Nota : Saya sekadar terjemah untuk pendedahan sahaja. Bukan mewakili pandangan ini! Rasa nak bagi pandangan, dipersilakan.
Siri 1
قال : اليهود خونة يغدرون و لا يؤتمنون فكيف نتصالح معهم؟
قلت: الرسول صلى الله عليه وسلم كان يعلم ذلك من حالهم، ويعلم أنهم حاولوا قتله... ويعلم غدرهم وخيانتهم ومع ذلك صالحهم!
بل إن الله أمر بحفظ الصلح حتى إذا خفنا من قوم خيانة، وأننا لا تلغي الصلح بيننا وبينهم إلا بإعلامهم وإشعارهم فننبذ إليهم صلحهم علنا ... قال تعالى: {وَإِمَّا تَخَافَنَّ مِنْ قَوْمٍ خِيَانَةً فَانْبِذْ إِلَيْهِمْ عَلَى سَوَاءٍ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْخَائِنِينَ } [الأنفال: 58].
وفق الله الجميع لما يحبه ويرضاه.
Orang berkata: "Yahudi pengkhianat yang tidak setia dan tidak dipercayai. Bagaimana kita boleh saling berdamai dengan mereka?".
Aku katakan: Rasulullah SAW dahulu mengetahui keadaan mereka itu dan mengetahui mereka cuba membunuhnya dan mengetahui ketidaksetiaan dan pengkhianatan mereka. Meskipun begitu, baginda tetap berdamai dengan mereka!
Sebenarnya Allah sesungguhnya menyuruh menjaga perjanjian damai sehingga kita khuatir terhadap kaum yang khianat dan kita tidak boleh membatalkan perjanjian damai di antara mereka dengan kita melainkan melalui maklumat dan deklarasi mereka, maka kembalikan perjanjian itu kepada mereka dengan cara kita. Allah berfirman :
وَإِمَّا تَخَافَنَّ مِنْ قَوْمٍ خِيَانَةً فَانْبِذْ إِلَيْهِمْ عَلَى سَوَاءٍ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْخَائِنِينَ
"Apabila engkau benar-benar bimbang terhadap pengkhianatan daripada suatu kaum, maka kembalikanlah perjanjian itu kepada mereka secara adil. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berkhianat". (Surah al-Anfāl ayat 58).
Semoga Allah memberi taufik kepada kesemua kita untuk apa yang Dia cintai dan Dia redhai.
Terjemahan daripada : https://www.facebook.com/mohammadbazmool/posts/3302095089908954
Siri 2
قال : كيف نصالح اليهود، وقد استولوا على ارض المقدس وطردوا أهلها منها؛ والله تعالى يقول: (إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَىٰ إِخْرَاجِكُمْ أَن تَوَلَّوْهُمْ ۚ وَمَن يَتَوَلَّهُمْ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ ).
قلت: المشركون في مكة ؛ استولوا على المسجد الحرام ومنعوا منه الرسول صلى الله عليه وسلم والصحابة. واستولوا على بيوت المهاجرين. ... وأرادوا قتل الرسول صلى الله عليه وسلم أو سجنه أو إخراجه من بلده ... "ولولا أن أهلك أخرجوني منك ما خرجت"....
ومع ذلك صالحهم في صلح الحديبية... حفظ الصلح حتى حصل منهم ما يناقض الصلح والعهد.
والله الموفق!
Orang berkata: "Bagaimana kita boleh saling berjanji damai dengan Yahudi sedangkan mereka menakluk tanah Maqdis dan mengusir penduduknya? Allah juga berfirman :
إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَىٰ إِخْرَاجِكُمْ أَن تَوَلَّوْهُمْ ۚ وَمَن يَتَوَلَّهُمْ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
"Sebenarnya Allah melarang (berbuat baik) terhadap kalian daripada orang yang memerangi kalian dalam urusan agama, mengusir kalian daripada negeri kalian serta memberi pertolongan untuk mengurus pengusiran kalian. Sesiapa yang menyerah urusan kepada mereka, maka mereka itulah orang yang zalim".
Aku katakan: Kaum Musyrikin di Makkah! Menakluk Masjidil Haram dan menegah Rasulullah SAW dan para sahabatnya daripadanya. Mereka juga menguasai rumah-rumah kaum Muhajirin.
