Dr. Umar Muhammad Noor, tokoh hadis di tanah air kita ini menzahirkan rasa kekaguman dan ketakjuban melihat manhaj al-Ḥāfiẓ ʿAbdullah bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġhumāriyy.
Saya juga berkongsi perasaan yang sama setelah menelaah karya-karya keluarga al-Ġhumāriyy yang berketurunan Rasulullah SAW yang ahli hadis sufi untuk mengamati manhaj dan pemikiran mereka.
Saya merasakan sesiapa sahaja yang membaca karya-karya keluarga al-Ġhumāriyy akan menemukan keunikan dan keistimewaan yang tidak ada pada sufi yang lain secara umum dan tidak ada pada tokoh dari zuriat baginda yang lain secara khusus.
Saya dahulu memang kenal keluarga al-Ġhumāriyy dari nama dan selapis sahaja seperti kebanyakan orang kerana kitab mereka tidak banyak diterjemahkan, malah kurang diwacanakan walau di wahana Aswaja sendiri. Hanya orang yang mahir berbahasa Arab sahaja yang boleh menggarap tinta keilmuan mereka melalui karya asli mereka. Inilah faktor utama mengapa manhaj mereka ini agak terasing dalam pengetahuan Aswaja secara khusus.
Saya dapat tahu hal ini pun apabila mengikuti perkongsian Syeikh Maḥmūd Saʿīd Mamdūḥ yang agak giat aktif mengongsikan manhaj keluarga al-Ġhumāriyy. Kemudian, barulah saya terdorong untuk mengumpulkan dan membaca karya-karya mereka.
Sememangnya al-Ḥāfiẓ ʿAbdullah sama sepertimana disifatkan Dr. Umar Mohammad Noor. Malah, apa yang disifatkan oleh Dr. Umar Mohammad Noor ini juga boleh disandangkan bersama pada ahli keluarganya yang lain.
Ini kerana keluarga ini memperjuangkan pembaharuan dalam dunia kesufian dengan menyeru kepada ijtihad, menentang taklid yang tercela, menyanggah ketaksuban mazhab dan menghidupkan tradisi ahli hadis serta pemikiran kritis.
Saya telah memperkenalkan beberapa daripadanya di sini :
(a) Keluarga al-Ġhumāriyy : Keturunan Rasulullah SAW Yang Menentang Ketaksuban, Taklid Buta Dan Sufi Yang Batil
https://marzukamartillo.blogspot.com/2021/03/keluarga-al-ghumariyy-keturunan.html
(b) Mengapa Saya Minat Mengkaji Manhaj Dan Pemikiran Keluarga Al-Ġhumāriyy?
https://marzukamartillo.blogspot.com/2021/03/mengapa-saya-minat-mengkaji-manhaj-dan.html
(c) Al-Ḥāfiẓ ʿAbdullah Al-Ġhumāriyy Menarik Balik Karyanya Al-Kanz Aṯs-Ṯsamīn Kerana Terdapat Hadis Dhaif Di Dalamnya
https://marzukamartillo.blogspot.com/2021/03/al-hafiz-abdullah-al-ghumariyy-menarik.html
(d) Al-Ḥāfiẓ ʿAbdullah bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġhumāriyy Pernah Menarik Balik Pandangannya
https://marzukamartillo.blogspot.com/2021/03/al-hafiz-abdullah-bin-muhammad-bin-as.html
(e) Al-Ḥāfiẓ ʿAbdullah bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy Pernah Dituduh Cenderung Pada Wahabi!
https://marzukamartillo.blogspot.com/2021/04/al-hafiz-abdullah-bin-muhammad-bin-as.html
(f) Az-Zāwiyah Wa Mā Fīhā Min al-Bidaʿ Wa al-Aʿmāl al-Munkaroh : Karya Tokoh Berketurunan Rasulullah SAW Dalam Membasmi Sufi Yang Batil
https://marzukamartillo.blogspot.com/2021/04/az-zawiyah-wa-ma-fiha-min-al-bida-wa-al.html
(f) Al-Ḥāfiẓ ʿAbdullah bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy Pernah Dituduh Cenderung Pada Wahabi!https://marzukamartillo.blogspot.com/2021/04/al-hafiz-abdullah-bin-muhammad-bin-as.html
No comments:
Post a Comment