Sunday, 25 July 2021

Manhaj Mutaqaddimin Dalam Hadis Adalah Manhaj Bidaah?


Manhaj bidaah? Kepala butoh kau berjambul!

Ni memang puncak kebodohan mereka yang bermanhaj mutaakhirin. Malas dah aku nak berlapik lagi sebab depa pun tak ada lapik lagi. Dan aku memang dah menyirap berapi dah ni.

Bila al-Imam al-Bukhoriyy kata sesuatu hadis itu bermasalah seperti munkar, ada mukhalafah atau lain-lain, kau nak pegang cakap siapa lagi wei bangang badigol? Ke ko lagi pandai dari al-Imam al-Bukhoriyy?

Ni lah masalah manhaj mutaakhirin. Hadis yang bermasalah yang al-Imam ad-Daroqutniyy kumpul dalam kitab al-'Ilal nak bahas dan cari punca penyakit suatu hadis, lalu apabila al-Imam meriwayatkan pelbagai thuruq dan merajihkan riwayat yang mawquf, yang mutaakhirin mangkuk keparat ni pergi kata hadis marfu' adalah hasan ligharihi atas alasan terdapat pelbagai riwayat saling menguatkan antara satu sama lain. Bangang kau! Otak kau ada kulat sontoloyo ke?

Ko ingat aku maki mencarut ni suka-suka ke sial? Manhaj mutaakhirin ni caca merba dan bukan suka-suka manhaj mutaqaddimin ni nak menongkah arus.

Perawi yang diakui adanya mursal dengan seseorang syeikh oleh nuqqad mutaqaddimin, ko p sahihkan hadis riwayatnya atas alasan perawi itu tsiqah! Lepas tu ko mendakwa ko ikut manhaj ahli hadis, berbangga pakai gelaran Ashab al-Hadits al-Atsariyy dan pengikut salaf? Ko rasa ini ironi ke babi?

Nak berlagak jadi mujtahid or ahli hadis independen sampai ko campak kalam-kalam nuqqod mutaqaddimin macam tak ada nilai langsung seolah-olah mereka tak ada manhaj hadis dan tak tahu hakikat penilaian sahih dan sebaliknya dalam hadis. Seolah-olah itu sekadar pendapat peribadi semata-mata!

Ko ingat bila al-Imam ad-Daroqutniyy kumpul pelbagai thuruq yang marfu', tetapi merajihkan riwayat yang mawquf tak tahu ke kaedah syawahid dan mutaba'ah? Ko ingat bila imam hadis kata periwayatan seorang perawi dari seseorang syeikh tersebut adalah mursal dan munkar tak tahu yang perawi itu tsiqah? Apa tak cibai ke fikiran ko ni?

Kalau ko rasa tak ada perbezaan mutaqaddimin dan mutaakhirin, ko salah. Yang ni lah yang berlaku pada penulis hantaran FB ni.

Dia fikir orang yang memperjuangkan manhaj mutaqaddimin adalah orang yang rigid dan kaku dengan pandangan mutaqaddimin sahaja.

Dengar sini wahai mereka yang berotak singkat. Kita tak pernah kata manhaj mutaqaddimin ni adalah gagasan yang taslim secara bulat-bulat segala apa yang telah menjadi ketetapan nuqqad pendahulu. Ada situasinya, kita perlu buat kajian semula dan perdalami isu itu secara komprehensif dan halus yang mungkin menyalahi ketetapan para sarjana pendahulu kita.

Please lah. Ko paham ke tak bila kita i'timad dan limitasikan kepada qaul dan penilaian nuqqad mutaqaddimin, khususnya dalam ta'lil dan tashih? Kita i'timad sebab kita perakui keluasan capaian ilmunya dan ketajaman analisisnya, bukan sebab taksub.

Bila imam hadis itu ada 'ilal dan thuruq yang mereka bawa itu ada masalah, kita akur penilaian mereka dan tak menjadikan riwayat tersebut sebagai ihtijaj (penghujahan) sama ada untuk dijadikan mutaba'ah atau syawahid, apatah lagi mensahihkan dan menghasankan yang para imam hadis tidak melakukan sedemikian kerana pengiktirafan autoriti ilmu dan kewibawaan kepakaran mereka dalam bidang tersebut. Siapa pulak ko nak salahi mereka dalam hal ni?

Apatah lagi apabila para nuqqad kita telah mensahihkan riwayat mawquf dan menolak kesahihan riwayat marfu', tapi ko pulak pergi sahihkan riwayat yang marfu' atas alasan perawi itu tsiqah atau ada banyak thuruq lain menyokongnya!! Amende ni syial?

Yang ni lah kita marah sangat dengan manhaj mutaakhirin. Bukan sebab ko berbeza pandangan dengan imam hadis semata-mata sebab ada masa memang kita, khususnya manhaj mutaqaddimin perlu berkhilaf, tetapi masalahnya adalah sistem yang ada dalam manhaj dan praktik ko tu. Faham tak?

Bila kau kata kita tak perlu taksub, lalu kau sedang menyanggahi apa yang menjadi ketetapan para imam hadis mutaqaddimin yang didasari gemilang ilmu mereka, kau sebenarnya tak faham langsung dasar besar manhaj mutaqaddimin yang gagasan ini dibawa oleh para pejuangnya.

Maaflah. Walau kau tokoh besar di Saudi, aku terpaksa jugalah cakap. Buku Mustholah Manhaj al-Mutaqaddimin Wa al-Mutaakhirin ; Munaqoshat Wa Rudud yang kau cadang tu, sudah lama ada di tangan aku dan sudah lama aku baca sebelum kau tulis hantaran FB ni.

Aku kecewalah hantaran FB kau baru-baru ni rupanya menunjukkan buku setebal 220 muka surat yang kau tulis ni dalam keadaan kau tak faham sebenarnya hakikat manhaj mutaqaddimin. My impression of you hancur berkecai. Aku dulu masa baca buku kau, aku hormat pendirian kau untuk membela manhaj mutaakhirin dan cuba membawa keseimbangan antara kedua-duanya Tapi, sekarang, luluh hati aku.

Jujurlah aku cakap. Aku sebenarnya tak suka gelaran mujaddid hadis abad ke-20 ni kepada al-Albaniyy. Aku lebih suka kalau Hamzah al-Malibariyy yang rangkul pingat ini. Tanpa beliau, tradisi ilmu 'ilal al-Hadits boleh mati atau mungkin tinggal sisa pengamalan yang sangat minoriti.

Cuma, aku selalu tegaskan aku pada sebelum ni tak suka pembahagian mutaqaddimin dan mutaakhirin walaupun memang ada perbezaan praktik pada realitinya. Aku cuma gunakan pembahagian ini sebab tak ada perkataan lain untuk digunakan.

Aku kalau boleh nak maki kat dalam bahasa Arab ni, tapi sebab aku tak pernah maki panjang2 dalam bahasa Arab dalam hidup aku dan tak pandai nak beberkan makian dalam bahasa Arab, jadi tulis je lah dalam bahasa melayu ni.

Akan datang, kalau di Malaysia sudah tersuburnya diskusi manhaj mutaqaddimin dan mutaakhirin dalam ilmu hadis, lalu ada pertikaian tentang manhaj mutaqaddimin, cukup aku ulang balik penulisan ni sebagai hebahan semula

No comments:

Post a Comment