Sekarang ini, hampir kurang serupa dengan insan yang didakwa cicit berketurunan Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Ustaz Aswaja yang debat dengan wahabi, kuat lawan wahabi, hentam wahabi dan bela golongan al-Habib antara yang terawal memberikan pendedahan yang sehabis-habisnya. Mufti Negeri Sembilan siap cakap orang yang mendakwa itu sekadar mahu nama sahaja.
Apabila 'kantoi' orang itu scam (walaupun tiada kenyataan rasmi sama ada dari JAKIM atau JAHEIK walaupun JAKIM sudah beri peringatan untuk berjaga-jaga), masih ada lagi cuba bagi keuzuran dan 'control damage' seperti kita perlu memuliakan tetamu yang datang ke negara kita, dia dengan wajahnya sahaja sudah cukup menghidupkan agama dalam jiwa, dia dirapati oleh beberapa ilmuwan tempatan dan lain-lain yang dirasakan dia telah menyumbangkan agama kepada masyarakat.
Atau paling kurang adalah kita jangan mencela sesama saudara segama (walaupun sebenarnya kita sedang dedahkan scam dia) atau kita tidak tahu bagaimana status dia dan kita perlu serahkan kepada pihak berkuasa (walaupun mufti negeri sembilan dan beberapa negeri lain, malah JAKIM sudah menyuarakan tentang statusnya).
Apabila ustaz Aswaja dan mufti yang menjadi tonggak kepada rujukan pun tidak mahu didengar cakap, rasanya sudah cukup meyakinkan wujudnya pembodohan dalam masyarakat kita dan ia di tahap yang kaprah. Pendidikan keberagamaan perlu ditajdidkan.
Tidak salah pun kalau mengaku tersalah teragungkan orang atau rekomendasinya. Saya pernah lihat Daniel Haqiqatjou -sebagai contoh- menarik balik terhadap sokongan terhadap Jordan Peterson dan meminta maaf kepada orang ramai kerana ucapannya yang bertajuk: "Message To Muslims".
Kita sendiri dulu pun pernah tersalah sokong parti politik atau mengagungkan beberapa orang tertentu, lebih-lebih lagi setelah jelas kebobrokan parti itu atau orang itu. Tidak salah kalau dalam isu mawla ini atau sesiapa yang lain berbuat yang sama. Menarik balik sokongan, mengakui kesilapan pengagungan terhadapnya, berlepas diri dan mohon maaf.
Cuma, kalau aku tahu orang yang membela ini adalah daripada pengikut dan penyokong tarekat Naqsyabandiah 'Aliyyah, aku cakap terus terang je yang korang tu hipokrit.
Semasa pengumuman penghalalan semula dahulu bukan main lagi tekan seteru untuk taat keputusan JAKIM dan mufti negeri sembilan. Sekarang, demi seorang mawla, sanggup pula membelakangkan.
Lain kali jangan sembang soal ketaatan kepada keputusan pihak autoriti agama kalau sesuka hati paksa taat untuk sebahagian, kemudian ingkar sebahagian.
No comments:
Post a Comment