Alunan muziknya rancak, bertenaga, kadang ganas dan buas. Vokalnya keras dan garang. Dan memang boleh membuat seseorang melompat-lompat sambil headbanging.
Tapi, muziknya boleh membuatkan aku bercampur baur perasaan.
Ketika mendengar, entah kadang aku ini sedang gembira atau bersemangat waja membara atau pilu atau sedih. Entahlah. Semua perasaan boleh ada dalam satu lagu.
Kadangkala, sambil headbanging tu pun boleh mengalir air mata menangis dibuatnya.
Kadang tu entah menangis sebab terlalu gembira atau terlalu sedih. Susah nak ungkapkan semua perasaan yang sedang berkecamuk.
Aku tahu kebanyakan orang susah nak hadam seni melodic hardcore ini sebab vokal jerit dan keras. Sebenarnya ada sahaja yang main genre ini tapi tak menjerit. Cuma, susah sedikit ingin ditemukan. Kalau nak mudah jumpa, cari yang vokalis perempuan.
Aku dulu pun bukan suka lagu lagu jerit dan pekik macam kebiasaan melodic hardcore ni walaupun boleh nikmati lagu yang rancak dengan distortion riff gitar yang tinggi dan heavy serta vokal garang semasa zaman muzik emo. Tapi, entah macam mana setelah beberapa masa berlalu, boleh terbuka jiwa untuk menikmati estetika melodic hardcore. Baru boleh rasa macam mana keindahan pada genre ini.
Ambil masa. Mungkin mula-mula dengar susah hadam. Lama-lama boleh jadi pilihan hati.
Kalau boleh aku cadangkan, dengarkan lagu yang tidak menggunakan vokal keras dan garang. Cari lagu yang vokal jernih. Kemudian, perlahan-lahan ke lagu yang guna vokal garang.
Apapun, genre melodic hardcore ini bukan masuk dalam genre metal walaupun kadangkala orang tersilap menganggapnya sebagai metalcore. Tentu lagi silap kalau menganggap lagu itu metal hanya kerana vokalnya menjerit dan memekik. Vokal sama sekali bukan penentu lagu itu metal atau tidak, tetapi pada alunan instrumen muzik.
Kalau nak dapatkan muzik melodic hardcore, aku cadang cari di channel Youtube yang bernama Dreambound. Itu memang lubuk melodic hardcore dan beberapa metalcore.
Kalau aku ingin cadang yang terbaik buat saya, ini beberapa di antaranya :
(a) Elephantis - Believe In Me
https://www.youtube.com/watch?v=jo49Nhv9oY8
(b) Heart In Hand - Only Memories
https://www.youtube.com/watch?v=izoBrYV9L-w
(c) Burning Down Alaska - Phantoms
https://www.youtube.com/watch?v=jEsdtQR3CKo
(d) Seasons In Wreckage - To Be Misled
https://www.youtube.com/watch?v=JB5j7pGJOlk
Kalau ada sesiapa yang ingin kongsi lagu melodic hardcore kegemaran, amat dipersilakan.

No comments:
Post a Comment