Cubalah cakap mana-mana orang pun. Pendidikan formal peringkat tinggi adalah penting dan tidak dinafikan kelebihannya walaupun sekadar untuk kehidupan harian dengan mengenepikan soal duit. Akan tetapi, masalah yang dihadapi oleh pelajar lepasan SPM bukan sebab mereka tidak hayati keagungan pendidikan formal. Ia adalah disebabkan masalah yang lain.
Isu pokok :
-Ketidakbolehpasaran bidang yang dipelajari dengan peluang pekerjaan yang ditawarkan. Akhirnya, belajar lain, tetapi dapat kerja yang lain atau paling teruk, kerja sama-sama taraf macam orang yang setakat SPM sahaja. Yang lebih mendukacitakan adalah apabila tamat pengajian, syarat penerimaan pekerjaan perlu pengalaman beberapa tahun. Tidak mahu lepasan yang baru.
-Jika dapat pekerjaan pun, layanan kepada profesional sangat tidak memuaskan sehingga sebahagian mereka terpaksa lari ke luar negara.
-Underpaid. Kita antara 5 negara yang paling sibuk bekerja, tetapi dibayar gaji yang kurang dan memiliki pendapatan per kapita yang sedikit.
Isu akar :
-Ketirisan dan korupsi dalam jabatan kerajaan.
-Ketidakcekapan barisan kepimpinan dalam mereformasi kelancaran pentadbiran dan menjayakan.
Isu bersama :
-Tidak sanggup menanggung hutang yang besar dalam hidup.
-Kemahiran dan kelayakan boleh diperoleh di tempat lain tanpa melalui universiti atau kolej.
No comments:
Post a Comment