Empat buku Dr Kamilin Jamilin memang saling berkaitan antara satu sama lain, khususnya dalam bahagian ilmu hadis. Sememangnya dirasakan pincang kalau tidak memiliki dan membaca keempat-empat sekaligus kerana ia adalah pecahan yang saling berkaitan.
Buku 200 Soal Jawab Hadis adalah buku yang membincangkan sekelumit perbahasan dan isu-isu yang berkaitan dengan ilmu hadis. Buku ini menarik kerana perbahasannya sudah sentuh beberapa aspek yang mungkin jarang diwacanakan dalam kuliah hadis tempatan atau yang boleh selalu ditemukan dalam perbincangan di tempatan kita.
Cuma, saya tidak mencadangkan pembacaan buku ini bagi orang yang tidak ada asas ilmu hadis kerana ia sudah masuk beberapa isu yang sedikit rumit bagi orang yang tidak biasa dan kurang pendedahan dalam ilmu ini.
Buku Ulama Hadis : Makhluk Asing Dari Bumi adalah buku yang mengumpulkan beberapa kisah ulama hadis, khususnya dalam mempertahankan keaslian hadis, keagungan mereka dalam bidang tersebut dan beberapa peristiwa yang berkaitan tokoh hadis. Jika seseorang ingin mengenal karamah dan manaqib mereka, ini antara yang buku boleh kita telaah.
Buku Ada Apa Dengan Kuliah Hadis? adalah cerita pengalamannya dalam mempelajari ilmu hadis. Bagi yang sememangnya ada minat untuk belajar ilmu hadis, buku ini sememangnya dicadangkan pembacaan supaya kita faham sedikit sebanyak apa yang dilalui dan apa yang disentuh dalam ilmu hadis.
Buku Sila Baca Jangan Tidur adalah koleksi artikel-artikel pendek yang dihimpunkan dalam satu buku. Kemungkinan ia adalah daripada hantaran daripada Facebook. Ia tidak menyentuh ilmu hadis dalam satu tema langsung, tetapi ia dalam sisipan dan selitan yang diiringi bersama.
Bukunya tidak terlalu berat pembacaannya dan tidak terlalu berorientasikan akademik, tetapi kasual dan santai yang sememangnya untuk tatapan setiap lapisan masyarakat yang ada minat untuk ilmu hadis. Ia bukan pembacaan serius, tetapi ia mengandungi faedah yang menarik dalam ilmu hadis dan dunianya.
Pada saya, sesiapa yang ingin mendapatkan pendedahan dalam ilmu hadis dan apa yang ditempuh sepanjang perjalanan dalam pembelajaran serta tokoh yang boleh kita ambil inspirasi dan pedoman, buku Dr Kamilin Jamilin antara yang sesuai untuk disantapi.
Bagi yang selama ini dimomok-momokkan tentang ilmu hadis, buku ini dapat menjadi perapat jurang antara sang awam dan para ahlinya. Buku beliau ini menjadi jalan besar bagi bandaraya untuk mengenali sepintas tentang selok-belok jalan dan tempat menarik sebelum menjadi penghuni dan orang yang bergelumang dalam ceruk-ceruknya.

No comments:
Post a Comment