Soalannya adalah adakah kau mahu susah senang bersama dengan suami kau sepanjang hayat?
Hidup ini ada pasang surut. Ada masa kita bahagia. Ada masa kita diuji. Ada masa kita senang lenang. Ada masa kita perit dan jerih. Ada masa kita di atas. Ada masa kita di bawah.
Soalannya adalah apabila tiba masa untuk diuji dengan perit dan jerih dan tersungkur ke bawah, adakah masih setia dengan pasangan atau berkepit sesiapa sahaja yang berduit dan tinggalkan pasangan yang dahulu diikrarkan cinta sepenuh hati?
Perkahwinan 7 atau 8 tahun mungkin tidak ada masalah dengan suami yang bergaji besar, berkemampuan tinggi dan kerjaya yang cerah untuk masa hadapan. Cuma, kita tidak tahu apa akan jadi tahun-tahun yang mendatang.
Siapa sangka pada tahun 2020 kita diuji dengan Covid-19? Ramai yang di bidang pekerjaan yang orang pandang tinggi dan dilihat gah dibuang kerja, ditamatkan dan syarikat menjadi muflis. Sebelum itu, krisis ekonomi 2008 pun sudah teruk membadai syarikat dan individu. Itu belum lagi jika suami ditimpa kemalangan atau kejadian yang menyebabkan kecacatannya seumur hidup.
Baru-baru ini, syarikat-syarikat gergasi banyak membuang pekerja, khususnya atas sebab inflasi. Ada yang merekodkan jumlahnya sehingga 10,000 orang pekerja. Yakinkah kita pada masa ini kita tidak akan diuji seperti ini pada masa akan datang?
Soalannya adalah apabila tiba masanya krisis yang tidak dijangka, sedia atau tidak untuk berkorban banyak demi keluarga? Sudikah diri untuk berlapar seharian supaya anak kekenyangan? Sanggupkah melepaskan pergi cita-cita dalam hidup sama ada pelancongan, kerjaya, rumah dan lain-lain supaya anak-anak dapat belajar tanpa keciciran dan membesar menjadi orang yang berguna?
Apabila suami ditimpa musibah, jika selama ini bahagia dengan suri rumah, sanggupkah untuk bekerja lebih masa dan kurang tidur malam supaya anak-anak dapat makan dengan kenyang dan membesar dengan bahagia? Sanggupkah beri pendapatan lebih yang ada di akaun bank atau di poket demi menampung kekurangan suami yang terbeban atas dasar ihsan, empati dan kasihan?
Kuatkah mental apabila pasangan diuji dengan kejatuhan, kegagalan dan keruncingan sehingga menjejaskan pendapatan isi rumah dan perbelanjaan tampungan untuk sebulan atau setahun? Ketika ini, jika kecundang, ada yang sanggup ke tali gantung untuk menamatkan riwayat kerana tidak tahan hidup sukar, bunuh pasangan atau paling ringan, memisahkan perhubungan yang dibina kerana faktor kewangan.
Soalannya adalah sudikah dan bersediakah untuk mendepani cabaran rumah tangga? Sanggupkah konsisten untuk mengotakan janji bahawa untuk susah senang bersama sehingga akhir hayat?
Benar, seorang wanita ada hak untuk bertanya kepada calon sama ada dia memiliki kemampuan untuk tanggungan nafkah atau tidak serta perancangan masa hadapannya, khususnya tanggungan jangka masa panjang.
Cuma, kalau komitmen untuk perkahwinan yang kekal abadi, jangan hanya fikir kesenangan bersifat sekarang dan khayalan keterjaminan masa hadapan. Fikirkan juga cabaran dan persediaan mental dan jiwa jika berhadapan dengan krisis, lebih-lebih lagi kes senario yang terburuk yang tidak terjangka.
Kita tidak tahu lima tahun akan datang bagaimana. Entah wabak atau krisis ekonomi atau pembuangan pekerja. Soalannya adalah adakah mental dan spritual kita bersedia?

No comments:
Post a Comment