Apabila dilihat bagaimana cara dia menilai autentisitas sesuatu hadis, caranya adalah melihat kata-katanya sama ada betul atau tidak atau apakah ia bertepatan dengan al-Quran.
Dalam dunia akademik sebenar pun, tidak ada penerimaan autentisitas atau penolakannya hanya sekadar melihat teks ucapan semata-mata secara sembarangan.
Kalau dia berkata: "Saya rasa kata-kata Einsten ini autentik untuk dinisbahkan kepada penuturnya kerana kata-kata ini mendalam, penuh makna, susun bahasa yang hebat dan padu isinya" atau dia berkata: "Saya rasa kata-kata orang ini diragui keabsahannya kerana saya tidak merasakan seseorang seperti dia akan bercakap, bahkan dia adalah kenalan yang saya telah lama berdamping dengannya".
Bawalah cara penilaian macam ini dan jadikan ia sebagai piawaian yang tertinggi tidak kira dalam akademik atau mahkamah sekalipun. Sama ada dia akan digelakkan berdekah-dekah atau dia sedang mengundang perobohan penyaringan khabar itu sendiri.
Cara menyemak riwayat sejarah atau analisis autentik itu bukan semata-mata pada teks atau ucapan penutur. Dalam autentisitas khabar, kita sedang melihat status sabit atau tidak ia dinisbahkan kepada penuturnya atau pemiliknya, bukan dari sudut ketepatan pada sudut taakulan (reason) atau beberapa hukum (law), teori atau prinsip (principle) dalam beberapa cabang ilmu atau konteks ilmu taakuli (reasoning). Itu pun tidak boleh beza?
Bodohlah seseorang hanya menilai kata-kata itu autentik hanya kerana ia "tepat" dan menolaknya kerana ia adalah "salah" . Cara gamblang sebegini adalah cara penilaian orang yang dungu dan simplistik.
Beberapa daripada penganut Quan Yin sendiri pun mendakwa bahawa beberapa teks ayat al-Quran yang kononnya memaparkan kekerasan adalah hasil pengubahan daripada sebahagian orang sahabat Rasulullah SAW. Paling teruk, ia didakwa bahawa dia menyemaknya di syurga bagi memastikan semula apa yang sebenarnya tertulis.
Jujurlah. Apa yang anjing liberal itu boleh bentangkan untuk menjawab syubhat seperti ini? Ok lah. Ketepikan si keparat Quan Yin. Bagaimana dia menjawab pula hujah orientalis dan mereka yang skeptikal terhadap keabsahan beberapa teks al-Quran kerana di dalamnya ada beberapa perkara yang bagi mereka ada "percanggahan" fakta atau suatu konteks?
Liberal itu kan suka tolak hadis kerana hadis itu "bercanggahan" dengan suatu fakta atau suatu konteks. Jadi, macam mana pula kalau orientalis gunakan metodologi liberal celaka itu pula untuk tolak beberapa keabsahan ayat dalam al-Quran? Atau liberal ini juga tidak beriman dengan keseluruhan ayat al-Quran?
Aku selalu sahaja bersyukur kepada Allah dengan sebanyak-banyak kesyukuran kerana terhindar daripada kebodohan dan kedunguan seperti ini.
Aku lebih hormat lagi orang yang tidak beragama yang bersikap agnostik ini berbanding orang yang tetap ingin menisbahkan dirinya beragama, tetapi anutannya atas dasar kebodohan dan mengundang keributan dalam manhaj ilmu.
Cuba bayangkan cara penyemakan khabar adalah dengan memfokuskan pada bahagian kata-kata sahaja berdasarkan sedap atau tidak kata-kata itu atau sesuai dengan sesuatu yang dia ingin kaitkan.
Siapa pembawa khabar sudah jadi tidak penting lagi. Yang penting adalah lihat apa yang dikatakan. Baginya, kata-kata sudah cukup untuk menjadi pengukur asas lagi penting untuk menentukan keabsahan.
Aku berani mengatakan bahawa orang yang membawa kerancuan ini tidak pernah langsung membaca ʿIlal ad-Dāroquṭniyy yang ada 10 jilid cetakannya dan tidak melihat sendiri bagaimana ahli hadis menjalankan kerjanya dalam menyaring autentisitas perkhabaran.
Ia sangat munasabah, sistematik dan teratur, bahkan reasonable. Bahkan, menepati dengan cara akademik yang sampai sistem penyaringan khabar pada hari ini pun tidak dapat menirunya.
Penyemakan khabar hanya melihat kualiti kata-katanya sahaja adalah cara yang paling bodoh dan tidak akan diterima dalam akademik, apatah lagi pengendalian kes mahkamah. Ahli hadis pun tidak bodoh buat macam itu dan sila lihat sendiri sampelnya dalam kitab tersebut.
Untuk kes penyaringan khabar dalam lapangan akademik atau penyabitan kes mahkamah boleh pula kritis dan jadi pandai dengan tidak hanya merasa cukup melihat kata-kata sahaja, tapi dalam hadis, terus jadi bodoh dan benak? Selepas itu, mengaku keberagamaannya jauh lebih pintar dan cendekia berbanding yang lain? Gila tidak malu. Bahkan, agama dia jauh lebih bodoh.
Segala puji bagi Allah kerana menjadikan agama Islam adalah agama yang berfakta dan paling rasional berbanding pelaku bidaah, zindik dan walaun kepada kafirin.
Ini baru sahaja cara menyemak khabar. Belum lagi cara penafsiran.
Aku selalu sahaja ketawa sinis apabila ada orang berkata: "Tengok! Ada hadis bercanggah sesama yang lain!". Aku jawab: "Kau baru tahu ke? Ulama 1,000 tahun lepas sebelum kau lahir dah bincang dah. Cara penilaian dan analisis kes satu persatu sudah ada di pelbagai rujukan. Metodologinya sudah ada buku khas atau melalui jurnal. Sungguh! Kau ketinggalan. Para ulama dah fikir jauh sebelum agnostik dan pengingkar ini mempersoalkannya dan mempersendakannya".
Tidak perlu sibuk orang lain bercanggah. Cuba cermin diri sendiri yang metod penilaian autensitas pun bercanggah dan tidak selesai serta tiada metodologi yang jelas. Ulama hadis sudah jauh terkehadapan fikir dan menerbitkan kajian dan dapatan baru.
No comments:
Post a Comment