Tak sangka sudah ada terjemahan rupanya. Terima kasih untuk seseorang yang mengingatkannya.
Saya sudah buat sinopsis penghasilan buku ini di sini : https://marzukamartillo.blogspot.com/2021/04/az-zawiyah-wa-ma-fiha-min-al-bida-wa-al.html
Saya ringkaskan sedikit di sini daripada penulisan saya yang tersebut.
Buku ini ditulis oleh tokoh sufi yang berketurunan Rasulullah SAW dari jalur al-Ġhumāriyy, Muḥammad az-Zamzamiyy bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq yang meninggalkan tarekat ad-Darqowiyyah dan berlepas diri daripada zawiyah kelolaan abangnya, al-Ḥāfiẓ Aḥmad.
Malah, beliau juga sampai mengaku yang beliau tidak terikat mana-mana mazhab dalam karya ini. Cuma, beliau masih lagi percaya bahawa tasawwuf adalah salah satu cabang ilmu sepertimana fiqh.
Beliau juga menghasilkan buku ini kerana ingin mengkritik amalan-amalan kesufian yang jahil yang berleluasa di sekitarnya dan zamannya seperti penghujahan mimpi, pengamalan wirid yang keterlaluan, perayaan kubur, istighasah selain Allah dan pelbagai lagi.
Buku ini sememangnya wajar dibaca bagi orang yang mahu menuju kepada reformasi kepada praktis kesufian. Dalam buku ini membuktikan bahawa :
(a) Para sufi juga aktif dan terkehadapan menentang bidaah. Bukan anggap kerja menentang bidaah ini adalah kerja wahabi sahaja yang mahu buat kacau orang sekeliling.
(b) Keturunan Rasulullah SAW juga dikritik. Dalam buku ini, beliau menyinggung ayahnya dan abangnya sendiri! Jadi, tidak ada pengkultusan atau pengkudusan yang semua daripada zuriat baginda. Mereka yang menanggung darah baginda sama sekali tidak mewarisi kemaksuman dan wajib mengikut landasan manhaj ilmu yang betul sepertimana Muslim yang lain.
Nota : Bukan mesti perlu setuju semua kandungan. Kalau ingin melihat beberapa perspektif yang berbeza dan menyuburkan lagi gerak minda kritis, boleh menelaah buku ini.
No comments:
Post a Comment