Wednesday, 16 June 2021

Teguran Kepada Ibu Bapa Yang Beri Nama Anak Yang Merepek

Bagi nama anak pelik-pelik, merepek dan entah apa ni. Seolah-olah anak macam haiwan peliharaan dan patung mainan bagi ibu ayah yang kebudak-budakan walau berjasad dewasa.

Tak rasa kasihan ke dengan apa yang ditanggung sepanjang hayat anaknya nanti kerana nama macam tu?

Anak kita mungkin berbakat untuk jadi Perdana Menteri. Anak kita mungkin suatu hari tanpa kita jangka ada bakat jadi ulama dan mufti. Anak kita mungkin ada kemampuan untuk jadi Ketua Polis Negara.

Kita tak tahu bagaimana masa hadapan mereka.

Bayangkan bagaimana mereka ingin menyerlah di hadapan orang ramai dengan menanggung nama yang dibuat seperti permainan? Ada impak psikologi. Mungkin masa hadapan anak terjejas dan terhalang sebab membawa nama ini sepanjang hayat.

Tak ingat ke bagaimana masa kecil kita dahulu, budak-budak mempermainkan nama ibu dan ayah kita kerana bunyi janggal dan boleh dibuat lawak? Hari ini pun, orang dewasa jadikan nama untuk bahan ejekan.

Nak persembahkan seorang anak yang berkualiti lagi berbakat atau produk anak patung atau keluaran haiwan peliharaan dengan nama sebegitu?

P/S : Gambar sekadar hiasan. Tapi, Abdul Covid ini nama yang salah di sisi syariat.

No comments:

Post a Comment