Kita lihat ada ulama mereka mengeluarkan dalil untuk menjustifikasikan perjanjian damai dengan negara haram. Boleh baca di sini : https://marzukamartillo.blogspot.com/2020/11/dalil-yang-mereka-gunakan-untuk.html
Saya pada mulanya sangka dalil-dalil ini baru sahaja dibahaskan dan diwacanakan apabila negara Arab ini mula ingin membuat perjanjian damai.
Rupa-rupanya dalil ini sudah lama dibincangkan. Ia tertulis dalam al-Fatāwā ašh-Šhāḏzḏzah ; Maʿāyīruhā Wa Taṭbīqōtuhā Wa Asbābuhā Wa Kayfa Nuʿālijuhā Wa Natawaqqōhā karya Dr. Yūsuf al-Qoroḍōwiyy.
Buku ini diterbitkan pada tahun 2010. Maknanya, sejak dari 2010 dan ke bawah sudah ada perbincangan ulama tentang perjanjian damai dengan Isra(h)ell.
Namun, pada masa itu, pendapat untuk berdamai dengan Isra(h)ell adalah pendapat yang syaz (ganjil). Hari ini, entah macam mana.
Buku Dr. Yūsuf al-Qoroḍōwiyy boleh dimuat turun di sini : https://qaradawi.github.io/fatawa-shadha
No comments:
Post a Comment