Tahu tak sebenarnya mereka langsung tak sanad untuk mewariskan rekod ucapan, perbuatan dan ajaran daripada tokoh-tokoh mereka secara autentik lagi realibiliti!
Mereka langsung tidak ada "ahli hadis" dalam komuniti yang menggalas tugas dengan rela hati dan ikhlas untuk mencari, memeriksa, memantau dan memelihara rantaian periwayatan!
Siapa yang akan kenal pasti sama ada riwayat itu bersambung atau tidak? Siapa yang akan menjadi hakim dan rujukan apabila wujudnya perselisihan dalam periwayatan?
Insan-insan setiap generasi yang menyampaikan maklumat daripada pemilik kalam itu siapa? Adakah berkredibiliti? Adakah mursal? Adakah berlakunya ikhtilat dalam hafalan?
Siapa anak murid Aristotle? Siapa anak murid kepada anak murid Aristotle? Siapa anak murid kepada anak murid kepada anak murid Aristotle? Dan seterusnya.
Jika ada anak murid kepada anak murid Aristotle ada percanggahan dalam rekod sejarah, siapa yang lebih berkejituan (ḍōbiṭ)? Siapa yang patut didahulukan? Itu baru Aristotle. Belum lagi nama-nama lain.
Dalam ilmu hadis, semua yang menyampaikan hadis akan direkodkan dalam satu kitab khas tentang maklumat dan status kredibiliti mereka.
Bagaimana pula dengan si keparat yang cuba meragukan ketulenan ajaran Islam? Apa yang mereka boleh bentangkan, khususnya tradisi dalam penyaringan khabar?
Sebab itulah semakin mereka kritik, semakin mereka menajamkan lagi gigi mereka untuk mengigit lidah mereka sendiri!
Segala puji bagi Allah. Kemudian, segala puji bagi Allah dengan setinggi-tinggi pujian. Allah telah melahirkan ahli hadis yang berkompeten, berwibawa dan tulus untuk menjaga ketulenan dan keaslian teks-teks suci agama ini.
Kalaulah ada nikmat yang paling besar setelah nikmat iman dan Islam, saya akan katakan ia adalah ahli hadis dan ilmu hadis.
Tanpa mereka dan ilmu hadis, ketulenan ajaran kita terdedah dengan pertikaian, mudah diwaswaskan dan terisi dengan kesangsian tanpa arah tuju yang berpedoman. Wajib umat Islam bersyukur atas nikmat yang agung ini.
Sebab itu saya cabar kepada mereka agar hasilkan satu judul sama macam ilmu muṣṭolaḥ hadis ini.
Mulakan dengan Aristotle atau sesiapa yang lain. Kita ingin tengok macam mana dia ingin bagi contoh untuk riwayat yang gharib, syaz, munkar, iḍṭirob, maqlub, tashif, mursal, mudallis dan lain-lain dari pengajaran Aristotle.
Kalau tidak mampu, ia hanya usaha melondehkan aib sendiri sahaja. Tidak ada guna menyerang, tetapi akhirnya apa yang ada di sisi mereka cuma kosong sahaja. Saya takkan jumpa orang yang menyergah dalam bidang hadis ini melainkan tersimpannya kebencian dan kesumat terhadap agama ini.
Akui sahaja tidak ada siapa yang lebih superior berbanding ahli hadis dalam bab penjagaan riwayat setelah meneliti fakta keagungan yang telah ditradisikan dan dilestarikan oleh ahli hadis.
-------------------------------
Saya rasa lucu orang yang mempertikaikan single source, tetapi mereka sendiri langsung tiada source!
Saya pernah menelaah buku yang acah kritis dan nak jadi revisionis dengan membangkitkan persoalan yang konon untuk tahqiq dan tadqiq, padahal konteks persoalan itu adalah lebih kepada bias yang terbit dari kaca mata hidup zaman moden. Seakan-akan ia seperti pertanyaan masalah moden yang ingin dijawab dengan konteks sejarah purba.
Malah, ia terdedah dengan falasi Argumentum Novitatis (appeal to novelty) serta gagal melihat perbandingan antara tamadun Muslim dan tamadun lain dalam tradisi penyemakan khabar, khususnya yang berkaitan dengan figura penting dalam tamadun tersebut.
Kegagalan orang untuk melihat keagungan seni ilmu hadis dapat saya simpulkan kerana :
(a) Seseorang itu cuba menilai sejarah dengan landskap zaman pengangkutan kapal terbang dan era globalisasi digital.
(b) Tidak melihat ketunggalan tradisi ilmu hadis yang ada pada tamadun Muslim yang tidak dibudayakan dalam tamadun lain.
(c) Terlalu memfokuskan perfeksionisme dan idealistik utopia sampai gagal memahami hakikat lebih baik ada daripada tidak ada langsung dan "lebih baik" berbeza dengan "baik" serta "tidak ada langsung".
No comments:
Post a Comment