Friday, 21 October 2022

Penutup Untuk Isu Yang Berkaitan Dengan Insan Yang Didakwa Cicit Berketurunan Rasulullah


Ini (mungkin) yang terakhir untuk kes mawla yang didakwa cicit berketurunan Rasulullah صلى الله عليه وسلم ke-38.

Bagi sesiapa yang terlepas, boleh baca penulisan saya yang sebelum ini dalam merespons isu ini.

(a) https://marzukamartillo.blogspot.com/2022/10/layanan-yang-berbeza-antara-dua-tokoh.html

(b) https://marzukamartillo.blogspot.com/2022/10/pengajaran-yang-diambil-pada-pendedahan.html

(c) https://marzukamartillo.blogspot.com/2022/10/kerancuan-pembela-seorang-mawla-yang.html

(d) https://marzukamartillo.blogspot.com/2022/10/isu-mawla-yang-didakwa-cicit.html

(e) https://marzukamartillo.blogspot.com/2022/10/keuzuran-yang-cuba-diberi-dalam.html

Apapun, sebagai pengajaran penting adalah :

a) Akui kepelbagaian ahli bait. Jangan hanya tersepit dalam satu naratif sahaja. Syeikh Maḥmūd Saʿīd Mamdūḥ pun akui bahawa ahli bait pun ada yang Imamiah, Isma'iliah, Rafidhah dan Muktazilah. Malah, Zaydiah juga antara yang paling ramai ulamanya dari kalangan ahli bait.

b) Ahli bait ada penghormatan, tetapi bukan semua disanjung setinggi-tingginya dan diikuti atas sentimen zuriat. Akidah dan manhaj adalah penentu penting untuk mengukur kedudukan seseorang ahli bait sebagai panduan dan ikutan.

Mereka yang menjunjung mawla pun pastinya tidak akan menjunjung as-Sayyid Ḥasan as-Saqqōf kerana berakidah zaydiah, apatah lagi ingin tolong mengopekkan udangnya, malah mungkin sahaja akan meragui nasab keturunannya. Sekarang, jelaslah bahawa bukan semua ahli bait layak diberikan penghormatan dan junjungan secara kultus, apatah lagi menjadikan ikutan dalam beragama.

c) Yang mendedahkan isu ini yang paling awal adalah ustaz Aswaja yang dikenali berdebat dengan wahabi, giat aktif lawan wahabi, hentam wahabi dengan teruk-teruk dan membela golongan al-Habib. Malah, mufti negeri sembilan selamba cakap bahawa orang yang mendakwa itu mahu cari nama sahaja.

Kalau asatizah dan mufti yang menjadi tonggak kepada rujukan dalam isu agama ini pun dibelakangkan demi seorang mawla, jelaslah bahawa ada pembodohan dalam masyarakat kita.

No comments:

Post a Comment