Cakap `asamjawa` tau pula melenting. Tapi, ustaz Aswaja korang dan mufti negeri sembilan yang korang sangat angkat pun pun tak mahu ambil kisah semata-mata untuk seorang yang diangkat sebagai mawla, apa lagi?
Kalau diketahui pembela insan yang didakwa cicit ke-38 adalah pengikut dan pembela tarekat Naqsyabandiah al-'Aliyyah, memang korang hipokrit lah.
Dengan orang ramai bukan punya main suruh taat autoriti jabatan agama untuk pembenaran penghalalan semula. Namun, demi seorang mawla, sanggup membelakangkan nasihat daripada ustaz dan mufti dari autoriti pihak agama. Hipokrit!
Kalau wahabi yang buat, aku fahamlah kau orang tak nak percaya dan tuduh sengaja cari masalah. Ni ustaz Aswaja dan mufti negeri sembilan dituduh mahu mengata buruk dan menimbulkan bara fitnah dalam masyarakat. Ustaz Aswaja dan mufti negeri sembilan dah sama macam wahabi dah.
-------------------------------
Bila title datuk dan dakwaan keturunan anak raja, cepat-cepat cari sampai ke lubang cacing untuk dapatkan pengesahan betul atau tidak.
Dulu, ada orang mempertikaikan arwah Bob Lokman ni cicit berketurunan Tok Kenali. Iye ke orang industri muzik ini anak keturunan ulama pondok terkemuka? Sampai begitu tertanya-tanya secara kritis.
Tapi, bila bab ahli bait, rilek. Dakwa keturunan keturunan diraja boleh ditangkap. Ni dakwa ahli bait boleh bagi pelepasan, malah nak dipuja dan dikultuskan?
-------------------------------
Ada pula sekarang nak bacakan hadis-hadis tentang ancaman menghina ahli bait. Aduhai. Kau nak baca hadis tu depan ustaz Aswaja dan mufti negeri sembilan ke demi nak pertahan seorang yang didakwa cicit ke-38?
Kalau ada ahli bait dari kalangan zaydiah seperti Hasan bin 'Aliyy as-Saqqof dan wahabi seperti Muhammad Bukhubzah bin al-Amin, tak ada punya kau nak baca hadis-hadis itu, apatah lagi mahu menyanjung mereka berdua macam mawla itu kerana kau tahu akidahnya menyeleweng serta kau tahu mereka tidak boleh diikuti dan tidak layak dimuliakan.
Malah, kau pun akan cari juga bermacam alasan untuk menafikan nasab keturunan mereka disebabkan akidahnya tidak selari dengan kau.
Kenapa yang sekadar muka mempesonakan terus cair, cepat percaya dakwaannya dan bersungguh-sungguh mengkuduskan? Kadang kedunguan ini membuatkan orang lain ingin marah, ketawa dan kecewa dalam masa yang sama.
No comments:
Post a Comment