Beliau adalah hamba sahaya yang dimerdekakan. Beliau adalah warga Habsyah yang berkulit hitam, buta sebelah mata, tempang sebelah kaki, berhidung pesek dan lumpuh.
Akan tetapi, beliau seorang tokoh ulama tabiin yang terbilang lagi disegani yang hadisnya dan ilmunya direbut pencariannya oleh seluruh umat dari pelusuk dunia. Beliau adalah mufti di tanah Haram dan pakar dalam bidang haji serta mempunyai riwayat hadis dari beberapa sahabat Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang besar.
Diceritakan, pada suatu hari, khalifah Sulaymān bin ʿAbdul Malik berselisih pendapat dengan anak-anaknya dalam isu haji. Khalifah berkata: "Bawa beta berjumpa dengan ʿAṭōʾ bin Abū Robāḥ". Lalu, mereka membawakannya kepada ʿAṭōʾ yang berada di tanah haram. Di situ, orang ramai berkumpul di sekelilingnya.
Khalifah mahu memilih barisan tempat duduknya dan memotong barisan mereka kerana dia adalah khalifah. ʿAṭōʾ pun berkata: "Wahai Amīr al-Muʾminīn! Jangan potong barisan orang ramai! Mereka semua telah sampai dahulu di tempat tersebut!".
Setelah beberapa lama kemudian, khalifah berkata kepada anak-anaknya: "Wahai anak-anakku! Hendaklah kalian bertakwa kepada Allah dan pelajarilah ilmu agama. Demi Allah! Beta tidak pernah merasa terhina dalam hidup beta melainkan kerana hamba Allah ini!".
Demikianlah kemuliaan seseorang itu bukan pada paras rupa, bukan pada jawatan yang dipegang, bukan pada nasab dan bukan pada harta, tetapi ilmu dan ketakwaan yang akan mengungguli meskipun daripada seorang hamba sahaya berwarga Habsyah lagi buruk fizikalnya.
Rujukan :
a) Siyar Aʿlān an-Nubalāʾ :
ال علي ابن المديني : اسم أبي رباح أسلم مولى حبيبة بنت ميسرة بن أبي خثيم . وقال ابن سعد : هو مولى لبني فهر أو بني جمح ، انتهت فتوى أهل مكة إليه وإلى مجاهد ، وأكثر ذلك إلى عطاء . سمعت بعض أهل العلم يقول : كان عطاء أسود أعور أفطس أشل أعرج ، ثم عمي ، وكان ثقة ، فقيها ، عالما ، كثير الحديث .
b) Kisah khalifah :
وحدث ان اختلف سليمان وأبناؤه في مسألة من مسائل الحج، فقال: دلوني على عطاء بن أبي رباح، فأخذوه إلى عطاء وهو في الحرم، والناس عليه كالغمام، فأراد أن يجتاز الصفوف، ويتقدم إليه وهو الخليفة، فقال عطاء: يا أمير المؤمنين، خذ مكانك، ولا تتقدم الناس؛ فإن الناس سبقوك إلى هذا المكان، فلما أتى دوره سأله المسألة فأجابه، فقال سليمان لأبنائه: يا أبنائي، عليكم بتقوى الله، والتفقه في الدين، فو الله ما ذللت في حياتي إلا لهذا العبد.
No comments:
Post a Comment