Nasihat daripada ilmuwan sendiri dan badan autoriti yang dijadikan sandaran kuat pun dibuat macam lalat yang ditepis. Kalau wahabi yang menimbulkannya, bolehlah faham kenapa tidak mahu percaya dan tuduh bahawa mereka sengaja menimbulkan ketegangan. Ini yang disuarakan oleh ustaz yang paling setia pun.
Kenapa suka memperbodohkan akal sendiri? Ingat lagi dahulu sebelum arwah Bob Lokman meninggal dunia, ada yang mempersoalkan keabsahan bahawa Bok Lokman ini adalah cicit tok kenali. Boleh percayakah orang dari industri muzik ini adalah keturunan ulama yang terkenal? Begitulah tahap syaknya untuk mempercayainya.
Sekarang, yang muka tampan sedikit mudah cair dan beri sanjungan macam pengkultusan. Cepat percaya dakwaan bahawa orang itu adalah ahli bait.
Bayangkan kalau sesiapa yang mengaku ada gelaran Dato atau anak diraja. Tidak ada orang mudah percaya sepertimana susur galur arwah Bob Lokman. Malah, kalau mengaku anak diraja, mungkin terus didakwa dan ditangkap.
Kalau mufti dan ustaz Aswaja pun tidak mahu dengar demi seorang mawla, tidak nampakkah pembodohan yang sedang terjadi dalam masyarakat kita?
-------------------------------
Dalam kesempatan ini, saya juga pelik laporan dari berita yang mengatakan JAKIM telah mengeluarkan kenyataan untuk mendedahkan siapa sebenarnya mawla itu. Kebanyakan rujukan berita adalah dari sumber yang bukan rasmi dan arus perdana, tetapi portal berita jalanan yang ada bunyi "Oh".
Sangat hairan kenapa bukan Utusan atau mana-mana sahaja portal berita yang rasmi yang melaporkan jika ia adalah berita dari insitusi kerajaan yang rasmi? Walaupun Mstar melaporkannya, tetapi penerbit menulisnya dengan "didakwa" dari seorang pengguna Twitter.
Yang ada laporan kini adalah JAKIM tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan.
Dikatakan bahawa ia adalah daripada JAHEIK, tetapi Facebook mereka tidak mengeluarkan kenyataan rasmi atau mana-mana portal mereka atau mana-mana portal berita rasmi yang melaporkannya.
Yang hairannya adalah asatizah yang besar-besar pun cepat melaporkannya.
Cuma, apa pun, berhati-hati juga dalam mengambil berita. Kalau kita berhati-hati tentang nasab Rasulullah صلى الله عليه وسلم, jaga-jaga juga dalam mengambil berita yang menyangahinya.
Jangan kita ulangi kebodohan yang sama yang ada dalam dua-dua pihak.
No comments:
Post a Comment