi suatu kitab, tidak perlu seseorang untuk skrol satu persatu. Bagi yang menggunakan komputer, cukup dengan pencarian melalui "CTRL+F" dan isi perkataan yang ingin dicari. Sebegitu juga dengan hiperpautan yang menyampaikan terus kepada kitab yang dicari apabila seseorang klik pada hiperpautan.
Ini sememangnya pembaharuan yang setakat ini belum ada setara dengannya. Saya berharap pembaharuan ini menjadi inspirasi kepada penulisan genre ini kepada generasi yang seterusnya.
----------------
Berminat untuk menyertai kelas kemahiran pembacaan bahasa Arab bersama saya agar dapat membaca dan memahami karya penulisan ulama, di samping untuk mendapatkan ijazah untuk ribuan kitab?
Hubungi saya di pautan yang dilampirkan di ruangan komen.
[1]Kitab yang didengarkan bacaan di hadapan shaykh pengijazah.
[2]Salah satu Ṭuruq at-Taḥammul (metod penerimaan) dengan cara seseorang menyerahkan kitab kepada orang yang ingin dia meriwayatkan kepadanya dan berkata: "Saya mengijazahkan kitab ini kepada kamu untuk kamu meriwayatkannya dari saya" atau seumpama dengannya.
[3]Salah satu Ṭuruq at-Taḥammul dengan cara seseorang memberitahu kepada orang lain bahawa kitab ini menghimpunkan riwayat saya atau seumpama dengannya. Periwayatan hanya sah apabila digandingkan bersama dengan ijazah seperti seseorang berkata: "Saya telah mengumpulkan semua riwayat saya dalam kitab ini dan saya mengijazahkannya kepada kamu" atau "Ini adalah kitab riwayat saya. Riwayatkanlah dari saya" atau seumpama dengannya.
[4]Maksudnya adalah beliau sangat teliti bagaimana setiap peringkat musnid, pengijazah dan perawi dalam cara menyampaikan penerimaan hadis seperti ungkapan "حَدَّثَنَا" atau "أَخْبَرَنَا" atau "أَنْبَأَنَا" atau seumpama dengannya. Bukan seperti zaman sekarang yang hanya tulis "عَنْ" sahaja tanpa disemak sama ada periwayatan dari peringkat di atas adalah semata-mata ijazah atau wujud pembacaan kepada shaykh pengijazah atau seumpama dengannya.
[5]Maksudnya adalah setiap sanad periwayatan ada peringkat bagi ambilannya dari shaykh kepada shaykh hingga hujungnya. Setiap satu lapis daripadanya satu peringkat periwayatan dan begitulah seterusnya di atas sehingga habis.
[6]Fihris al-Fahāris Wa al-Aṯsbāt Wa Muʿjam al-Maʿājim Wa al-Mašhyakẖōt Wa al-Musalsalāt karya ašh-Šhaykẖ ʿAbdul Ḥayy bin ʿAbdul Kabīr al-Kattāniyy.
[7]Mungkin ada persoalan. Ramaikah angka 300 masyayikh ijazah ʿāmmah untuk seseorang memperolehnya?
Sebenarnya ini angka yang sangat sedikit. Komuniti musnid dan riwayat yang saya ikuti, lebih-lebih lagi yang senior, angka perolehan ijazah ʿāmmah dari 400 masyayikh dan musnid ini adalah angka yang normal. Ya! Angka yang normal! Bukan angka yang dianggap terlalu banyak.
Cuma, persekitaran nusantara sahaja yang tidak terbiasa dengan jumlah yang banyak ini disebabkan rata-ratanya sememangnya tiada semangat yang besar untuk mendapatkannya lebih banyak walaupun berpeluang dan tiada organisasi yang mapan untuk menggiatkan kegiatan ini secara sistematik dan menjadi wakil kepada ahlinya untuk mendapatkan ijazah dari masyayikh melalui pelbagai cara seperti majlis atau undangan permohonan ijazah atau mendapatkan ijazah langsung yang mewakili bagi pihak ahli sepertimana di komuniti riwayat dan musnid di luar sana.
Saya ada sahaja beberapa masyayikh ijazah saya yang memiliki ijazah lebih dari 600 masyayikh ijazah ʿāmmah. Itu tidak menghairankan sama sekali, lebih-lebih lagi di zaman ini yang kemudahan perhubungan sudah mudah dan ditambah lagi apabila ada organisasi yang teguh untuk menggerakkannya.

[8]Saya telah memperincikannya di sini: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1310524276982938&set=pb.100040761337193.-2207520000&type=3
[9]Rujuk: https://republika.id/posts/36711/kh-ahmad-marwazie-al-batawie-dan-ilmu-sanad-musnid-ad-dunya
[10]Kisahnya dan refleksi daripadanya boleh dibaca di sini: https://www.facebook.com/photo/?fbid=1401656221203076&set=a.104468064255238
[11]Ia adalah rekod nama yang dibentangkan kepada shaykh pengijazah agar dia mengijazahkannya kepada senarai tersebut. Amalan ini sudah lama direkodkan semenjak zaman al-Ḥāfiẓ Ibn Ḥajar al-ʿAsqolāniyy dalam ad-Duror al-Kāminah Fī Aʿyān al-Miʾah aṯs-Ṯsāminah dan al-Ḥāfiẓ as-Sakẖōwiyy dalam aḍ-Ḍowʾ al-Lāmiʿ Li Ahl al-Qorn at-Tāsiʿ. Begitulah seterusnya.
Bagi yang tidak faham, sila rujuk pada bahagian appendiks di tsabat saya.