Rentetan daripada penulisan lalu : https://marzukamartillo.blogspot.com/2021/06/benarkah-para-imam-hadis-kita-menghafal.html
Apa itu takhrij? Apa benda ʿilal?
Tak tahu? Engkau tak tahu hakikat ini, apa lagi engkau tidak pernah terlibat atau berkecimpung untuk melakukan kerja-kerja yang dilakukan pengkaji dan ahli hadis. Layakkah engkau nak ragukan kemampuan ahli hadis?
Bahkan, bahasa Arab pun tak tahu. Kenapa kau sanggup pula nak curigai sesuatu yang di luar kemampuan, kompetensi dan kepakaran kau?
Sebab itu, aku cabar mana-mana mereka yang mempertikaikan kemampuan para imam kita ini untuk buat kajian takhrij Tahḏzīb al-Kamāl Fī Asmāʾ ar-Rijāl sebagai permulaan.
Kalau engkau rendahkan kemampuan hafalan para imam hadis kita, apa kata engkau lihat kemampuan hafalan al-Ḥāfiẓ al-Mizziyy terlebih dahulu dalam mengensiklopediakan perawi yang ada dalam Kutub Sittah.
Ingat ya. Al-Ḥāfiẓ al-Mizziyy masih hidup kembara dengan unta dan kuda. Tidak ada internet. Penulisan pun banyak yang manuskrip dengan tulisan tangan. Tiada kemudahan perisian Maktabah Syamilah dan Jawāmiʿ al-Kalim seperti hari ini untuk lihat satu persatu rujukan dalam masa yang singkat.
Buatlah takhrij atau tahqiq. Tak buat, maka tak tahu.
Kalau tak nak sahut cabaran ini, cubalah baca kitab-kitab yang telah ditahqiq secara terperinci seperti Syeikh Aḥmad Muḥammad Šhākir, Syeikh Šhuʿayb al-Arnāʾūṭ, Syeikh Bašhšhār ʿAwwād Maʿrūf dan pelbagai pentahqiq yang lain. Lihat bagaimana mereka menyebutkan beraneka jenis karya dan lihat bagaimana keselarian dapatan antara pengarang dan tokoh-tokoh yang lain pada sanad dan matan.
Engkau ingat kerja takhrij ini senang dan berkecimpung dalam ilmu ʿilal ini mudah?
Bila engkau nak takhrij, kau kena ingat ribuan rujukan. Ingat! Bukan baca semata-mata. Kitab hadis dalam perisian Jawāmiʿ al-Kalim ada 1,400 lebih! Sebab engkau nak sebut rujukan untuk hadis-hadis yang ada dalam karya yang engkau nak takhrij. Mana boleh lupa di mana dan apa isinya.
Itu baru kitab hadis. Belum lagi kitab fiqh, ilmu akidah dan pelbagai cabang ilmu lain lagi. Fatḥ al-Bārī karya al-Ḥāfiẓ Ibn Ḥajar al-ʿAsqolāniyy ada beratus rujukan tau!
Kemudian, kalau kau nak buat kajian ʿilal hadis, pertama sekali adlaah engkau kena rujuk sebanyak yang boleh rujukan yang ada untuk melihat di mana pusat sanad yang berbeza. Itu baru kaji sanad.
Itu belum lagi nak kaji kedudukan perawi pula supaya kau boleh putuskan ketetapan darjat bagi sesuatu hadis. Kalau dalam pelbagai sanad yang telah dikumpulkan ada beberapa puluh perawi, berapa banyak lagi rujukan al-Jarḥ Wa at-Taʿdīl ebgkau kena buka untuk semak satu persatu status perawi?
Orang kata ini sembang kencang saja. Silakan. Memang susah nak jelaskan hakikat sebenar hal ini melainkan turun ke medan praktikal dan dedikasikan diri dalam lapangan ini. Pinjam ungkapan sufi :
مَنْ لَمْ يَذُقْ لَمْ يَدْرِ
"Siapa yang tidak merasa, tidak mengerti".
Tapi, yang tak tahu apa itu takhrij dan ʿilal tu sembang apa pulak? Palatao?
Firman Allah ʿAzza Wa Jalla :
قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ
Katakanlah: "Adakah sama orang yang mengetahui dan orang yang tidak mengetahui?". (Surah az-Zumar ayat 9).
قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الْأَعْمَىٰ وَالْبَصِيرُ أَمْ هَلْ تَسْتَوِي الظُّلُمَاتُ وَالنُّورُ
Katakanlah: "Adakah sama orang buta dan orang celik? Adakah sama kegelapan-kegelapan dan cahaya?". (Surah ar-Roʿd ayat 16).
No comments:
Post a Comment