"McD dan Starbuck salahkan i$rqh311 kerana punca saham dan jualan merundum"
"Salah satu organisasi pemegang saham terbesar KFC Malaysia ialah Lembaga Tabung Haji".LMAO. Orang peduli apa? Ada keluaran tempatan lagi Muslim bukannya mahu bantu. Sibuk cari produk dan keluaran orang kafir demi keuntungan cepat.
Lepas itu, menyalahkan umat Islam lain dan tempatan pula kenapa ketinggalan dalam persaingan ekonomi dan penonjolan dalam jenama antarabangsa.
Padahal, duit besar gedabak ada pada syarikat engkau tidak disalurkan untuk kembangkan potensi tempatan dan orang Islam pun.
Sekarang apabila rugi disebabkan terpalit dengan isu i$rqh311, mempergunakan pula bahawa pemegang saham dan pekerja yang bekerja di bawahnya adalah orang Muslim dan Islam supaya ingin terus kekal relevan.
Rugi pada saham dan jualan engkau satu hal. Pekerja yang bekerja di situ lagi kasihan kerana dikecam teruk akibat syarikat yang dia bekerja di situ terpalit isu yang membabitkan maruah umat Islam di negara sana.
Tidak perlulah cakap jihad kalau syarikat umat Islam sendiri dan anak tempatan sendiri dipinggirkan. Rakyat Malaysia yang Muslim rata-ratanya memang memboikot sebab itu sahaja cara untuk menzahirkan jihad dan solidariti kerana mereka tidak ada kemampuan kewangan untuk kukuh dan bangkit dengan ekonomi.
Yang pemegang saham yang punya duit banyak ini buat apa? Fikir duit poket sendiri atau fikir kepentingan umat Islam secara umumnya?
Antara sebab rakyat boikot bukan sebab pemegang saham ini menjalankan operasi francais yang terbabit dengan negara penindas sana sahaja.
Rakyat juga boitkot kerana pemegang saham ini sendiri tidak peduli untuk jaga dan bantu perniagaan Muslim dan keluaran tempatan. Mengapa pula rakyat perlu peduli, kasihan dan jaga mereka pula?
No comments:
Post a Comment