Sebenarnya, kritikan Dr Hapiz Kodiang tentang pelabelan wahabi sembarangan ini bukan perkara yang baru.
Hamza Yusuf, tokoh sufi kontemporari antarabangsa pun menyuarakan sikap sebahagian sufi apabila dikritik, akan menuduh pengkritiknya sebagai wahabi. Tonton di sini : https://www.youtube.com/watch?v=wxdaM4OpgDo&t=14s
Malah, al-Ḥāfiẓ ʿAbdullah bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġhumāriyy, tokoh ahli hadis sufi berketurunan Rasulullah صلى الله عليه وسلم dalam mukaddimah kitabnya Awliyāʾ Wa Karomāt menyatakan bahawa kebanyakan orang kalau kitab ini didengari mereka, pasti beliau akan dituduh cenderung kepada wahabi!!!!
Ini kerana kitab beliau ini menyaring sebahagian kisah karamah yang dusta dari pelampau sufi.
Bayangkan al-Ḥāfiẓ ʿAbdullah al-Ġhumāriyy adalah tokoh ahli bait yang diangkat oleh para sufi kerana membela praktik kesufian mereka dan giat aktif melawan wahabi serta mengkritik al-Albāniyy pun dituduh cenderung kepada wahabi!
Sebab itulah pentingnya bagi sufi ini perlu ada belajar untuk menerima keterbukaan dan bebaskan diri kepompong yang didogmakan. Tradisi ilmu sebenar lebih unik berbanding apa yang digambarkan oleh satu-satu atau beberapa aliran.
Pertembungan ilmiah yang berbeza ini bukan hanya sufi vs wahabi sahaja. Ia lebih luas daripada itu. Janganlah menanggapi sesuatu yang berbeza dari sesuatu tradisi sufi terus dianggap ia dari wahabi.
Saya pernah menyenaraikan beberapa kitab dari tokoh besar sufi sendiri yang wajar dibaca bagi para sufi untuk membawa reformasi dalam tradisi kesufian di sini : https://www.facebook.com/photo/?fbid=544229026945804&set=a.456406222394752
Kalau rasa mahu lain daripada yang biasa dalam dimensi kesufian, seeloknya baca kitab yang telah saya nyatakan. Belajarlah sedikit keunikan yang ada kesufian, khususnya dari pemikiran tokoh besar sendiri.
Tokoh ahli bait dari keluarga al-Ġhumāriyy pun sudah cukup untuk memaparkan keunikan tersebut.
No comments:
Post a Comment