Mereka juga cuba membunuh Rasulullah SAW atau memenjarakannya atau mengusirnya daripada negerinya. (Baginda berkata): "Kalaulah pendudukmu (Makkah) tidak mengusir aku, pasti aku tidak akan keluar".
Pun begitu, baginda membuat perjanjian damai dengan mereka dalam Hudaybiyyah. Baginda menjaga perjanjian damai itu sehingga terjadinya penentangan terhadap perjanjian damai dan perjanjian lain.
Allah jualah yang pemberi taufik!
Terjemahan daripada : https://www.facebook.com/mohammadbazmool/posts/3302177093234087
Siri 3
قال : كفار قريش كانوا من اهل مكة اما الانجاس الصهاينة فهم ليسوا من اهل فلسطين كما انهم لا زالوا يمارسون الظلم ويسفكون الدماء ويعتدون على الحرمات ،،فأي صلح هذا الذي ترمون اليه؟!
قلت : كفار مكة في زمن الرسول صلى الله عليه وسلم، قال الله تبارك وتعالى عنهم: ({يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ فَلَا يَقْرَبُوا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ بَعْدَ عَامِهِمْ هَذَا وَإِنْ خِفْتُمْ عَيْلَةً فَسَوْفَ يُغْنِيكُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ إِنْ شَاءَ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ حَكِيمٌ)} [التوبة: 28].
كفار مكة المشركون نجس، فليس لهم حق في أطهر البقاع، وليسوا هم من أهل مكة. فلا يقربوا المسجد الحرام بعد عامهم ، فهل يقال بعد هذا أنهم أهل الحرم؟!
ولما افتخروا بسقاية الحاج قال تعالى: {مَا كَانَ لِلْمُشْرِكِينَ أَنْ يَعْمُرُوا مَسَاجِدَ اللَّهِ شَاهِدِينَ عَلَى أَنْفُسِهِمْ بِالْكُفْرِ أُولَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ وَفِي النَّارِ هُمْ خَالِدُونَ (17) إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّهَ فَعَسَى أُولَئِكَ أَنْ يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ (18) أَجَعَلْتُمْ سِقَايَةَ الْحَاجِّ وَعِمَارَةَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ كَمَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَجَاهَدَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ لَا يَسْتَوُونَ عِنْدَ اللَّهِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ} [التوبة: 17 - 19].
فتدبر ربي يهديك في كلام الله!
وبالله التوفيق.
Orang berkata: Orang kafir Quraisy adalah penduduk Makkah. Adapun, sang najis Zionis, mereka bukan penduduk Palestin sepertimana mereka terus-menerus melaksanakan kezaliman, menumpahkan darah dan melampaui batas dalam illegitimasi. Perjanjian damai yang mana kalian mahu lempar kepadanya?
Aku katakan: Kaum kafir Makkah pada zaman Rasulullah SAW, Allah Tabāroka Wa Taʿālā berfirman tentang mereka:
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ فَلَا يَقْرَبُوا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ بَعْدَ عَامِهِمْ هَذَا وَإِنْ خِفْتُمْ عَيْلَةً فَسَوْفَ يُغْنِيكُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ إِنْ شَاءَ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ حَكِيمٌ
"Wahai orang yang beriman! Sebenarnya orang Musyrik adalah najis. Maka, janganlah kalian (kaum Musyrik) mendekati Masjidil Haram selepas tahun mereka yang ini. Jika engkau khuatir kesempitan, maka nanti Allah menganugerahi kalian kelebihan-Nya jika Dia izinkan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana" (Surah at-Taubah ayat 24).
Kafir Makkah Musyrikin adalah najis. Tidak ada hak untuk mereka pada sesuci-suci bahagian tanah. Mereka juga bukan penduduk Makkah, lalu janganlah mereka mendekati Masjdil Haram selepas tahun mereka. Adakah dikatakan selepas tahun ini bahawa mereka adalah penduduk tanah Haram?
