Kedua-dua mereka adalah ahli bait dan cicit Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang entah ke berapa. Kedua-duanya juga adalah graduan dari madrasah keluarga ahli bait dari jalur al-Ġhumāriyy.
Namun.......
Sebelah kiri, Ḥasan bin ʿAliyy as-Saqqōf adalah zaydiah dan sebelah kanan, Muḥammad bin al-Amīn Būkẖubzah adalah wahabi.
Kalau mereka ingin hadir ke Malaysia, barangkali JAKIM dan beberapa negeri pun akan mengharamkan kedatangannya. Malah, kalau mereka dibenarkan hadir pun, mereka berdua tidak akan disambut secara keterujaan sepertimana insan yang didakwa cicit Rasulullah yang ke-38.
Kenapa?
Sebab tahu bahawa akidah mereka menyalahi ahli sunnah. Oleh sebab mereka ini bukan sekepala dengan sebahagian orang di sini, maka mereka berdua tidak ada layanan kemuliaan sepertimana insan yang didakwa cicit ke-38.
Saya berbicara ini bukan untuk bersangka buruk dengan ahli bait, apatah lagi mengajak untuk membelakangkan mereka.
Saya mahu masing-masing sedar realiti bahawa bukan semua ahli bait adalah sama dan bukan hanya dalam naratif al-Ḥabīb sahaja.
Malah, Syeikh Maḥmūd Saʿid Mamdūḥ pun akui bahawa dalam kalangan ahli bait ada yang Isma'iliah, Imamiah, Rafidhah dan Muktazilah.
Zaydiah pun ramai ulamanya dari kalangan ahli bait. Untuk permulaan, belek buku Aʿlām al-Muʾallifīn az-Zaydiyyah karya ʿAbdul Salām bin ʿAbbās al-Wajīh dan cubalah bilang berapa banyak daripadanya.
Janganlah selepas ini ada dakwaan bahawa insan dari ahli bait terus mahu diangkat habis dan mudah cair.
Ahli bait ada kemuliaannya, tetapi mahu atau tidak, akidah, manhaj dan prinsip akan diberikan keutamaan jua dalam ikutan berbanding sentimen zuriat.
Akhirnya, yang mengkultuskan insan yang didakwa cicit ke-38 sambil bermain sentimen ahli bait pun akhirnya menjadi penentang jua kepada ahli bait yang tidak sealiran.
Mujurlah JAKIM dan beberapa negeri telah mengambil tindakan untuk membatalkan kuliah insan yang didakwa cicit ke-38 ini walaupun agak lambat.
Selepas ini, usahalah meneroka khazanah ahli bait lebih luas supaya tidak terjadi sebegini lagi. Cuba teropong pada peninggalan zaydiah sebagai permulaan. Jangan hanya tersekat pada naratif al-Ḥabīb sahaja.
No comments:
Post a Comment