Thursday, 25 November 2021

Memberikan Fatwa Yang Terbaik Dan Mengikut Yang Terbaik

 

Abū ʿAbdullah Muḥammad bin Ḥārīṯs al-Qoyrowāniyy berkata :

أخبرنا سعيد بن عثمان الأعناقي، أخبرني قاسم بن محمد: كنا عند ابن عبد الحكم إذ سأله رجل عن مسألة فأطرق فيها محمد طويلا وتوقف عن الفتيا. فقال له عبد الرحمن ابن عيسى بن دينار: "ابن القاسم يقول فيها كذا وكذا". قال قاسم: فقال لي ابن عبد الحكم: "لو كان العلم كما يقول صاحبنا هذا لكان الفتيا سهلا لاحتجاجه بسواد الكتاب. ونحن إنما نحب أن نعرف أين الحق. فلذلك ما توقفت عن الفتيا".

Saʿīd bin ʿUṯmān al-Aʿnāqiyy telah mengkhabarkan kepada kami; Qōsim bin Muḥammad telah mengkhabarkan kepadaku; Dahulu kami di sisi (Muḥammad) Ibn ʿAbdul Ḥakam. Lalu, seseorang bertanya kepadanya tentang suatu permasalahan, lalu terdiam lama Muḥammad padanya dan dia tertangguh daripada berfatwa. ʿAbdul Roḥmān Ibn ʿĪsā bin Dīnār berkata kepadanya: "Ibn al-Qōsim berkata padanya sedemikian sedemikian".

Qōsim berkata; Ibn ʿAbdul Ḥakam berkata kepadaku: "Kalaulah ilmu itu adalah sepertimana yang sahabat kami ini katakan, pasti memberi fatwa itu mudah untuk berhujah dengan kebanyakan kitab. Cuma, kami lebih menyukai untuk mengenali di mana kebenaran itu. Lalu, kerana itulah apa yang aku tertangguh daripada berfatwa". [Akẖbār al-Fuqohāʾ Wa al-Muḥaddiṯsīn, m/s 179].

Ašh-Šharīf Ḥātim bin ʿĀrif al-ʿAwniyy berkata setelah membawa kisah ini :

هذا هو الفرق بين الحفظ والعلم ، بين ناقل الفقه والفقيه .

"Inilah dia pembeza antara hafalan dan ilmu lagi antara pembawa fiqh dan faqih". [Rujuk : https://www.facebook.com/Al3uny/posts/458022639022859].

No comments:

Post a Comment