Kalau sufi ingin mereformasikan pemikiran dan manhaj, saya mencadangkan untuk baca kitab tokoh sufi yang saya senaraikan di bawah ini.
Kenapa penting mereformasikan praktik kesufian? Bukti yang paling jelas adalah kebanyakan ajaran sesat yang diwartakan di negara kita kesemuanya berakarkan kefahaman kerohanian yang berkecenderungan atau yang mempunyai pertalian rapat dengan Batiniyyah.
Apabila seseorang tidak memiliki manhaj ilmu yang lurus dan tulen, mudah sahaja sufi ini terbabas dan terheret dalam kesesatan kerana mereka berada di kawanan yang sama-sama membawa fokus kerohanian. Cuma, yang membezakannya adalah manhajnya dan metodologinya.
Saya tahu kalau kita cadangkan atau serukan kepada reformasi, selalunya mesti disangka ia adalah gagasan daripada wahabi. Malah, kalau kritik golongan Batiniyyah yang sememangnya jelas kesesatannya, pasti dituduh wahabi!
Sebenarnya tokoh sufi kontemporari kita, Hamza Yusuf pun sudah mendedahkan sebahagian perangai sufi yang apabila dikritik, mesti akan menuduh orang lain wahabi. Tonton di sini : https://www.youtube.com/watch?v=wxdaM4OpgDo
Apapun, saya tidak mahu cadang kitab wahabi sebab memang ia tidak akan diusik buat selama-lamanya. Malah, wahabi agak jauh dengan praktis kesufian menyebabkan adanya jurang kefahaman antara dunia kesufian dengan dunia salafi. Oleh sebab itu, memang agak sukar untuk sang salafi galas peranan untuk mereformasikan kesufian.
Baca sendiri kitab tokoh kebesaran sufi ini, iaitu al-Imām Jalāluddīn as-Suyūṭiyy, al-Ḥāfiẓ ʿAbdullah bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġhumāriyy dan adiknya Syeikh Muḥammad az-Zamzamiyy yang kedua-dua ini merupakan keturunan Rasulullah SAW.
Lihat sendiri bagaimana mereka ini menjadi tokoh sufi yang kritis. Mereka tidak begitu apologetik dengan praktis kesufian sekalipun banyak penghujahan amalan kesufian mereka diambil daripada oleh para sufi.
Yang menariknya, al-Ḥāfiẓ ʿAbdullah al-Ġhumāriy pernah dituduh cenderung kepada wahabi kerana kritis dalam menapis cerita karamah wali dan menolak beberapa kisah wali yang mengarut, dusta dan keterlaluan. Baca kenyataannya dalam muqadimah kitab Awliyāʾ Wa Karōmāt.
Bayangkan al-Ḥāfiẓ ʿAbdullah antara yang lantang menentang wahabi dan al-Albāniyy serta diangkat tinggi oleh aliran sufi pun dituduh cenderung kepada wahabi. Sememangnya membenarkan apa yang disebutkan oleh Hamza Yusuf.
Maka, inilah karya-karya untuk menuju kepada reformasi pemikiran sufi :
(a) Taḥḏzīr al-Kẖowwāṣ Min Akāḏzīb al-Quṣṣōṣ karya al-Imām Jalāluddīn as-Suyūṭiyy. Saya pernah buat ulasan untuk kitab ini di sini : https://www.facebook.com/photo?fbid=503367584365282&set=a.456406222394752
(b) Al-Amr Bi al-Ittibāʿ Wa an-Nahy ʿAn al-Ibtidāʿ karya al-Imām Jalāluddīn as-Suyūṭiyy. Karya ini membuktikan bahawa sufi juga lantang, aktif dan terkehadapan menentang bidaah. Beliau mengumpulkan beberapa amalan bidaah, lalu diberikan kritikan dan peringatan. Tidak seperti sufi hari ini yang kalau diwacanakan tentang bidaah, dianggap ia adalah dari mulut wahabi atau ada perlian ketika mengingatkan tentang bidaah: "Kalau semua bidaah, naik kereta pun bidaah!". Ini bukan pembawaan sufi yang berminda reformis.
(c) Ar-Rodd ʿAlā Man Akẖlada Fī al-Arḍ Wa Jahila Anna al-Ijtihād Fī Kull ʿAṣr Wa Farḍ karya al-Imām Jalāluddīn as-Suyūṭiyy.
(d) Az-Zāwiyah Wa Mā Fīhā Min al-Bidaʿ Wa al-Aʿmāl al-Munkaroh karya Syeikh Muḥammad az-Zamzamiyy bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq. Saya pernah membuat ulasan untuk kitab ini di sini : https://www.facebook.com/photo?fbid=497945734907467&set=a.456406222394752
(e) Iʿlām al-Muslim Bi Mā Fī Kalām at-Tijāniyy Min al-Kaḏzib aẓ-Ẓōhir Wa al-Kufr al-Mubīn karya Syeikh Muḥammad az-Zamzamiyy bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq. Lihat bagaimana sufi keturunan Rasulullah SAW ini menyaring tarekat, khususnya at-Tijāniyyah berdasarkan neraca ilmu dan penghujahan. Beliau tidak bulat-bulat membenarkan semua pengamalan yang ada dalam tarekat.
(f) Bidaʿ at-Tafāsīr karya al-Ḥāfiẓ ʿAbdullah bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġhumāriyy. Saya pernah menceritakan sedikit tentang kandungan kitab ini : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=489938465708194&set=pb.100040761337193.-2207520000..&type=3
(g) Awliyāʾ Wa Karōmāt karya al-Ḥāfiẓ ʿAbdullah bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġhumāriyy. Saya pernah membuat ulasan untuk kitab ini di sini : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=512676816767692&set=pb.100040761337193.-2207520000..&type=3
(h) Baca karya-karya al-Ḥāfiẓ ʿAbdullah bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġhumāriyy.
(i) Baca karya-karya keluarga al-Ġhumāriyy. Saya sudah mengumpulkan beberapa darinya di sini : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=491869708848403&set=pb.100040761337193.-2207520000..&type=3
No comments:
Post a Comment