Tuesday, 4 April 2023

Kenapa Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab Diagungkan Oleh Arab Saudi Sekalipun Diakui Ada Sisi Buruknya?

Orang luar gemar dan mudah untuk membeberkan kutuk Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab.

Namun, apa yang orang Arab Saudi nampak pada beliau adalah sama seperti orang Turkiye pada Mustafa Kemal Ataturk, orang Iraq pada Saddam Hussein dan orang Libya pada Muamamr Gadaffi.

Rakyat tempatan di negara masing-masing pun kalau orang luar tidak melondehkan pemimpin mereka pun, mereka tahu cerita gelap, skandal, peristiwa berdarah, najis dan tembelang pemimpin mereka. Bahkan, tahu lebih banyak dari orang luar.

Cuma, seteruk-teruk pemimpim mereka pun, cuba kita kutuk Mustafa Kemal Ataturk di hadapan orang Turkiye. Apa respons mereka? Samalah juga pada figura Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab.

Walaupun mereka tahu wajah bajingan pada pemimpin mereka, mereka tetap menyebutkan kebaikan dan menjadi ikon yang diketengahkan dan dicanangkan sebagai pemimpin yang membanggakan buat negara mereka dan mereka sangat berang kalau pemimpin mereka dikutuk dengan penuh kekejian sepertimana orang luar. Kenapa?

Sama juga kita tahu cerita yang tidak manis pada Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Kita pun tahu, akui dan tidak menafikan fakta itu. Cuma, bayangkan kalau orang luar kutuk PM pertama kita kerana skandal dan sisi bejat daripadanya. Apa rasa kita?

No comments:

Post a Comment