Selamat hari guru untuk semua guru yang pernah mengajar.
Kalau
 ada guru yang pernah menyumbang terbesar dalam hidup saya, maka guru 
tersebut adalah ustaz Rusdi Alias. Melalui beliaulah, saya pandai bahasa
 Arab.
Saya dahulu bingung selama 4-5 tahun dalam bahasa Arab. 
Masa itu tidak tahu bila nak bubuh tanwin, macam mana nak i'rab mutsanna
 dan jamak, apa itu dhomir mustatir dan macam-macam lagi walaupun 
belajar di pelbagai tempat.
Selepas saya sertai kursus intensif 
bahawa seliaan beliau, dalam masa 10 hari sahaja sudah boleh pandai baca
 perkataan Arab tanpa baris..!!! 10 hari...!!! Bukan setakat pandai 
teori, tetapi pada praktikal juga.
Ya. Memang gila. Saya tak 
sangka selama 10 hari itu boleh dapat selok belok bahasa Arab. Dari 
kursus 10 hari itu lah saya dapat peta dan tidak tersesat dalam nahu dan
 sorof bahasa Arab.
Segala puji bagi Allah dengan setinggi-tinggi
 pujian dan seagung-agung nama-Nya pada penyebutannya. Kemudian, segala 
puji bagi Allah. Segala puji bagi Allah. Segala puji bagi Allah atas 
limpahan kefahaman yang Dia anugerahkan. Segala puji bagi Allah. Segala 
puji bagi Allah.
Setelah itu, barulah saya dapat bertatih untuk 
membaca kitab Arab tanpa baris dan dapat mengikuti perbahasan di forum. 
Semuanya melalui berkat pengajarannya dengan izin Yang Maha Penyayang. 
Pengalamannya
 mengajar bahasa Arab lebih daripada tiga belas tahun telah membuahkan 
hasil. Ramai graduan daripada ustaz Rusdi baik yang veteran atau 
muda-mudi telah menjadi mahir.
Semoga Allah merahmati ustaz Rusdi Alias. Semoga Allah tambahkan lagi saham untuk bekalan di dunia dan di akhirat.
Kemudian,
 saya ingin berterima kasih kepada ustaz Zaharuddin Nawi Qasimi yang 
mengajarkan kitab Muġhnī al-Labīb karya Ibn Hišhām. Melaluinya saya 
ditambahkan lagi ilmu bahasa ke peringkat yang lebih tinggi.
Saya
 juga mengucapkan kesyukuran kepada Allah kerana dapat belajar bahasa 
Arab dengan tiga panel jemputan Hayya Bil Arabiah untuk saluran radio IKIM.FM, iaitu ustaz Rusdi Alias, Dr. Azlan bin Saiful Baharom dan ustaz Ashafizrol Abdul Hamid.
Terima kasih juga kepada semua yang mengajar.
Koleksi puisi, karangan dan celoteh yang diambil daripada Facebook sebagai simpanan.
Saturday, 15 May 2021
Selamat Hari Guru - Terima Kasih Kepada Guru Yang Mengajar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

 
No comments:
Post a Comment