Firman Allah ʿAzza Wa Jalla :
إِنَّ الَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ اللَّـهَ يَدُ اللَّـهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ ۚ فَمَن نَّكَثَ فَإِنَّمَا يَنكُثُ عَلَىٰ نَفْسِهِ ۖ وَمَنْ أَوْفَىٰ بِمَا عَاهَدَ عَلَيْهُ اللَّـهَ فَسَيُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا
"Sesungguhnya mereka yang berbaiah kepadamu sebenarnya mereka berbaiah kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan mereka. Sesiapa yang mencabuli baiah itu, maka sebenarnya dia telah mencabuli dirinya. Sesiapa yang memenuhi terhadap apa yang dia berjanji kepada Allah terhadapnya, nescaya Dia akan memberikan ganjaran yang sangat besar". [Surah al-Fatḥ ayat 11].
Dalam anime (saya tidak tahu kalau selain anime bagaimana), apabila tiba babak yang mana sesama sahabat atau komrad atau rakan seperjuangan ingin bersumpah setia atau berikrar untuk komitmen atau berjanji untuk merealisasikan kejayaan, selalunya masing-masing akan menghulurkan tangannya bersama-sama, kemudian melafazkan ikrar atau sumpah setia atau janji mereka. Contohnya seperti gambar ini.
Ini sekadar ingin mendekatkan kefahaman. Saya bukan ingin kata bahawa "tangan" Allah itu hakikatnya berada di atas tangan orang yang berbaiah secara literal.
Takwil yang saya boleh cadangkan untuk "tangan Allah di atas tangan mereka" adalah "Allah bersama mereka ketikamana mereka meletakkan tangan mereka atau berjabat tangan untuk berbaiah" atau seumpama dengannya.
Sebab itulah disebutkan ayat "Sesungguhnya mereka berbaiah kepadamu sebenarnya mereka berbaiah kepada Allah". Ini menunjukkan bahawa mereka berbaiah bukan hanya pada Rasulullah SAW, tetapi mereka juga berbaiah dengan Allah kerana Allah juga bersama Rasulullah SAW dan mereka ketika kedua-dua belah pihak berbaiah. Maka, sesuailah bagi saya takwil "tangan Allah di atas tangan mereka" adalah menunjukkan kebersamaan-Nya ketika proses baiah. Seakan-akan Allah juga "menghulurkan tangan" dan "bersalaman" ketika proses baiah antara Rasulullah SAW dan para sahabatnya.
Saya dapat idea takwil ini setelah membaca penjelasan al-Imām Abū Saʿīd ad-Dārimiyy seperti berikut :
وَرَوَى المُعَارِضُ أَيْضًا عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ: «الرُّكْنُ يَمِينُ الله فِي الأَرْضِ، يُصَافِحُ بِهِ خَلْقَهَ»، فَرَوَى عَنْ هَذَا الثَّلْجِيِّ مِنْ غَيْرِ سَماع مِنْهُ أَنه قَالَ: يَمِينُ الله: نِعْمَتُهُ وَبَرَكَتُهُ وَكَرَامَتُهُ، لَا يَمِينُ الأَيْدِي. فيُقال لِهَذَا الثَّلْجِيِّ ألَّذِي يُرِيدُ أَنْ يَنْفِيَ عَن الله بِهَذِهِ الضَّلَالَاتِ يَدَيْهِ اللَّتَيْنِ خَلَقَ بِهِمَا آدَمَ. وَيْلَكَ أَيُّهَا الثَّلْجِيُّ! إِنَّ تَفْسِيرَهُ عَلَى خِلَافِ مَا ذَهَبْتَ إِلَيْهِ، وَقَدْ عَلِمْنَا يَقِينًا أَنَّ الحَجَرَ الأَسْوَدَ لَيْسَ بِيَدِ الله نَفْسِهِ، وَأَنَّ يَمِينَ الله مَعَهُ عَلَى العَرْشِ غَيْرُ بَائِنٍ مِنْهُ، وَلَكِنْ تَأْوِيلهُ عِنْدَ أَهْلِ العِلْمِ: كَأَنَّ الَّذِي يُصَافِحُ الحَجَرَ الأَسْوَدَ وَيَسْتَلِمُهُ كَأَنَّمَا يُصَافِحُ الله، كَقَوْلِهِ تَعَالَى: {إِنَّ الَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ اللَّهَ يَدُ اللَّهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ} [الفتح: 10]. فَثَبَتَ لَهُ اليَدُ الَّتِي هِيَ اليَدُ عِنْدَ ذِكْرِ المُبَايَعَةِ، إِذْ سَمَّى اليَدَ مَعَ اليَدِ، وَاليَدُ مَعَهُ عَلَى العَرْشِ، وَكَقَوْلِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم: «إِنَّ الصَّدَقَةَ تَقَعُ فِي يَدِ الرَّحْمَنِ قَبْلَ يَدِ السَّائِلِ». فَثَبَتَ بِهَذَا اليَدَ الَّتِي هِيَ اليَدُ، وَإِنْ لَمْ يَضَعْهَا المُتَصَدِّقُ فِي نفس يَدِ اللهِ. وَكَذَلك تَأْوِيلُ الحَجَرِ الأَسْوَدِ، إِنَّمَا هُوَ إِكْرَامٌ لِلْحَجَرِ الأَسْوَدِ، وَتَعْظِيمٌ لَهُ وتَثْبِيتٌ لِيَدِ الرَّحْمَن وَيَمِينِهِ، لَا النِّعْمَةُ كَمَا ادَّعى الثَّلْجِيُّ الجَاهِلُ فِي تَأْوِيلِهِ، وَكَمَا يَقْدِرُ أَنْ يَكُونَ مَعَ كُلِّ صَاحِبِ نَجْوَى مِنْ فَوْقِ عَرْشِهِ، كَذَلِكَ يَقْدِرُ أَنْ تَكُونَ يَدُهُ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ مِنْ فَوْقِ عَرْشِهِ.
[Saya tidak mahu terjemah supaya saya tidak mahu ada Jahmiyyah pedih ulu hati apabila membaca ini].
Saya sudah meneliti beberapa tafsir dari pelbagai rujukan untuk melihat bagaimana takwilnya. Setakat penerokaan saya yang jahil ini, saya belum menemukan mana-mana mereka yang takwil seperti ini.
Apapun, di sini, saya tidak ingin berkata bahawa takwil ahli tafsir yang berwibawa ini salah. Saya hormati pandangan mereka dalam mengemukakan takwil mereka. Takwil yang saya kemukakan ini pun adalah idea yang mendatang ketika membaca kalam al-Imām ad-Dārimiyy ini.
No comments:
Post a Comment