Sebegitukah dia ingin katakan kepada apa yang telah menjadi ketetapan fatwa rasmi bagi negara kita?
Sekarang ini, daripada asyik menuduh orang lain tidak faham atau tidak merasa, lebih baik kita temukan dulu Maḥall an-Nizāʿ (مَحَلّ النِّزَاع), iaitu tempat pertikaian.
Wahdatul Wujud yang bagaimana yang menjadi sebab Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan memutuskan fahaman ini adalah kufur? Tidak pernah terlintas di fikirankah supaya mengenal pasti Maḥall an-Nizāʿ ini?
Isu yang berlanjutan lama ini dan menjadi polemik yang bertambah parah adalah kerana ada pihak tidak fokus apa yang sedang dibicarakan.
Malah, sememangnya tidak mengerti Maḥall an-Nizāʿ yang mengheret perbalahan yang tidak sepatutnya.
Masing-masing sedang berkata inilah Wahdatul Wujud yang sebenarnya. Namun, itukah yang sedang menjadi subjek pertikaian? Itukah satu-satunya penafsiran tentang Wahdatul Wujud?
Perbalahan ini boleh diredakan atau dikurangkan mafsadahnya kalau kita tahu dan fokus Maḥall an-Nizāʿ. Jika masing-masing berkeras untuk menutup matanya dari melihat titik perselisihannya, maka bertengkarlah masing-masing sehingga tidak berkesudahan.
Fatwa Syed Alawi Tahid Al-Haddad boleh dibaca di sini : https://redzwang.blogspot.com/2020/02/fatwa-mufti-johor-mengenai-kitab-kitab.html
No comments:
Post a Comment