Sunday, 29 November 2020

Peralihanku Ke Pembacaan Digital


Mula beralih ke pembacaan digital.

Terus-terang. Agak kekok rasa bila cuba untuk membiasakan norma baharu.

Sebab selama ini aku agak tidak gemar pembacaan ebook. Faham-fahamlah generasi tua ini macam mana lainnya.

Selalu kalau ada ebook pun, aku print. Lagi suka pembacaan dengan menyentuh kulit buku dan menatap kertas berbanding skrin.

Salah satu sebab aku beralih ke ebook sebab memang sudah sengkek sangat. Buku yang diperlukan pun agak mahal, lebih-lebih lagi buku bahasa Inggeris dan aku memerlukan waktu cepat untuk dimiliki.

Aku sebenarnya baru tahu ebook rupanya murah sebab masa itu aku sedang cari buku John C. Maxwell. Tiba-tiba terjumpa ada buku dijual harga RM 1. Selama ini aku ingat harga ebook ini separuh harga dengan buku nyata. Selepas dapat tahu harga murah ini, terus aku borong banyak buku digital.

Tips penting yang aku ingin kongsi adalah sila pastikan betul-betul ebook itu adalah PDF atau audiobook.

Kadangkala, ada peniaga ini pandai buat kesamaran atau kita ini terlalu gopoh memborong sampai tidak melihat perincian produk. Jaga-jaga. Rugi RM 1 atau RM 2 pun, bayangkan RM 1 itu boleh beli buku lain yang lebih berguna.

Lain cerita kalau diberikan audiobook dan pdf sekali. Mungkin ok sikit.

No comments:

Post a Comment