Tuesday, 6 April 2021

Nobita Dan Giant : Dua Jenis Perwatakan Orang Yang Tidak Mahu Belajar


Dalam cerita Doraemon, ada dua jenis orang yang tidak mahu belajar.

Nobita. Kita memang tahu yang dia ini sememangnya pemalas, tidak ada rasa kepedulian untuk belajar dan tiada ada cita-cita yang membekas dalam jiwanya. 

Kalau ada cetusan yang memotivasikannya, ia sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja. Tidak ada kecekalan, tidak ada kesungguhan, mudah berbolak-balik, selalu mengeluh serta terlalu mengharap kepada cara mudah dan cara manja. 

Meskipun ada impian, tetapi ia tidak pernah diusahakan secara bersungguh-sungguh dan tidak diterjemahkan melalui dedikasi. Hanya kata-kata dan angan-angan.

Walau pujuk dengan apa jua cara seperti Doraemon lakukan atau tengking dengan apa jua cara seperti ibu Nobita lakukan, tetap tidak berganjak dari kemalasan dan semangat yang mudah pudar. Situasi keterpaksaan dan kesukaran pun masih tidak memberi pengajaran dan pelajaran untuknya. Memang benar yang hidayah ini milik Allah secara mutlak.

Tetapi hairan pula yang Sizuka berkenan dengan orang sebegini. Memang lelaki yang terlalu baik untuknya bukan pilihan wanita agaknya semenjak zaman Fujio F. Fujiko.

Cakap tentang Nobita. Kadangkala kita lihat sahaja perangai orang suka berkata: "Tolong lukis, boleh?" atau "Boleh buat video untuk ini?". Masing-masing tunjukkan rasa malas dan keberatan untuk membaca.

Buku-buku ilmiah di luar sana lebih banyak perkataan berbanding lukisan. Ahli cendekiawan, intelektual, sarjana dan lain-lain menjadi pandai kerana membaca buku yang banyak perkataan daripada lukisan.

Jujur aku cakap. Orang yang malas dan tiada semangat untuk membaca, janganlah mimpi untuk menjadi pandai. Lebih baik mengaku sahaja anda adalah orang bodoh.

Semua benda mahu disantaikan dan dimanjakan. Saya tidak nafikan yang pentingnya untuk menyediakan kemudahan dan memaparkan elemen yang menarik bagi tenaga pengajar dan penyampai ilmu. Namun, apa guna kemudahan itu disia-siakan, dipandang remeh, malah tidak disyukuri kerana tenggelam rasa malas? Kemudahan yang dimudahkan untuknya diambil mudah pula oleh celaka pukimak ini.

Nanti kalau sudah lukis, tetapi ada beberapa puluh halaman untuk menerangkan konsep pun masih mengeluh. Nanti kalau dah buat video, tetapi durasinya lama pun untuk mencangkupi aspek-aspeknya pun masih mengeluh. Layaklah orang ini dimaki hamun.

Yang hairannya adalah mereka ini juga ke sana ke sini ingin mengulas, mengomentar dan bercakap seolah-olah dia adalah jaguh dan benar. Teman-temannya, malah dia sendiri pun kenal yang dia jenis mudah beralah untuk menelaah penulisan panjang. Sama seperti Nobita yang ada lagak, tetapi teman-temannya tahu yang itu cuma kosong atau indah khabar daripada rupa.

Orang sebegini juga selalu mempertikaikan orang lain dan menyindir mereka yang tidak sependapat, tetapi masa yang lapang tidak pernah digunakan untuk membaca buku. Membaca pun sebab digertak dan disanggah. Barulah terhegeh-hegeh mahu cari rujukan, menyemak dan mengkaji. Kalau Doraemon ada di sisi mereka, pasti mereka merayu menangis-nangis pada Doraemon untuk keluarkan alat agar cepat menjadi pandai yang mampu berdebat dan memberi hujah lawan balas kepada orang yang menyanggahnya.

Duit yang banyak langsung tidak terlintas di fikirannya untuk membeli buku. Aktiviti membaca dan pembelian buku seolah-olah tiada prioriti dalam hidupnya. Samalah macam Nobita yang duit banyak beli mainan dan komik. Namun, orang ini juga ingin menjadi hero di mata masyarakat bahawa dialah yang paling tahu, yang mengkaji dan yang mapan pengetahuannya. Salam jari tengah untuk mereka ini.

Kemudian, Giant atau nama sebenarnya Takeshi Gouda bagi yang tidak tahu. Dalam cerita Doraemon, Giant memang minat dalam nyanyian dan pernah jatuh cinta dengan perempuan. Giant pernah meminta nasihat dari Nobita dan Sinyu, khususnya untuk memajukan karier nyanyiannya dan nasihat untuk menawan hati gadis yang memikat jiwanya.

Namun, malangnya Giant sangat benci mendengar kritikan dan respons balas yang negatif. Giant tidak boleh mengakui kekurangannya bahawa suaranya sumbang dan nyanyiannya dibenci kawan-kawannya. Giant sukar menerima kenyataan bahawa ada sisi yang tidak menarik yang menyebabkan gadis yang dicintainya lari daripadanya dan tidak mahu mendekatinya.

Kalau kita mengatakan yang buruk walaupun benar dan memberikan kritikan yang membina, siap sedialah pulang rumah dengan benjol dan lebam di kepala. 

Kalau Sizuka kena pukul juga? Entahlah. Mungkin simp Giant pada Sizuka kuat sangat agaknya.

Orang seperti Giant ini juga berbahaya bagi orang yang ada hasrat untuk memajukan diri. Mulut kata mahukan nasihat, tetapi sebenarnya ingin bodekan dan pujian. Mata sudah buta melihat kekurangan diri dan menerima kenyataan yang benar meskipun pahit. Seolah-olah kritikan dan menyatakan kekurangan yang perlu diperbaiki adalah penghinaan untuknya.

Orang yang sombong dan perasan bagus ini memang sampai bila-bila pun tidak akan belajar dan memperbaiki diri. Sampai bila-bila pun kekal di takuk kebodohan dan kepompong yang menjumudkan diri. Nasihat yang berguna tidak dimanfaatkan dan diambil peduli. Malah, diherdik pula.

Orang ini lebih berbahaya jika mereka mempunyai kuasa seeprti Giant. Bayangkan jika ada pemimpin yang tertinggi ini bersikap sama seperti Giant. Kalau kritik, siap sedialah terima notis dipecat, dibuang, ditendang, dihentam, dimaki dan pelbagai lagi yang lain. 

Bagaimana jika dia mengemudi tentera di bawah pimpinannya? Saksikanlah kehancurannya akibat keegoannya.

Namun, kedua-duanya memiliki personaliti yang sama, iaitu mudah dengki dan cemburu. Nobita kadangkala cemburu melihat kepandaian Dekisugi yang memikat Sizuka. Giant pula tidak suka melihat orang yang mampu setanding dengannya kecuali ibu Giant.

Cuma, cemburu Nobita ini tidak begitu berbahaya pada orang lain, tetapi jelek untuk diri sendiri kerana walaupun cemburu, tetap juga tidak berusaha bersungguh-sungguh agar dapat bersaing dengan Dekisugi. Jenis cemburu yang ini hanya merugikan Nobita sahaja.

Akan tetapi, cemburu Giant sangat bahaya bagi mereka yang miliki kuasa dan kekuatan. Tidak suka disaing dan tidak boleh mengiktiraf yang orang lain mampu hebat sepertinya. Jenis cemburu yang ini akan memudaratkan orang lain.

No comments:

Post a Comment