Bila masuk perayaan arak, tak ada lah sesiapa yang nak menggatal nak ucap "Selamat Oktoberfest" demi menunjukkan ramah mesra kita kepada hari kegembiraan sempena arak dan rasa harmoni dengan bakal pemabuk yang mungkin akan memandu di lorong melawan arah di malam hari.
Ye lah, orang kita ni kan sangat sensitif dengan arak. Sampaikan had sanitizer pun tak nak ada alkohol kerana itu adalah kandungan arak katanya. Aku rasa kalau perokok Muslim tahu rokok itu ada alkohol, tak de lah dia nak hisap rokok tu walaupun rokok pada asalnya memang sudah haram.
Sama juga sensitif mereka dengan babi.
Tapi, bila bab yang ada berkaitan dengan kepercayaan agama atau akidah, tak mengapalah kita ketepikan demi menunjukkan kita ini paling harmoni, paling bertoleransi, faham fiqh realiti dan ingin mengekalkan ramah mesra sesama masyarakat majmuk.
Ada sorang Muslim tu, bila masuk hari raya Aidilfitri, persiapan raya cukup lekeh dan cukup biasa. Macam raya itu adalah hari-hari kebiasaannya. Tapi, bila masuk hari Natal, siap ada perhiasan pokok dan macam-macam kemeriahannya. Hari Natal ni macam lagi mulia dari hari raya Aidilfitri.
Aku tau ada orang muak tiap-tiap tahun orang polemikkan isu ucapan selamat sempena perayaan agama lain. Tapi, sekurang-kurangnya perlu tahu apa sebab isu ini sensitif dan jadi pertelingkahan. Kecualilah kalau rasa isu kepercayaan agama ini sama macam orang nak percaya alien itu wujud atau tak.
Jujurlah. Kalau semuanya nak beri kompromi, apa sebenarnya kita pertahankan? Kalau semuanya nak bertoleransi, apa lagi yang tinggal untuk kita?
Aku sendiri sudah saksikan kerosakannya bila kita bagi muka sangat dan nak tunjuk kita ini bertoleransi, paling harmoni dan paling ramah mesra. Orang lain yang jauh lebih mengungguli aku juga sedemikian dan mereka pun sudah tidak tahan dan mula bersuara.
Orang macam mereka ini kalau nampak apa yang kita nampak pun, dia tidak cakna gejalanya dan parahnya. Sebab ada sesuatu yang dia jahil atau dia sebenarnya tahu, tetapi tidak ambil berat. Sebab itu apabila timbul isu ini setiap tahun, ratib yang dia selalu ulang: "Tak bosan ke tiap-tiap tahun ulang yang sama?", "Kau ni jumud dan sempit akal. Buat orang muak je", "Memang suka nak cari gaduh ke?" dan seumpamanya.
Terpulanglah. Yang penting sekali adalah Chin Peng dan komunis tak layak diisambut hari peringatan untuk mengenangnya. Dan kalau ada yang nak buat pun, tak nak sebut "Selamat hari memperingati Chin Peng" dan "Selamat mengingati perjuangan komunis".
Kalau musuh, perjuangan jenayah kemanusiaan dan benda yang tidak baik tidak disambut dan tidak diucapkan selamat walaupun ia adalah kegembiraan dan sambutan untuk sebahagian orang, apatah lagi kepercayaan agama yang memberi luka parah jika ia diberi kompromi.
No comments:
Post a Comment