Saudara-saudari sekalian.
Inilah dia kitab milik tokoh hadis yang ada orang ragukan kemampuan untuk menghafal ratusan ribu hadis.
Ini baru tiga kitab daripada al-Ḥāfiẓ aḏz-Ḏzahabiyy! Iaitu Tārikẖ al-Islām, Siyar Aʿlaṃ an-Nubalāʾ dan Mizān al-Iʿtidāl.
Ini adalah kitab tentang sejarah, maklumat perawi hadis dan biografi tokoh ulama. Maksudnya, ini kitab penukilan dari sumber terdahulu. Ia memerlukan pembacaan luas dan hafalan yang banyak supaya penukilan itu benar supaya maklumat itu tepat. Bukan buku yang hasil melalui penaakulan atau idea sendiri yang tidak memerlukan rujukan.
Dan ia dihasilkan pada zaman kembara dengan unta dan buku ditulis dengan dakwat!
Saya mahu mereka yang ragukan kemampuan ahli hadis ini untuk hasilkan kitab sebegini. Dan jangan merujuk mana-mana perisian. Jangan rujuk kitab-kitab moden. Rujuk kitab zaman sebelum al-Ḥāfiẓ aḏz-Ḏzahabiyy.
Kalau malas -dan sememangnya pun-, buat kajian semakan terhadap tahqiq yang telah dibuat oleh para pentahqiq. Buat kajian semula setara (peer review) sama ada tepat atau salah penukilan yang ada dalam kitab ini.
Kalau tak, tak perlulah sibuk nak curigai kemampuan tokoh yang kau sendiri bukan bidangnya dan yang seseorang bukan berdedikasi untuknya.
---------------------------
Maafkan saya. Saya agak sensitif kalau ahli hadis ini diperlekehkan. Walaupun sudah 4 hari semenjak kecoh di Twitter, masih meradang membara rasa geram saya.
Mana tidaknya. Yang memperlekeh dan meragukan kemampuan para imam kita ini tidak pernah berkecimpung dalam aktiviti takhrij dan bergelumang dalam kajian ʿilal al-Ḥadīṯs. Bahkan, mereka tidak tahu pun hakikat tradisi lapangan bidang ini!
Ini yang saya berani jamin. Saya mahu mereka yang mencurigai dan memperleceh para imam hadis berikan jaminan yang saya adalah salah dan bahawa mereka memang benar adalah orang yang pernah melakukan aktiviti takhrij dan menekuni kajian ʿilal al-Ḥadīṯs.
Bahkan, paling teruk, mereka ini juga tidak tahu bahasa Arab! Bagaimana mungkin seseorang tergamak untuk berkomentar sesuatu yang dia tidak pernah berkecimpung, malah bukan penuntut yang dominan dalam bidang tersebut sehingga sanggup memperlekeh kemampuan ahlinya?
Kemudian, kalau ahli hadis ini diperlekehkan, bermakna ia adalah perlekehan terhadap barisan hadapan yang menyumbang besar dalam permuniaan riwayat hadis. Selepas ini, bukan al-Imām al-Bukẖoriyy sahaja akan dibuli, seluruh institusi hadis akan dijadikan sasaran dan sembelihan.
Ia adalah isu yang sangat besar bagi umat Islam.

No comments:
Post a Comment