Tuesday, 9 November 2021

Aku Dan Band Silencer

 


Cakap pasal tentang hukum pemindahan organ babi kepada manusia yang mana Dr Zulkfli al-Bakri, bekas mufti wilayah persekutuan yang sedang menjadi sasaran kerana pendapatnya, tiba-tiba aku teringat salah satu khabar angin berdarah yang palsu tentang Nattramn, vokalis band Depressive Suicidal Black Metal (DSBM) yang dia memotong tangannya, lepas tu jahit tangannya dengan kaki babi.

Gambar yang tersebar kat internet (salah satunya gambar ini) itulah yang orang mula buat spekulasi dan khabar angin tentang vokalis band ini.

Masa mula-mula aku dengar lagu dari band Silencer, memang buat aku menggeletar. Walaupun bawah genre DSBM, tapi dia punya vibe memang membuatkan bulu roma meremang.

Tambah lagi seram bila mengikuti cerita tentang beberapa khabar angin kisah berdarah dari vokalis band ini, Nattramn. Walaupun palsu dan faktanya salah, tapi black metal ni kalau nak ada "ong", kena ada cerita yang seram atau berdarah pada band.

Terima kasihlah kat satu dokumentari tu. Sejak aku dengar lagu Silencer (lagu pertama adalah Sterile Nails and Thunderbowels) dan ambil tahu kisah berdarah tentang band ni melalui dokumentari tu, ketakutan aku makin menjadi-jadi sampai aku jadi takut nak ke dapur sorang-sorang tengah malam.

Tak pernah ada lagu black metal yang buat aku jadi takut macam ni. Mungkin jadi seram sebab terlayan sangat cerita (palsu) tentang band ni. Salah satunya adalah kisah tentang jahitan tangannya yang dipotong dengan kaki babi.

Cuma, sekarang ini, situasi aku terhimpit dalam messed up and fucked up. Memang aku jadi down dan stress. Lagu yang asalnya jadi momok yang menghantui aku sekarang jadi peneman yang memahami perasaan dukacita, remuk hati dan melankolik. Lagu yang asalnya menyeramkan, kini menenangkan dan rasa berseni.

Aku baca juga beberapa komen orang tentang vokal band ni. Ada yang memang rasa kelakar sebab dia menjerit macam orang gila dan tak sedar. Ada juga yang kata awal-awal dia rasa macam tu, lepas tu dia "bertaubat" dan menghargai jeritan vokalis ini ada seninya.

Sebab jeritan dia, bagi aku, sememangnya refleksi rasa kegilaan, kehilangan warasan akibat kesedihan yang mendalam, jiwa yang telah hancur luluh dan tangisan yang amat disakiti. Rasanya ni lah perasaan yang aku hadapi sekarang.

Padanlah pun Nattramn, vokalis band ini dimasukkan wad pesakit mental. Bahkan, dia juga sengaja mencederakan diri ketika sesi rekod untuk dapatkan feeling tu.

Tapi, apa pun, vokalnya takkan dapat difahami kalau tak ikuti cerita (palsu) tentang band ini.

Cukuplah sekadar celoteh malam-malam. Apapun, kalau korang yang peminat black metal ada band yang bagus untuk dicadangkan (tapi, kalau boleh, tak nak yang ada subgenre symphonic atau progressive), sangat dialu-alukan.

No comments:

Post a Comment