Ketikamana mereka saling berbangga dengan kegiatan memberi air minum untuk orang yang berhaji. Dia Taʿālā berfirman :
مَا كَانَ لِلْمُشْرِكِينَ أَنْ يَعْمُرُوا مَسَاجِدَ اللَّهِ شَاهِدِينَ عَلَى أَنْفُسِهِمْ بِالْكُفْرِ أُولَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ وَفِي النَّارِ هُمْ خَالِدُونَ (17) إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّهَ فَعَسَى أُولَئِكَ أَنْ يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ (18) أَجَعَلْتُمْ سِقَايَةَ الْحَاجِّ وَعِمَارَةَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ كَمَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَجَاهَدَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ لَا يَسْتَوُونَ عِنْدَ اللَّهِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
"Tidak berhak kaum Musyrikin mengimarahkan masjid-masjid Allah dalam keadaan mereka bersaksi terhadap kekufuran terhadap mereka. Mereka itulah yang terpadam pahala amalan-amalan mereka dan di dalam neraka, mereka kekal selamanya. Sebenarnya yang layak mengimarahkan masjid-masjid Allah adalah orang yang beriman kepada Allah, hari akhirat, yang mereka dirikan solat, yang melaksanakan zakat serta yang tidak gerun melainkan kepada Allah. Semoga mereka itu menjadi orang yang mendapat petunjuk. Adakah kalian menjadikan orang yang memberi minum kepada penunai haji dan umrah itu sama dengan orang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad di jalan Allah? Tidaklah mereka sama di sisi Allah. Allah tidak memberi hidayah kepada orang yang zalim". (Surah at-Taubah ayat 17-19).
Telaahlah! Semoga Tuhanku memberi hidayah pada kalam Allah!
Allah jualah pemberi taufik.
Terjemahan daripada : https://www.facebook.com/mohammadbazmool/posts/3302368136548316
Siri 4
قال : هذا قياس باطل، إذ كيف تقيس صلح الرسول صلى الله عليه وسلم بما يحصل من الصلح اليوم؟!
قلت: الله هو الذي أمرنا أن نأتسي بأمر الرسول صلى الله عليه وسلم، قال تعالى: {لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرً} [الأحزاب: 21].
فهل تريدنا أن نترك الاقتداء بالرسول صلى الله عليه وسلم. هل يجوز تأخير البيان عن وقت الحاجة ، فلو كان الصلح مع الكفار لا يجوز إلا للرسول صلى الله عليه وسلم للزم أن يبين الرسول صلى الله عليه وسلم ذلك؛ لأنه لا يجوز تأخير البيان عن وقت الحاجة.
ألا ترى أن الرسول صلى الله عليه وسلم عقد الصلح مع الكفار وسلم لهم منعهم له مع دخول مكة ، وهذا ضمنا فيه التسليم لهم بالحق، مع أن الله عزوجل بين أنهم كفار وانهم نجس وانهم لا حق لهم فيه، كما تقدّم في الآيات المذكورة.
والله الموفق.
Orang berkata: "Ini qiyas batil. Bagaimana engkau boleh membandingkan perjanjian damai Rasulullah SAW dengan perjanjian damai pada hari ini?".
Aku katakan: "Allah sendiri yang memerintahkan kita untuk meneladani hal Rasulullah SAW. Dia Taʿālā berfirman :
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرً
"Sememangnya pada Rasulullah itu adalah teladan yang baik untuk kalian bagi orang yang berharap kepada Allah dan hari akhirat serta mengingati Allah dengan banyak". (Surah al-Aḥzāb ayat 21).
Adakah kita ingin meninggalkan meneladani Rasulullah SAW? Adakah boleh melambatkan penjelasan pada waktu yang memerlukan? Kalaulah perjanjian damai bersama kafir itu tidak harus kecuali untuk Rasulullah SAW, pasti Rasulullah SAW akan menjelaskan hal itu dan baginda tidak akan melambatkan penjelasan pada waktu yang memerlukan.
Adakah kalian tidak melihat bahawa Rasulullah SAW membuat perjanjian damai dengan kafir dan membiarkan mereka menyekat baginda memasuki Makkah. Melalui ini, kita menyatukan diplomasi kepada mereka dengan berhak walaupun Allah ʿAzza Wajalla menjelaskan bahawa mereka adalah para kafir dan najis serta mereka tidak ada hak untuk mereka sepertimana telah terdahulu ayat yang disebutkan.
Allah jualah pemberi taufik.
Terjemahan daripada : https://www.facebook.com/mohammadbazmool/posts/3302385163213280
No comments:
Post a Comment